Memaparkan catatan dengan label REHAT SEKEJAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REHAT SEKEJAP. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Julai 2009

merapu

Bismillahirahmanirahim

Untuk terus menulis di blog ini bukan suatu yang wajib mahu sebaliknya..aku hanya nak tulis jika ada yang terlintas di fikiran dan ilham dari Allah.

Aku bukan juga terlalu rajin nak memerah otak mengadap komputer..adakala diri ini terlalu banyak sindrom malas..bukan apa seharian bekerja..kadang2 badan terlalu letih, penat dan sebagainya. Itu belum ditambah dengan beban kerja lain..

Bukan tidak bersyukur..aku amat bersyukur..Cuma penat..tak salahkan kalau kita bercakap benar. Walaubagaimanapun pekerjaan ini adalah nikmat Allah yang tidak terhingga..at least ada kerja..boleh la nak beli apa yang dihajati…itu apa yang diluahkan untuk waktu ini..

Kebelakangan ini pemikiran ini telah memasuki satu dimensi baru..melihat sesuatu bukan sahaja luaran tetapi dalaman malahan menjangkau deria ke enam..perlaksanaan kerja oleh pelajar kebiasaannya hanya mereka lihat pada kulit tanpa menyelami dasarnya. Oleh sebab itu kerja mereka hanya gah seketika, setelah dinilai ia terkulai layu membasi.

Seharusnya pelajar melihat jauh menjangkau keluar dari tempurung kepala menerobos ruang-ruang kosong…ini dapat dilaksanakan melalui pemerhatian, pembacaan, penelitian, kajian, lukisan, percubaan dan sebagainya. Ini dibantu oleh limpahan bahan rujukan daripada internet, buku, surat khabar, majalah dan sebagainya. Jika pelajar melihat pada satu dimensi alangkah malangnya keupayaan diri dan tenaga muda yang masih ada, tidak digunakan sepenuhnya. Jadilah diri itu umpama anak2 burung yang hanya tahu nganga dan cepat berpuas hati dengan sesuatu perkara.

Seberapa ketika di institut ini aku dapat melihat beberapa perkara yang aku kira dapat dijadikan ilmu dan dimanafaatkan. Namun begitu beberapa penapisan perlu dilaksanakan..itu pun kalau masa mengizinkan…arghhhhhh memang benar masa itu emas dan tidak akan menunggu kita.

Untuk ini aku ingin memberi sedikit pandangan…apa yang datang pada kita itu adakalanya tidak mengembirakan..tetapi ia bukanlah masalah..sebenarnya masalah tidak wujud..masalah hanya ada pada rumus matematik..yang datang pada kita ialah dugaan..yang menguji pertimbangan dan yang membezakan kita dengan individu lain..kerana kita melihat sesuatu situasi pada perspektif berbeza. Oleh itu binalah keupayaan diri mengikut kemampuan, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi kerana tidakkah bersederhana itu disukai oleh Nabi Muhammad S.A.W

Aku…Zact bapak kepada Nana, Nini & Umair hahahahaha

Buat ceri tomato…serangan kulat memang biasa bagi tumbuhan memanjat..untuk kiwi pula terpaksa merentas lautan untuk sampai ke Tanah Melayu…kiwi n ceri tomato

Sabtu, 25 Julai 2009

Aku tiada pilihan.....


seorang sahabat lama datang bertanya..jika engkau diberi pilihan yang membuatkan ko berfikir sampai tertonggeng apa yang ko nak buat... erm..agak berat soalan dia ni....ni pulak jawapan aku, jika terdapat dua pilihan dan kedua-duanya terbaik untuk aku...aku akan pilih kedua-duanya...sebab Allah yang lebih tahu.. Aku bertanya pada sahabat lama...ko ada berapa pilihan... dia tidak menjawap hanya tersenyum sampai ke telinga...hahahah aku tak tahu hidup kita memang Allah akan tentukan membuat pilihan dalam segala hal..cuma kita tidak tahu adakah pilihan itu tepat atau sebalik.. ini mengingat aku pada dr. fadzillah kamsah yang mengalakkan kita sembahyang istikharah sebelum tidur malam..bukan kerana memilih jodoh...tetapi selalunya kita manusia perlukan panduan dan petunjuk dari Allah dalam membuat pilihan.. oleh itu apakah pilihan anda..? aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu kerana aku sekarang hari-hari kena buat pilihan dari mula celik mata hingga pejam mata..nak bermimpi pun kena pilih hahahahahaha

Jumaat, 24 Julai 2009

USTAZ AKHIL HAYY


Aku memang minat kat dia ni dulu....terutama masa aku study kat UPSI. Apa yang jadi kat dia sekarang ni sama- sama la kita doakan agar dapat dia atasi agar ianya tak terjadi pada kita semua. Setiap manusia akan mencatit sejarah masing-masing. Walaubagaimanapun dia bukan buat dosa besar so hahahahahah...yang buat dosa besar tu korang suka pulak dengar..aku pun hihihihihi

Aku cuma nak memetik kata-katanya dalam KOSMO (23 Julai 2009, Khamis) dia cakap...

"...saya sedar, sebagai manusia bukan semua yang kita minta diberi Allah, kadangkala apa yang kita tidak mahu itu diberi dan kena terimanya sebagai dugaan dengan penuh redha....."

Take your time and think....

Khamis, 16 Julai 2009

Tarikh Lahir dan Perangai Anda Menurut Fadzilah Kamsah


Januari

· Suka mendidik dan dididik

· Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik

· Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan

· Suka smart, kemas dan teratur

· Bersifat sensitif, berfikiran mendalam

· Pandai mengambil hati orang lain

· Agak pemalu dan pendiam kecuali telah dirangsang

· Punya daya tumpuan yang sangat tinggi

· Mudah mendisiplinkan diri sendiri

· Badanya sihat tetapi mudah diserang selsema

· Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya

· Cukup sayang pada kanak-kanak

· Suka duduk di rumah

· Setia pada segala-galanya

· Perlu belajar kemahiran sosial

· Cukup cemburu yang sangat tinggi

Februari

· Berfikiran abstrak

· Suka benda yang reality dan abstrak

· Inteligent, bijak dan genius

· Berpersonality yang mudah berubah

· Mudah menawan orang lain

· Agak pendiam, pemalu dan rendah diri

· Jujur dan setia pada segalanya

· Keras hati untuk mencapai matlamat

· Tidak suka dikongkong

· Mudah memberontak apabila dikongkong

· Suka kegiatan lasak

· Emosi yang mudah terluka dan sangat sensitif

· Mudah mempamirkan marahnya

· Tidak suka benda yang remeh-remeh

· Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya

· Sangat berani dan suka memberontak

· Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan

· Ada harapan untuk merialisasikan impiannya

· Daya pemerhatian yang tajam

· Suka hiburan dan sukan

· Suka benda yang bersifat seni

· Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

· Berkecenderungan pada benda yang tahyul

· Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

· Belajar untuk mempamirkan emosi

Mac

· Berpersonality yang menarik dan menawan

· Mudah didampingi

· Sangat pemalu dan pemendam rasa

· Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati

· Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam

· Suka kepada kedamaian

· Sangat peka pada orang lain

· Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain

· Tidak cepat marah dan sangat amanah

· Tahu balas budi dan mengenang budi

· Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

· Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal

· Suka berangan-angan dan suka melancong

· Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

· Kelam kabut dalam memilih pasangan

· Suka dengan hiasan rumah tangga

· Punya bakat seni dalam bidang muzik

· Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan yang terlalu moody

April

· Sangat aktif dan dinamik

· Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

· Sangat menarik dan pandai manjakan diri

· Punya daya mental yang sangat kuat

· Suka diberi perhatian

· Sangat diplomatik (pandai memujuk)

· Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang

· Sangat berani dan tiada perasaan takut

· Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah

· Emosi cepat terusik

· Sentiasa cuba kawal emosi

· Kecenderungan bersifat dendam, agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan

· Kuat daya ingatan

· Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

· Berpenyakit di sekitar kepala dan dada

· Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Mei

· Keras hati dan degil

· Kuat semangat dan bermotivasi tinggi

· Pemikiran yang tajam

· Mudah marah apabila tidak dikawal

· Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

· Perasaan yang amat mendalam

· Cantik dari segi mental dan fizikal

· Tidak perlu dimotivasikan

· Tetap pendirian tetapi mudah dipengarohi oleh orang lain

· Mudah dipujuk

· Bersikap sistematik (otak kiri)

· Suka berangan

· Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberi tahu

· Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit

· Daya khayalan yang tinggi

· Pemikiran yang tajam

· Pandai berdebat

· Fizikal yang baik

· Kelemahan sistem pernafasan

· Suka sastera, seni, muzik dan melancong

· Tidak berapa suka duduk di rumah

· Tidak boleh duduk diam

· Tidak punya ramai anak

· Rajin dan bersemangat tinggi

· Agak boros

Jun

· Berfikiran jauh dan berwawasan

· Mudah ditawan kerana sikap baik

· Berperangai yang lemah lembut

· Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood

· Idea yang terlalu banyak di kepala

· Bersikap sensitif

· Otaknya aktif (sentiasa berfikir)

· Sukar melakukan sesuatu dengan segera

· Bersikap suka menangguh-nanguh

· Bersikap terlalu memilih dan sukakan yang terbaik

· Cepat marah dan cepat sejuk

· Suka bercakap dan berdebat

· Suka buat lawak dan bergurau

· Otaknya cerdas berangan-angan

· Mudah berkawan dan pandai berkawan

· Orang yang sangat tertib

· Pandai mempamirkan sikap

· Mudah kecil hati

· Mudah kena selsema

· Suka berkemas

· Cepat rasa bosan

· Sikap terlalu memilih dan cerewet

· Kurang mempamirkan perasaan

· Lambat untuk sembuh apabila terluka hati

· Suka kepada barang yang berjenama

· Mudah menjadi eksekutif

· Kedegilan yang tidak terkawal

· Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa menegur saya adalah kawan saya

Julai

· Sangat seronok didampingi

· Banyak berahsia dan sukar dimegerti terutamanya lelaki

· Agak pendiam kecuali diransang

· Ada harga dan maruah diri

· Tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan

· Mudah dipujuk dan bercakap lurus

· Sangat menjaga hati orang lain dan sangat peramah

· Emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya

· Berjiwa sentimental, jarang berdendam

· Mudah memaafkan tetapi sukar melupakan

· Tidak suka benda remeh-remeh

· Membimbing secara fizikal dan mental

· Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang

· Layanan yang serupa dengan semua orang

· Tinggi daya simpati

· Pemerhatian yang tajam

· Suka menilai orang lain dengan pemerhatian

· Mudah dan rajin belajar

· Suka mengenang peristiwa atau kawan lama

· Suka mendiamkan diri dan suka muhasabah diri

· Suka duduk di rumah, rajin membuat kerja

· Suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan

· Tak agresif kecuali terpaksa

· Lemah dari segi kesihatan perut

· Mudah gemuk samada kawal atau tidak kawal diet

· Minta disayangi

· Mudah terluka hati tetapi lambat pulih

· Terlalu mengambil berat

Ogos

· Suka berlawak

· Orang mudah tertawan kepadanya

· Sopan santun dan caring kepada orang lain

· Berani dan tidak tahu takut

· Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan

· Pandai pujuk orang lain

· Terlalu pemurah dan bersikap ego

· Nilai harga diri yang sangat tinggi

· Dahagakan pujian

· Semangat juang yang luar biasa

· Cepat marah dan mudah mengamuk

· Mudah marah apabila cakapnya dilawan

· Sangat cemburu

· Daya pemerhatian yang tajam dan teliti

· Cepat berfikir dan fikiran yang berdikari

· Suka memimpin dan dipimpin

· Sifat suka berangan

· Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat

· Sangat sensitif tetapi tidak mudah merajuk

· Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit

· Belajar untuk relax

· Sikap kelam kabut

· Romantik, pengasih dan penyayang

· Suka mencari kawan

September

· Sangat bersopan santun dan bertolak ansur

· Sangat cermat, teliti dan teratur

· Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik

· Pendiam tetapi pandai bercakap

· Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati

· Sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia serta jujur

· Kerja yang dilakukan sangat sempurna

· Sangat sensitif kepada apa yang tidak diketahui

· Orang yang banyak berfikir

· Daya penakulan yang baik

· Otak bijak dan mudah belajar

· Suka mencari maklumat

· Kawal diri dari terlalu mengkritik

· Pandai mendorong diri sendiri

· Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)

· Banyak simpan rahsia

· Suka sukan, hiburan dan melancong

· Kurang menunjukan perasaannya

· Terluka hatinya sangat lama disimpan

· Terlalu memilih pasangan

· Sukakan benda yang luas

· Bersistematik

Oktober

· Suka sembang

· Suka orang yang sayang padanya

· Suka ambil jalan tengah

· Sangat menawan dan sopan santun

· Kecantikan luar dan dalam

· Tidak pandai berbohong dan berpura-pura

· Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan

· Sentiasa berkawan

· Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama

· Cepat marah

· Macam pentingkan diri sendiri

· Tidak menolong orang kecuali diminta

· Suka melihat dari perspektifnya sendiri

· Tidak suka terima pandangan orang lain

· Emosi yang mudah terusik dan kelam kabut

· Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)

· Suka melancong, bidang satera dan seni

· Pengasih, penyayang dan lemah lembut

· Romantis dalam percintaan

· Mudah terusik hati dan cemburu

· Ambil berat tentang orang lain

· Suka kegiatan luar

· Orang yang adil

· Boros dan mudah dipengarohi persekitaran

· Mudah patah semangat

November

· Banyak idea dalam banyak perkara

· Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya

· Berfikiran kehadapan, unik dan bijak

· Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa

· Pemikiran yang tajam

· Daya firasat yang sangat halus dan tinggi

· Bagus untuk jadi Doktor

· Cermat dan teliti

· Personalitynya dinamik

· Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

· Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

· Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran

· Terlalu degil dan keras hati

· Apabila hendak, diusahakannya hingga berjaya

· Tidak suka marah kecuali bila digugat

· Mudah ambil berat terhadap orang lain

· Pandai muhasabah diri

· Cara berfikir lain dari orang lain

· Otak yang sangat tajam

· Pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian

· Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi

· Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam

· Romantik walaupun tidak pasti dengan hubungan kasih sayang

· Suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi

· Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia

· Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

· Bercita-cita tinggi

· Perangai tidak boleh diramal dan mudah berubah-ubah

Disember

· Sangat setia dan pemurah

· Bersifat patriotik

· Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

· Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa

· Bercita-cita tinggi

· Suka menjadi orang yang berpengaroh dalam organisasi

· Seronok didampingi

· Suka bercampur dengan orang

· Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai

· Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur

· Tidak pandai berpura-pura

· Cepat marah

· Perangai yang berubah-ubah

· Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

· Benci pada kongkongan

· Suka berlawak

· Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

FIKIRKAN....

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.”

“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

“Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu.

“Hampir seumur hidup saya.” Jawab pendayung sampan.

“Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi.

“Ya”.

“Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?”

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

“Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.”

Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?”

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

“Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

“Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pedayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.

Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting.

Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?”

Professor itu menggelengkan kepala.

“Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

PENGAJARAN:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untukH digunakan dan boleh digunakan?