Selasa, 22 Mei 2007

Dulu aku bercadang untuk menulis di blog aku ni setiap hari....tetapi banyak sangat kekangan dan kangkangannya. Minggu ni aku nak balik ke semenanjung. Anak dan isteri kegembiraan jelas terbayang di wajah. Kami datang ke sini pada 6/1/2007...nak sampai ke mari penuh dengan cabaran dan dugaan. Bila dah sampai ada macampmacam lagi yang perlu dihadapi. Apa pun syukur ke hadratNya segalanya masih di bawah limpah kerahmatanNya.
Adik bongsuku Iwan, berjaya mendapat tempat untuk ditemuduga menjadi guru pada 29/05 ni. Aku tak tahu peluangnya tetapi aku dan abah sedang mengusahakan sesuatu...so selebihnya serahkan kepada Allah. Aku berdoa agar dia berjaya sekurang-kurangnya dapat membuktikan emak aku ada jugak anak-anak yang berjaya. Kami dulu susah...serba susah bukan macam Nana dan nini untung anak-anak aku ni ramai beno yang sayang kat diaorang. Susah macam mana pun bapak aku sedaya upaya mengembirakan kitaorang 5 beradik. terima kasih emak dan abah...semua kenangan yang lalu adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dikenang sokmo.
Kebelakangan ni aku agak malas nak ke Unimas...ntah,..malas je...balik ke semenanjung aku bercadang nak siapkan kerja lapangan. Kalau aku tekan minyak aku rasa bulan 3 tahun depan boleh siap...harap-harap lecturer tak banyak songeh. Aku berharap kesihatan aku ok untuk terus gagah menyiapkan kerja-kerja ni.
Aku berharap boleh masuk ke maktab (IPG) nak rasa gak macamana ngajo budak besar...aku dah ajor budak kecik dan budak sekolah besar...aku rasa ni satu pengalaman baru. Sehari dua ni kerajaan dah selaraskan gaji baru...ada yang puas hati ada yang sebaliknya..bini aku tentunya suka dah dua hari dia duk pegang calculator...sememangnya dia patut rasa gembira...penat keje wooo ngajo anak sojar plak...macam-macam. Aku suka gak...tapi aku nak tunggu 1 julai nanti ok.
OK aku stop dulu banyak benda yang aku nak setelkan tapi mata dah nak tido...semoga Allah memberikan aku kekuatan. wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan