Beberapa jam lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2011....dan seperti biasa tiada azam yg dapat disudahkan serta takkan ada azam baru yang aku nak buat pun. 2011 penuh warna warni dan syiok..alhamdulillah..So bila azam tak selesai seperti juga masalah yang tak selesai, tetapi bukan semua masalah perlu diselesaikan..ada masa ianya perlu ditinggalkan tak selesai..baru hidup berwarna warni bertambah ceria...so jangan ingat kalau ada masalah dah selesai, hidup akan lebih bergaya..sebenarnya hidup lebih syiok kalau masalah ada dan tak selesai-selesai. Ini secara tak langsung akan mengerakkan otak untuk terus berfikir dengan kata lain otak akan terus hidup. Tentu pernah dengar satu statement dalam dunia perubatan, kalau seorang pesakit yg otak mati boleh diisytiharkan telah meninggal dunia (al fatihah untuk arwah amir)...so lets the problem alive..bring it to your new year..tetapi jangan dibiarkan langsung tak selesai hahahah macam masalah hutang, lama-lama ia akan lapuk...
Aku bukannya nak merapu tetapi beberapa jam sebelum tahun 2012 datang..i just want to write what i feel...tahun ini cuti dirasakan agak panjang malah untuk sampai ke hari esok pun terasa lambat..tetapi setelah dilalui terasa cepat la pulak hahahaha masa oh masa...apa pun masa-masa yang ada dihabiskan dengan memikirkan kembali apa yang telah dilalui dan merancang apa yang sepatutnya.
Semasa memandu ke masjid aku tengok kat padang lenggang..alhamdulillah..tiada sambutan tahun baru di Kuala Lipis..mungkin ada yang suka..mungkin ada yang tak suka..tetapi after a while, kenapa perlu dihabiskan duit rakyat menyambut tahun baru gaya barat..walaupun hati kecil mengatakan ia seronok hihihi tetapi berapa lama yek...
Selamat datang 2012..dan aku macam itu juga la sebagaimana yang biasa...mari berdoa untuk umur yang bermanafaat, kesihatan tubuh badan, rezeki yang berkat, jodoh yang berpanjangan dan pertemuan-pertemuan yang indah..insyaAllah