Sabtu, 9 Jun 2007

2 minggu yang padat dan penat


Assalamualaikum....

Cuti sudah hendak habis..minggu depan Tie, Nana dan Nini akan mula bersekolah. aku pulak masih terkial-kial menyiapkan research ni..Dalam dua minggu ni banyak peancangan aku berjalan lancar kecuali pertemuan dengan MARDI dan pengusaha kerepek di Banting terpaksa ditangguhkan. Terima kasih buat isteriku yang memahami dan emakku...sori tak dapat lama di Temerloh. Bagi aku masa terlalu cepat dan genting. Buat ipar dan biras terima kasih kerana menyediakan kediaman anda untuk kami bersarang...inilah cabaran research ditambah dengan coil kereta buat hal dekat rm3000 lebih lebur..ini le kifarah buat insan berdosa macam aku...Apa pun terima kasih Allah..aku insan Mu terlalu lemah dan selalu gagal untuk bersyukur. Hampir seminggu di Puchong, Nana Nini hampir setiap hari berseronok dengan sepupu diaorang Qisqis, Maman, Haziq, Insyirah, Safiya, Nani dan brothers. Entah apa yang bermain dalam minda diaorang...itu untungnya jadi budak-budak. Nak balik ke Sarawak ni punya le berat hati...tapi sudah tugas. Aku stop di sini dahulu dengan satu persoalan bagaimana agaknya malam pertama Pak Lah dan Madam Jeanne serta apa yang Rosmah fikirkan sehari-dua ni.


Wassalam

Rabu, 6 Jun 2007

pembungkusan


Apa yang anda lihat pada satu pembungkusan yang membungkus sesuatu produk ? Adakah kita menyedari pada suatu pembungkusan terdapat pelbagai perkara yang boleh kita nyatakan secara asas iaitu warna, huruf(mukataip), gambar (imej), bentuk, logo (halal dsb) dan maklumat. Sama ada kita sedari atau tidak elemen-elemen yang dinyatakan di atas mempunyai kesan yang besar terhadap pengguna. Setiap produk yang masuk ke dalama pasaran berusaha keras untuk kelihatan lain daripada produk lain. Dengan kata lain produk-produk ini berusaha untuk menonjolkan diri agar kelihatan berbeza daripada produk-produk lain. Apakah asas yang digunakan untuk memperkenalkan diri secara senyap ini. Sudah tentulah elemen yang dinyatakan di atas berperanan besar bagi menarik perhatian pengguna. Jika ia diaplikasikan dengan baik ianya mampu memberi impak yang besar meningkatkan kuantiti penjualan.

Namun sesuatu pembungkusan tidak hanya bergantung pada elemen di atas sahaja untuk menarik perhatian pengguna. Menurut Shimp (2003) ada 4 elemen yang penting iaitu visibility, information, emotional evoke dan workability.

Selasa, 22 Mei 2007

Dulu aku bercadang untuk menulis di blog aku ni setiap hari....tetapi banyak sangat kekangan dan kangkangannya. Minggu ni aku nak balik ke semenanjung. Anak dan isteri kegembiraan jelas terbayang di wajah. Kami datang ke sini pada 6/1/2007...nak sampai ke mari penuh dengan cabaran dan dugaan. Bila dah sampai ada macampmacam lagi yang perlu dihadapi. Apa pun syukur ke hadratNya segalanya masih di bawah limpah kerahmatanNya.
Adik bongsuku Iwan, berjaya mendapat tempat untuk ditemuduga menjadi guru pada 29/05 ni. Aku tak tahu peluangnya tetapi aku dan abah sedang mengusahakan sesuatu...so selebihnya serahkan kepada Allah. Aku berdoa agar dia berjaya sekurang-kurangnya dapat membuktikan emak aku ada jugak anak-anak yang berjaya. Kami dulu susah...serba susah bukan macam Nana dan nini untung anak-anak aku ni ramai beno yang sayang kat diaorang. Susah macam mana pun bapak aku sedaya upaya mengembirakan kitaorang 5 beradik. terima kasih emak dan abah...semua kenangan yang lalu adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dikenang sokmo.
Kebelakangan ni aku agak malas nak ke Unimas...ntah,..malas je...balik ke semenanjung aku bercadang nak siapkan kerja lapangan. Kalau aku tekan minyak aku rasa bulan 3 tahun depan boleh siap...harap-harap lecturer tak banyak songeh. Aku berharap kesihatan aku ok untuk terus gagah menyiapkan kerja-kerja ni.
Aku berharap boleh masuk ke maktab (IPG) nak rasa gak macamana ngajo budak besar...aku dah ajor budak kecik dan budak sekolah besar...aku rasa ni satu pengalaman baru. Sehari dua ni kerajaan dah selaraskan gaji baru...ada yang puas hati ada yang sebaliknya..bini aku tentunya suka dah dua hari dia duk pegang calculator...sememangnya dia patut rasa gembira...penat keje wooo ngajo anak sojar plak...macam-macam. Aku suka gak...tapi aku nak tunggu 1 julai nanti ok.
OK aku stop dulu banyak benda yang aku nak setelkan tapi mata dah nak tido...semoga Allah memberikan aku kekuatan. wassalam

Ahad, 13 Mei 2007

Sarawak yang serba.....

Assalamualaikum sudah hampir lima bulan aku di sini....keseluruhannya ianya satu cabaran yang amat besar untuk aku menyudahkan kerja penyelidikan aku yang serba arggh...meletihkan ini.Namun terima kasih untuk anak dan isteriku yang serba memahami tentang diriku dan sanggup bersama-sama menyahut cabaran ini. UNIMAS tempat yang menarik tetapi anda perlu ke sini untuk mengetahui kisah sebenarnya ok.

Sabtu, 30 Disember 2006

Assalamualaikum....Selamat Sejahtera

Apa khabar...ini satu permulaan yang baru...tidak banyak yang boleh diceritakan kali ini cuma ingin diucapkan selamat tahunbaru 2007