Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Mencipta jawatan-jawatan terentu di dalam ‘resume' bagi menunjukkan kononnya diri berpengalaman.
a. Mencipta dan meminda slip-slip gaji sendiri bertujuan untuk mendapat gaji yang diinginkan dari majikan baru.
b. Meminta orang lain membuatkan karangan atau apa juga tulisan yang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu kerja.
Ia satu penipuan kerana syarikat ingin melihat kemampuan sebenar kita dan bukannya orang lain. Ramai yang suka melakukan tindakan ini, lebih malang lagi, agak ramai cerdik pandai memberikan bantuan kepada orang sebegini sedangkan ia adalah satu tindakan yang diharamkan oleh Islam kerana ia termasuk kategori membantu sesuatu penipuan. Lama kelamaan, rakan yang dibantu akan sentiasa mundur dan tidak berkembang kerana asyik mengharapkan kita membantunya
Soalan
Assalamualaikum wrt wbh,
Al-fadhil ustaz, saya pernah memohon pekerjaan di sebuah syarikat dan syarikat menetapkan jika saya mempunyai sijil, maka gaji minimum yang akan saya terima adalah sebanyak RM xxxx, jika saya mempunyai pengalaman tapi tidak punyai sijil, gaji minimum bermula dari RM xxx , sekiranya saya tidak punyai kedua-duanya, gaji bermula dengan RM xxx.
Sya tiada sijil, tapi bolehkah saya meletakkan dalam resume saya pengalaman-pengalaman yang tidak pernah saya perolehi demi untuk memulakan kerja dengan gaji yang tinggi sedikit?.
Satu lagi, ada rakan-rakan saya yang membeli sijil-sijil sarjana muda dari ejen-ejen tertentu. Ia sememangnya keihatan asli, adakah ianyaa dibenarkan?
Al-Hulu
Jawapan
Saya kira jawapannya adalah cukup mudah untuk dijawab bagi pembaca web saya ini. Sudah tentu ia diharamkan oleh Islam kerana apa yang dilakukan adalah termasuk dalam bab penipuan.
Bentuk penipuan sememangnya amat banyak. Sebagai asas pengharaman Allah SWT berfirman :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu" ( An-Nisa : 29)
Harta yang diperolehi dari aktiviti penipuan adalah haram. Islam mengharamkan seluruh bentuk penipuan, baik dalam masalah jual-beli, mahupun dalam pelbagai jenis macam mu'amalah.
Seorang muslim dituntut untuk berlaku jujur dalam seluruh urusannya, Sebab keikhlasan dalam beragama, nilainya lebih tinggi daripada seluruh usaha duniawi.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Dua orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri dagangannya), barakah dagangannya itu akan dihapus." (Riwayat Bukhari)
Dan baginda juga bersabda:
"Tidak halal seseorang menjual suatu perdagangan, melainkan dia harus menjelaskan ciri perdagangannya itu; dan tidak halal seseorang yang mengetahuinya, melainkan dia harus menjelaskannya." (Riwayat Hakim dan Baihaqi)
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! Sebab barangsiapa menipu kami, bukanlah dari golongan kami." (Riwayat Muslim, 1/99)
Antara penipuan dalam bentuk semasa adalah seperti berikut :-
1) Mengupah dan berpakat dengan rakan untuk membeli dan memuji barangan jualan sendiri di hadapan pelanggan, dengan niat untuk mempengaruhinya dan meyakinkan kebaikan barang yang dijual. Ia disebutkan pengharamannya di dalam hadis Nabi SAW :-
ولا تَنَاجَشُوا
Ertinya : dan janganlah kamu melakukan tipu helah naik harga jenis ‘najash'" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/752)
Menurut penafsiran Ibnu Abbas ‘Najash' adalah : "Engkau (berpakat) bayar harga barang itu lebih dari harga biasa, yang bukan sebenarnya, tetapi dengan tujuan supaya orang lain menirunya." Cara ini banyak digunakan untuk menipu orang lain. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)
2) Membeli sijil universiti bagi menunjukkan diri berkelayakan tetapi sebenarnya hanya penipuan. Ada juga yang membeli gelaran ‘Dr' dan ‘Profesor' bagi mendapatkan keistimewaan dan kemulian tertentu di dalam masyarakat. Ia juga adalah haram secara sepakat ulama sudah tentu disebabkan 'penipuan'.
3) Mencipta jawatan-jawatan terentu di dalam ‘resume' bagi menunjukkan kononnya diri berpengalaman.
4) Mencipta dan meminda slip-slip gaji sendiri bertujuan untuk mendapat gaji yang diinginkan dari majikan baru.
5) Meminta orang lain membuatkan karangan atau apa juga tulisan yang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu kerja. Ia satu penipuan kerana syarikat ingin melihat kemampuan sebenar kita dan bukannya orang lain. Ramai yang suka melakukan tindakan ini, lebih malang lagi, agak ramai cerdik pandai memberikan bantuan kepada orang sebegini sedangkan ia adalah satu tindakan yang diharamkan oleh Islam kerana ia termasuk kategori membantu sesuatu penipuan. Lama kelamaan, rakan yang dibantu akan sentiasa mundur dan tidak berkembang kerana asyik mengharapkan kita membantunya.
Saya faham, bahawa adakalanya sukar untuk menolak kerana yang meminta bantuan adalah rakan baik kita atau adik beradik kita, tapi sedarlah tiada alasan untuk membantu penipuan ini. Jika yang dibantu itu berjaya kelak, pihak majikan merasa kecewa dan tetipu kerana prestasinya tidak sebagaimana tulisannya.
6) Mengupah orang untuk menyiapkan tesis MA atau Phd untuk kita. Ia juga satu bentuk penipuan yang memberikan kesan kepada seluruh pendapatan hasil penipuan itu. Selain orang yang mengupah, orang yang bersedia untuk diupah dan menjalankan khidmat ‘tolong buat' ini juga dikira menipu dan pendapatannya adalah haram kerana membantu kepada perbuataan dosa.
7) Bagi para pensyarah universiti pula, meniru karya orang lain dalam kajian ilmiah tanpa menyebut nama dan buku rujukan adlaah satu jenis penipuan. Ia tidak dianggap satu penipuan jika ditulis oleh orang awam biasa kerana ia tidak bertujuan mendapat pengiktirafan akademik. Walaubagaimanapun penulisan oleh ahli akademik pada lazimnya dinilai sebagai satu bentuk 'prestasi peribadi' oleh pihak universiti, ia juga membolehkannya mendapat kenaikan pangkat serta gaji setelah mendapat merit tertentu dari ‘hasil kajian' mendalamnya. Justeru, jika hasil ini adalah hasil ciplak yang dibuat secara pintar serta berpura-pura kononnya itu adalah hasil buah fikriannya yang bijak sedangkan ia bukan darinya, ia juga adalah suatu penipuan yang diharamkan.
8) Mencipta testimoni yang mengakui kehebatan program yang dikendalikan atau barang yang dijual, sedangkan ia hanyalah rekaaan sendiri sahaja. Mungkin ramai akan terpengaruh hasil testimoni yang begitu hebat tadi padahal ianya hanyalah tiruan. Ketika itu, perniagaan orang ini menjadi hilang berkat dan haram pendapatannya.
9) Membodek para pensyarah universiti agar memberikan markah ‘kasihan' untuk lulus. Jika terdapat sebab musabbab yang utuh untuk pemberian markah maka ia mungkin menjadi harus dan halal, walaubagaimanapun tetapi jika ia diberikan tanpa hak dan justifikasi yang boleh diterima Islam. Para pensyarah ini bakal menanggung tanggungjawab besar di akhirat kelak. Ini kerana, sijil yang dimiliki dianggap mewakili tahap kecekapan ilmu, kemampuan kajian dan minda seseorang dalam sesuatu bidang khususnya, jika pencapaian sijil itu dilakukan dengan ‘soalan bocor', ‘curi soalan' dan markah tanpa hak. Maka ia tidak layak memegang sijil itu, jika ia perolehi sijil itu. Semua orang kelilingnya akan tertipu dengan sijilnya itu, ia juga mungkin menyesatkan orang dengan sijilnya tadi. Awas.
10) Pensyarah yang membocorkan soalan dengan sengaja. Menurut kefahaman saya, ujian dan peperiksaan adalah sebuah ujian kemampuan pelajar dan ujian juga buat pensyarah yang mengajar, iaitu untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengajarannya. Oleh itu, tidak dinafikan terdapat pensyarah yang bimbang peratusan gagal di kelas bimbingannya terlalu teruk, maka ia memberikan ‘soalan bocor' , dengan itu, tahap lulus akan meingkat dan kelihatan ia pandai mengajar. Ia juga satu bentuk penipuan yang banayak berlaku samada di univeristi mahupun di sekolah. Semuanya adalah haram tanpa syak lagi.
11) Mencipta statistik palsu untuk menyokong kajian dan dakwaan yang dibuat, Jika ia digunakan untuk sebarang tujuan komersial dengan upah profesional, ia adalah pendapatan haram. Jika ia dilakukan untuk menarik kepercayaan orang kepada apa yang diungkapkan, ia juga adalah satu penipuan. Saya kerap mendengar, para motivator berkata : "Menurut kajian saya, begini...." Kita berharap ia adalah kajian sebenar dan bukan satu dua kes yang dijumpainya.
Ibnu Sirin pernah menjual seekor kambing, kemudian dia berkata kepada si pembelinya: 'Saya akan menjelaskan kepadamu tentang ciri kambingku ini, iaitu kakinya cacat.'
Begitu juga al-Hassan bin Shaleh pernah menjual seorang hamba perempuan (jariyah), kemudian ia berkata kepada si pembelinya: "Dia pernah mengeluarkan darah dari hidungnya satu kali."
Walaupun hanya sekali, tetapi 'jiwa seorang mu'min merasa tidak enak kalau tidak menyebutkan cacatnya itu, sekalipun berakibat menurunnya harga.
Justeru, eloklah kita berfikir kembali pendapatan kita, samada ia halal atau haram. Kerjaya kita samada ia datang dengan sijil dan jawatan palsu atau benar.
Ke Kubur Juga Akhirnya
Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan semenatar ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.
Nabi SAW bersabda :-
أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت
Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
5 Jumada Akhir 1427 H
20 Jun 2007
Isnin, 2 Julai 2007
Ahad, 1 Julai 2007
Transform ke bulan Julai
Assalamualaikum
Hari ni 01/07/2007...aku memulakan pagi menghantar yang tersayang ke Unimas utk kelas OUM. Malam tadi kami segerombolan telah dipukau dengan kehebatan Transformer oleh saudara Michael Bay. Terpaku melihat Optimus Pride dan Megatron serta sahabat bertarung...hidup dan mengemparkan. Betapa jauhnya tertinggal kita..ya, semua kecanggihan dunia ada di barat samada telah dipamerkan atau diperap menunggu masa untuk dikeluarkan. Aku dan kelian akan terus menjadi masyarakat pengguna, tertipu dan terus tertipu. Semalam puluhan ribu mausia beratur membeli Iphone...untuk teknologi atau prestij...jenama menjadi keperluan hidup.
Hari ni di Islamic Cafe Batu 7, aku berpeluang berbual dengan seorang bakal pemandu Sukhoi....bekas pelajar di SK. Selancar 3..kebetulan..Azmir namanya anak pengurus Felda. Hari ini juga tak banyak yang boleh aku buat dengan tesis aku...i'm lost in translation. Aku tenggelam memikirkan Ezam...memikirkan putar belit Najib...serta Anwar Ibrahim dan lalai/lagha mengadap internet. Ya...aku hanya pengguna yang bodoh.
Hari terus berlalu..aku tahu aku perlu lakukan sesuatu pada umur 30 an ini pemikiran lebih terarah tidak seperti awal 20 an, hentam keromo meredah kehidupan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Untuk esok aku masih berfikir apa yang perlu aku buat..jawapan sudah ada tetapi kelihatan berkabus di tengah-tengahnya.
Buat Michael Bay dan Sam Raimi anda telah meninggalkan satu parut memori dalam ingatan dua puteri ku...Hero fantasi lebih hebat dari kisah nabi yang realiti. Ya Allah ya Tuhan ku...maafkan aku..suluhkan kami ke jalan yang benar..jalan para nabi dan rasul, jalan para ulama anbia sufi wali orang-orang alim..keseatan selalu mengekori kami kerana tidak mampu mengimbangi nafsu dan akal. Amin
Hari ni 01/07/2007...aku memulakan pagi menghantar yang tersayang ke Unimas utk kelas OUM. Malam tadi kami segerombolan telah dipukau dengan kehebatan Transformer oleh saudara Michael Bay. Terpaku melihat Optimus Pride dan Megatron serta sahabat bertarung...hidup dan mengemparkan. Betapa jauhnya tertinggal kita..ya, semua kecanggihan dunia ada di barat samada telah dipamerkan atau diperap menunggu masa untuk dikeluarkan. Aku dan kelian akan terus menjadi masyarakat pengguna, tertipu dan terus tertipu. Semalam puluhan ribu mausia beratur membeli Iphone...untuk teknologi atau prestij...jenama menjadi keperluan hidup.
Hari ni di Islamic Cafe Batu 7, aku berpeluang berbual dengan seorang bakal pemandu Sukhoi....bekas pelajar di SK. Selancar 3..kebetulan..Azmir namanya anak pengurus Felda. Hari ini juga tak banyak yang boleh aku buat dengan tesis aku...i'm lost in translation. Aku tenggelam memikirkan Ezam...memikirkan putar belit Najib...serta Anwar Ibrahim dan lalai/lagha mengadap internet. Ya...aku hanya pengguna yang bodoh.
Hari terus berlalu..aku tahu aku perlu lakukan sesuatu pada umur 30 an ini pemikiran lebih terarah tidak seperti awal 20 an, hentam keromo meredah kehidupan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Untuk esok aku masih berfikir apa yang perlu aku buat..jawapan sudah ada tetapi kelihatan berkabus di tengah-tengahnya.
Buat Michael Bay dan Sam Raimi anda telah meninggalkan satu parut memori dalam ingatan dua puteri ku...Hero fantasi lebih hebat dari kisah nabi yang realiti. Ya Allah ya Tuhan ku...maafkan aku..suluhkan kami ke jalan yang benar..jalan para nabi dan rasul, jalan para ulama anbia sufi wali orang-orang alim..keseatan selalu mengekori kami kerana tidak mampu mengimbangi nafsu dan akal. Amin
Sabtu, 30 Jun 2007
mental block
Aslmkm bulan 6 sudah hampir berlalu...aku masih di sini tertanya-tanya apa ke sudahnya keje aku ni...plan seme dlm kepala tetapi ada sahaja yang menjadi batu penghalang...atau mental block. Aku harap dalam 3 bulan mendatang aku dah ada out come draft yang seterusnya menjadi tempat aku berpegang... Alhamdulillah adik aku, Iwan dapat gak masuk maktab, terima kasih buat member aku kat IAB (Saufi) atas nasihat yang diberikan. Aku harap IP Sultan Mizan akan membentuk adik aku menjadi manusia yang berguna dan semoga dia berjaya. MP Batu Pahat pun dulu asing buat aku tetapi kat sana banyak benda aku belajo tak macam masuk U, berbeza....apa pun semoga semuanya berjaya InsyaAllah.
wassalam
wassalam
Sabtu, 23 Jun 2007
keje yang makin membingungkan
Nana nini dah dok pujuk aku pegi tengok Transformer...ya, tengok gazet je dah rasa nak menangis..bini aku yang tak minat tiba-tiba minat plak.
Tentang keje...ntah la...aku rasa aku macam dah on track but a few things must to readjusment. Aku pun kekadang tak paham dgn prof. Shukaila plak sibuk...yes I'm on my own...it's nearly six month already...and the result so far...nasib baik aku ada bini yang rajin dok motivated aku ni dan anak-anak yang suka MELAYASI kami tu.
Aku yakin aku akan siap on time..InsyaAllah...walaupun aku lemah banyak buat dosa aku yakin Allah akan memakmulkan permintaan aku ini...ingat!doa itu senjata orang mukmin..apa lagi yang kita ada kan.
Ok stop dulu..kalu rajin aku tulis lagi
Tentang keje...ntah la...aku rasa aku macam dah on track but a few things must to readjusment. Aku pun kekadang tak paham dgn prof. Shukaila plak sibuk...yes I'm on my own...it's nearly six month already...and the result so far...nasib baik aku ada bini yang rajin dok motivated aku ni dan anak-anak yang suka MELAYASI kami tu.
Aku yakin aku akan siap on time..InsyaAllah...walaupun aku lemah banyak buat dosa aku yakin Allah akan memakmulkan permintaan aku ini...ingat!doa itu senjata orang mukmin..apa lagi yang kita ada kan.
Ok stop dulu..kalu rajin aku tulis lagi
Sabtu, 9 Jun 2007
2 minggu yang padat dan penat
Assalamualaikum....
Cuti sudah hendak habis..minggu depan Tie, Nana dan Nini akan mula bersekolah. aku pulak masih terkial-kial menyiapkan research ni..Dalam dua minggu ni banyak peancangan aku berjalan lancar kecuali pertemuan dengan MARDI dan pengusaha kerepek di Banting terpaksa ditangguhkan. Terima kasih buat isteriku yang memahami dan emakku...sori tak dapat lama di Temerloh. Bagi aku masa terlalu cepat dan genting. Buat ipar dan biras terima kasih kerana menyediakan kediaman anda untuk kami bersarang...inilah cabaran research ditambah dengan coil kereta buat hal dekat rm3000 lebih lebur..ini le kifarah buat insan berdosa macam aku...Apa pun terima kasih Allah..aku insan Mu terlalu lemah dan selalu gagal untuk bersyukur. Hampir seminggu di Puchong, Nana Nini hampir setiap hari berseronok dengan sepupu diaorang Qisqis, Maman, Haziq, Insyirah, Safiya, Nani dan brothers. Entah apa yang bermain dalam minda diaorang...itu untungnya jadi budak-budak. Nak balik ke Sarawak ni punya le berat hati...tapi sudah tugas. Aku stop di sini dahulu dengan satu persoalan bagaimana agaknya malam pertama Pak Lah dan Madam Jeanne serta apa yang Rosmah fikirkan sehari-dua ni.
Wassalam
Rabu, 6 Jun 2007
pembungkusan
Apa yang anda lihat pada satu pembungkusan yang membungkus sesuatu produk ? Adakah kita menyedari pada suatu pembungkusan terdapat pelbagai perkara yang boleh kita nyatakan secara asas iaitu warna, huruf(mukataip), gambar (imej), bentuk, logo (halal dsb) dan maklumat. Sama ada kita sedari atau tidak elemen-elemen yang dinyatakan di atas mempunyai kesan yang besar terhadap pengguna. Setiap produk yang masuk ke dalama pasaran berusaha keras untuk kelihatan lain daripada produk lain. Dengan kata lain produk-produk ini berusaha untuk menonjolkan diri agar kelihatan berbeza daripada produk-produk lain. Apakah asas yang digunakan untuk memperkenalkan diri secara senyap ini. Sudah tentulah elemen yang dinyatakan di atas berperanan besar bagi menarik perhatian pengguna. Jika ia diaplikasikan dengan baik ianya mampu memberi impak yang besar meningkatkan kuantiti penjualan.
Namun sesuatu pembungkusan tidak hanya bergantung pada elemen di atas sahaja untuk menarik perhatian pengguna. Menurut Shimp (2003) ada 4 elemen yang penting iaitu visibility, information, emotional evoke dan workability.
Selasa, 22 Mei 2007
Dulu aku bercadang untuk menulis di blog aku ni setiap hari....tetapi banyak sangat kekangan dan kangkangannya. Minggu ni aku nak balik ke semenanjung. Anak dan isteri kegembiraan jelas terbayang di wajah. Kami datang ke sini pada 6/1/2007...nak sampai ke mari penuh dengan cabaran dan dugaan. Bila dah sampai ada macampmacam lagi yang perlu dihadapi. Apa pun syukur ke hadratNya segalanya masih di bawah limpah kerahmatanNya.
Adik bongsuku Iwan, berjaya mendapat tempat untuk ditemuduga menjadi guru pada 29/05 ni. Aku tak tahu peluangnya tetapi aku dan abah sedang mengusahakan sesuatu...so selebihnya serahkan kepada Allah. Aku berdoa agar dia berjaya sekurang-kurangnya dapat membuktikan emak aku ada jugak anak-anak yang berjaya. Kami dulu susah...serba susah bukan macam Nana dan nini untung anak-anak aku ni ramai beno yang sayang kat diaorang. Susah macam mana pun bapak aku sedaya upaya mengembirakan kitaorang 5 beradik. terima kasih emak dan abah...semua kenangan yang lalu adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dikenang sokmo.
Kebelakangan ni aku agak malas nak ke Unimas...ntah,..malas je...balik ke semenanjung aku bercadang nak siapkan kerja lapangan. Kalau aku tekan minyak aku rasa bulan 3 tahun depan boleh siap...harap-harap lecturer tak banyak songeh. Aku berharap kesihatan aku ok untuk terus gagah menyiapkan kerja-kerja ni.
Aku berharap boleh masuk ke maktab (IPG) nak rasa gak macamana ngajo budak besar...aku dah ajor budak kecik dan budak sekolah besar...aku rasa ni satu pengalaman baru. Sehari dua ni kerajaan dah selaraskan gaji baru...ada yang puas hati ada yang sebaliknya..bini aku tentunya suka dah dua hari dia duk pegang calculator...sememangnya dia patut rasa gembira...penat keje wooo ngajo anak sojar plak...macam-macam. Aku suka gak...tapi aku nak tunggu 1 julai nanti ok.
OK aku stop dulu banyak benda yang aku nak setelkan tapi mata dah nak tido...semoga Allah memberikan aku kekuatan. wassalam
Ahad, 13 Mei 2007
Sarawak yang serba.....
Assalamualaikum sudah hampir lima bulan aku di sini....keseluruhannya ianya satu cabaran yang amat besar untuk aku menyudahkan kerja penyelidikan aku yang serba arggh...meletihkan ini.Namun terima kasih untuk anak dan isteriku yang serba memahami tentang diriku dan sanggup bersama-sama menyahut cabaran ini. UNIMAS tempat yang menarik tetapi anda perlu ke sini untuk mengetahui kisah sebenarnya ok.
Sabtu, 30 Disember 2006
Assalamualaikum....Selamat Sejahtera
Apa khabar...ini satu permulaan yang baru...tidak banyak yang boleh diceritakan kali ini cuma ingin diucapkan selamat tahunbaru 2007
Langgan:
Catatan (Atom)