21 Januari 2013...tiada apa yang sangat istimewa pada tarikh ini..cuma ia jatuh pada hari Isnin dan ruangan berita dari setiap media berbau politik kerana pilihanraya semakin hampir (PM yang dikasihi sedang membuat lawatan di KB). Pada tarikh ini juga telah bermula praktikum Fasa 3 bagi setiap pelajar Semester 7 PISMP PSV dan ini praktikum terakhir...(batch akhir major PSV IPGKTAA).
Hari ini saya telah bercuti untuk menuju ke Kampung Pasir Durian. Ini adalah antara proses-proses awal yang perlu dilakukan sebelum proposal disahkan. Seawal pagi setelah berhadapan masalah kereta yang tiba-tiba mogok (nasib baik depan Shell Pak Cu..)..saya memilih untuk bergerak menuju ke bengkel Mat di Temin Kraf. Menurut Mat menuju ke Pasir Durian banyak bom heh heh heh. Setiba di Temin Kraf, Mat belum kelihatan..menurut pembantunya, beliau keluar seketika. So saya memilih untuk menunaikan hajat....selesai hajat ditunaikan, Mat sampai heh heh heh dipendekkan cerita..kami menuju ke Pasir Durian dengan kereta Mat. Agak lama saya tidak melalui jalan Padang Piol...dan berbelas tahun saya tidak ke Pasir Durian.
Tiba di sana, SV saya, Dr. Normah baru saja tiba bersama anak beliau Ucop. Tempat yang dituju ialah rumah Tok Empat. Kami disambut oleh isteri beliau Mak Cik Hamidah dan rakan-rakan beliau (Musalamah..sorang lagi saya lupa nak tanya nama). Berbagai cerita di sampaikan oleh Mak Cik Hamidah dan sekali sekala disampuk oleh rakan-rakan beliau. Ada banyak keunikan tentang tembikar tradisional negeri Pahang dan berdasarkan pemerhatian awal saya....jika ia dibiarkan, akan pupuslah satu lagi hasil warisan berharga negeri Pahang ini.
Hampir 40 minit setelah taaruf ringan saya, Mat, Ucop, Mak Cik Hamidah dan Mak Cik Musalamah bergerak menuju ke "Tanah Belanga", tempat rizab tanah untuk tujuan penghasilan tembikar semenjak zaman British seluas 5 ekar (maklumat awal yg saya perolehi tanpa proses). Jaraknya lebih kurang 500 meter dari jalan utama...melalui dua kebun getah dan bersempadan dengan hutan serta diiringi oleh nyamuk-nyamuk haus heh heh heh dan meredah hujan yang separa romantik... dah lama tak buat keje gini sambil ditemani senyuman manja Mat kah kah kah. Tidak le jauh sangat dan Mat pun tidak mengali terlalu dalam...kalau ikut syarat Mak Cik Hamidah pengalian sekurang-kurangnya separas pinggang dan terdapat tiga jenis warna tanah iaitu keemasan, merah dan hitam. Terdapat juga syarat-syarat yang pelik semasa proses ini....(next time le saya cerita).
Habis saja mengali, kami bergerak pulang ke rumah Mak Cik Hamidah cuma Mat melencong ke rumah Mak Cik Noriah (kedudukannya tidak jauh dari rumah mantan Tok Empat). Mak Cik Noriah ni boleh le dikira taraf otai di sini terutama dalam penghasilan Terenang..dia kelihatan agak uzur tapi bersemangat bila bercakap tentang Terenang. Saya akan menjadikan dia responden/informan dalam kajian saya. 15 minit kemudian kami bergerak kembali ke rumah Mak Cik Hamidah....berbual dan berborak...SV saya tidak dapat bergerak aktif sebab dia juga ada masalah kesihatan. 20 minit kemudian Mat minta izin untuk ke rumah Mak Cik Zainab dan ini pun kira otai menurut Mat tapi suami dia sakit so ini menyukarkan aktiviti beliau. Saya rasa pernah ternampak Mak Cik Zainab di Pameran Kraf di Jalan Conlay 2012...so dia juga dalam pertimbangan saya untuk dijadikan responden/informan.
So...perjalanan hari ini disudahkan dengan makan tengahari gaya kampung..labu masak lemak, goreng ikan masin, sayur campur, timun dan sambal belacan serta air oren gaya Pasir Durian...cukup istimewa. Lebih kurang semasa azan zohor berkumandang saya dan Mat pun bergerak pulang dan saya juga laju menuju Kuala Lipis. Satu hari yang penuh bermakna dan untuk hari-hari esok yang belum pasti...
wallahuallam
Wan saya ni..glamor wan yah..bangga jd org kg. pasir durian..
BalasPadam