Pelukis terkenal New York, Ron Piccirillo
hari ini mendakwa telah menemui beberapa kunci rahsia di sebalik salah
satu wajah yang paling misteri dalam sejarah iaitu didalam potret Mona
Lisa.
Piccirillo mengutarakan pandangan bahawa beberapa haiwan boleh dilihat tersembunyi di dalam lukisan itu apabila ia diletakkan didalam posisi mendatar. Pereka grafik Rochester dan pelukis itu berkata, singa, monyet dan kerbau boleh dilihat di sekeliling kepala Mona Lisa dan ular atau buaya boleh dilihat gambarannya berhampiran bahu kanan Mona Lisa didalam potret beliau.
Cetusan
pandangan tentang kewujudan haiwan-haiwan itu disebalik potret tersebut
membawa Piccirillo kepada satu jurnal yang pernah ditulis oleh Leonardo
da Vinci dan beberapa petikan yang menyebut tentang haiwan yang
dilihatnya.
"Apabila saya menemui
jawapan-jawapan dari potret Mona Lisa yang saya panggil 'penemuan yang
tidak dijangka, saya tidak lagi mencari maklumat," kata Piccirillo
kepada ABCNews.com. "Saya hanya perlu meleraikan satu persatu rahsia
potret ini yang akhirnya membawa saya kepada teori ini. Semuanya datang
hasil dari tulisan-tulisan Leonardo yang memberi inspirasi," tambahnya
lagi.
Salah
satu petikan yang memberikan gambaran tentang kewujudan haiwan-haiwan
tersebut berbunyi "her heart gnawed by a swelling serpent" dan, "Give
her a leopard's skin, because this creature kills the lion out of envy
and by deceit." Walaupun petikan tersebut tidak menyebut "Mona Lisa"
secara jelas, Piccirillo mengatakan bahawa beliau percaya rujukan kepada
ular dan singa merujuk kepada potret wanita itu yang mempunyai senyuman
yang terkenal.
Piccirillo berkata beliau percaya bahawa Mona Lisa bukanlah orang yang benar-benar wujud, tetapi menjadi simbolik untuk melambangkan sifat manusia yang iri hati.
Beliau juga percaya bahawa rahsia penemuannya yang telah berjaya
dileraikan akan menjadi penting kepada orang-orang seni yang keliru
dengan lukisan ini selama berabad-abad lamanya.
"Saya
sedar betapa besar impak dari penemuan fakta ini di dalam dunia seni
dan saya tahu ia akan menjadi perkara yang terbesar dalam tempoh 500
tahun ,"kata Piccirillo.
Piccirillo
menyatakan bahawa ahli-ahli komuniti seni tidak semestinya bersetuju
dengan pandangan dan pendapat Piccirillo dan kepentingan penemuan
beliau.
Ada juga yang tidak menerima pendapat
ini. "Saya tidak yakin kita perlu memikirkan dan mengekalkan teori
ini," kata seorang Profesor Sejarah Seni dari Brown Universiti, Profesor Evelyn Lincoln
kepada ABCNews.com. "Ia tidak membantu saya memahami Mona Lisa dan
menganggap beliau sebagai simbol iconographic yang tersembunyi dan agak
tidak berkaitan untuk mengaitkan dengan sifat iri hati," tambahnya lagi.
Lincoln
memanggil teori yang diperkenalkan Piccirillo sebagai "bermasalah" dan
berkata bahawa tafsiran itu lebih sesuai jika dilihat sebagai pandangan
umum dan bukan apa yang cuba digambarkan oleh lukisan itu sendiri.
Beliau menegaskan bahawa imej gambar Mona Lisa yang biasa dilihat
bukan lukisan asal. Potret yang asal itu juga telah menjadi kurang jelas
kerana dimakan usia, retak dan berminyak.
Lincoln juga menyatakan bahawa jurnal yang ditulis oleh Leonardo da Vinci sendiri telah berpecah-pecah dan mula disusun kembali bersama-sama selepas kematiannya.
"Idea
bahawa kita harus mengubah posisi lukisan secara terbalik, ke bawah dan
pelbagai posisi untuk mencari lambang iconographic yang memberi
tafsiran sifat iri hati adalah merupakan obsesi peribadi setiap artis
grafik yang seolah-olah cuba mencari maksud tersirat dari setiap lukisan
yang dilihatnya," kata Lincoln. "Ia bukan sifat yang sesuai untuk Mona
Lisa saya," katanya lagi.
Piccirillo
pula tetap menegaskan bahawa beliau yakin dalam penilaian dan teorinya.
"Saya telah menjadi pelukis sepanjang hidup saya dan sentiasa sedar
terdapat misteri Mona Lisa yang perlu dileraikan, tetapi saya tidak
pernah terlalu berminat untuk meleraikannya sehingga mencipta teori
ini. Saya lebih berminat dalam keindahan seni itu sendiri," katanya.
"Tetapi apabila anda tahu apa yang perlu anda cari, pastinya anda akan
temui jawapannya di situ,"katanya.
Sumber: Yahoo News
http://freemalays.blogspot.com/2011/12/rahsia-haiwan-di-sebalik-potret-mona.html