Ahad, 6 November 2011

MEMILIH MUKATAIP....


Assalamualaikum

Izinkan saya menulis tentang apa yang saya tahu sikit dan perbetulkan jika saya salah..saya sekadar mahu memanjangkan ilmu.

Seringkali akan wujud kebuntuan ketika membuat satu rekaan, dalam hal ini saya merujuk kepada rekaan poster. Dalam merekabentuk poster memilih mukataip yang sesuai adalah sesuatu yang amat menyulitkan. Ini kerana jika tersalah memilih akan menyebabkan maksud dan idea tidak dapat disampaikan kepada audien. Jika berlebihan juga akan berlaku perkara yang sama. Saya juga menghadapi perkara yang sama..saya juga bukan perekabentuk poster yang kerap hahahaha.

Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memudahkan kerja dan menyelamatkan otak iaitu :
a). memahami konsep dan idea yang dirancang (terutama tema poster)
b). merujuk koleksi-koleksi poster yang lepas. Ini dapat dilakukan dengan merujuk carian internet, majalah, buku dan sekeliling anda. (ini sangat penting)
c). mengenali atau memahami kumpulan sasar atau audien.
d) mengenalpasti item-item yang bersesuaian utk diletakkan dalam rekaan poster.
e) membuat lakaran idea termasuklah merancang rekaletak yang bersesuaian.
f) setelah selesai kesemuanya boleh menentukan perisian yang bakal digunakan...dalam hal ini sudah tentu Photoshop menjadi pilihan. Apapun hal ini bergantung pada konsep yang anda rancang...anda boleh menggunakan Adobe Illustrator, Corel Draw malah anda boleh menggunakan Microsoft Word jika itu bersesuaian dgn tema yg dirancang.hahahaha

Untuk memastikan mukataip yang dipilih sesuai anda harus memilih berulangkali dan melihat kerja-kerja yang lepas. Adakala kita terlepas pandang memilih mukataip yang membawa maksud lain. Misalnya mukataip dari keluarga dekoratif mungkin tidak bersesuaian untuk kempen anti dadah.

Saya rasa itu sahaja utk setakat ini, mungkin apa yg saya nyatakan ada kekurangan...apapun mari berkongsi ilmu...kerana ia sentiasa berkembang.