KINI wujudnya pendekatan terbaru yang mudah dalam dunia penggambaran dimana amatur boleh mengubah
dan menambah gambar dalam seminit tanpa mudah di kesan tanpa memerlukan
peralatan khas, latihan, kemahiran atau akses yang rumit sambil
mengekalkan kualiti asal gambar tersebut.
Teknik yang dicipta oleh seorang 'programmer' Kevin Karsch, akan ditunjukkan pada persidangan Siggraph di Hong Kong pada bulan ini.
Karsch
menyatakan bahawa walaupun pengguna terdiri daripada 'orang baru' atau
orang-orang yang kurang mahir, hasil daripada penggunaan program yang
diperkenalkan boleh mencapai hasil pengubahan seperti seorang
profesional.
Kaedah
Karsch adalah unik. Beliau mengatakan bahawa walaupun secara digital
agak mudah untuk membuang objek dari skrin gambar, ia lebih sukar untuk
memasukkan sesuatu objek tanpa dapat dikesan oleh pandangan mata
tentang perubahannya.
"Kaedah-kaedah
mengubah gambar yang sedia ada sekarang adalah agak remeh dan susah",
kata Karch yang merupakan seorang pelajar PhD di universiti Illinois.
"Untuk
memasukkan objek ke dalam sesuatu rakaman adegan atau gambar, teknik
yang ada sekarang memerlukan beberapa geometri digambarkan secara
manual, menggunakan model lampu yang memantulkan cahaya yang diletakkan
di tempat rakaman diambil, mengambil pelbagai gambar dari pelbagai
sudut, atau bahkan meletakkan model atau objek-objek yang ingin
digambarkan secara manual", tambahnya lagi.
Proses ini perlu dijalankan dengan cermat dan teliti dan memerlukan kepakaran.
Teknik-teknik yang sedia ada sekarang
Perbezaan teknik yang diperkenalkan sangat ketara di mana perisian Karsch pula secara automatik membina draf kasar senario model 3D dan pengguna hanya perlu menambah mana-mana permukaan yang diingini dengan melukis pada skrin.
Seterusnya pengguna perlu menambah sumber cahaya dan mengubah nilai pencahayaan yang bersesuian pada imej.
Sistem
kami secara automatik akan menjana model fizikal di gambar tersebut
menggunakan tanda aras pencahayaan dan gambaran yang diinginkan pengguna
, 'kata Karsch.
Perisian
kemudiannya menambah nilai cahaya di mana Karsch mencipta program yang
boleh mengadaptasi gambar yang perlu dalam keadaan berkilat, gambar
refleks ataupun objek sintetik yang memerlukan sinaran.
Untuk menambah patung, pengguna hanya perlu melukis garis kasar bilik, kemudian menandakan sumber cahaya, maka objek 3D boleh digambarkan
Karch
menyatakan bahawa kaedah yang diperkenalkan ini hanya memerlukan
beberapa penjelasan ringkas yang ditandakan oleh pengguna sambil
membenarkan pengguna-pengguna baru untuk menghasilkan gambar yang
berkualiti.
Hasil-hasil
dari pengubahan gambar yang telah dicapai dengan kaedah yang
diperkenalkan kelihatan realistik, dan ramai orang cenderung untuk
memihak kepada teknik pentafsiran sintetik yang diperkenalkan berbanding
penambahan gambar melalui kaedah sisipan lain.
Proses pencahayaan automatik menambah lapisan cahaya untuk mewujudkan hasil yang meyakinkan dan juga dapat disesuaikan dengan objek berkilat, refleks atau bersinar
Sumber: Daily Mail
http://freemalays.blogspot.com/2011/12/super-photoshop-terbaru-membolehkan.html