Khamis, 15 November 2018

Assalam

Sudah dipertengahan bulan Nov 2018....apa yang sudah dicapai...apa pula yang ketinggalan,,,semoga Allah mempermudahkan urusan kita....

Khamis, 29 Disember 2016

SELAMAT DATANG 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Beberapa hari 2016 akan berlalu dan 2017 akan memulakan kiraan...begitu juga usia semakin meningkat tetapi usaha semakin menurun...
6 Jan 2017 merupakan penentuan awal tentang apa yg aku mulakan beberapa tahun lepas.  Kalau boleh biar 2017 tamat semua kerja gila ni...biar anak2 pulak menentukan hala tuju.

Sesiapa sahaja yg mungkin membaca blog ini, doakan kami dan didoakan juga kerahmatan Allah untuk kalian.  Maaf sudah lama tidak menulis...kerana tiada keperluan mendesak hehehehehe

bye

Selasa, 30 Jun 2015

EDMODO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Sejarah Edmodo bermula sekitar akhir tahun 2008, di mana Nic Borg dan Jeff O’Hara percaya bahawa suasana persekolahan perlu diperkembangkan untuk menggambarkan perkaitan dalam dunia yang didiami, dibina untuk mencipta satu perkara baru berkait rapat dengan jurang antara bagaimana pelajar menjalani kehidupan mereka dan bagaimana mereka belajar di sekolah. Setakat ini, Edmodo telah menghubungkan lebih daripada 125,000,000 guru dan pelajar dalam dunia sejagat. Apa itu Edmodo? Edmodo merupakan jejaring sosial yang bebas dan selamat digunakan oleh guru, pelajar dan juga sekolah untuk pembelajaran yang berasaskan Learning Management System (LMS). Edmodo berfungsi sebagai sebuah laman yang telah dibangunkan khusus bagi aktiviti pembelajaran secara online sahaja. Edmodo menggalakkan suasana pembelajaran yang pelbagai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan memberi kemudahan bagi guru dan pelajar sebuah tempat yang aman dan selesa untuk berkomunikasi, bekerjasama, berkongsi kandungan dan aplikasi pembelajaran, kerja rumah bagi pelajar, perbincangan dalam kelas maya, ulangan secara atas talian, nilai dan banyak lagi yang lain. Hakikatnya Edmodo menyediakan semua yang boleh kita lakukan di kelas bersama pelajar dalam kegiatan pembelajaran yeng efektif ditambah lagi dengan kemudahan bagi ibu bapa agar dapat memantau semua aktiviti anaknya di Edmodo dengan menggunakan “parent code”. Tambahan pula, Edmodo boleh dilayari dengan mudah melalui telefon bimbit. Edmodo juga bermatlamat untuk membantu para pengajar memanfaatkan media sosial dengan mengurangkan penggunaan ruangan bilik darjah. image_thumb Bagaimana guru boleh menggunakan Edmodo? Guru boleh menggunakan Edmodo untuk berkomunikasi dengan pelajar kelasnya mengikut subjek. Setelah mencipta akaun sebagai guru di Edmodo, guru akan menerima kod dan kod tersebut digunakan oleh pelajarnya untuk mengaktifkan akaun sebagai pelajar bagi subjek tersebut. Melalui Edmodo, guru boleh memuat naik info terkini berkenaan kelas dan juga nota bagi tujuan pembelajaran. Guru juga boleh memuatkan tugasan yang boleh diletakkan tempoh tamat bagi memastikan pelajarnya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Guru juga boleh menerima terus jawapan pelajar dan memberi gred sebaik sahaja tugasan disemak. Guru juga boleh mengemukakan topik yang ingin dibincangkan bagi memudahkan pelajar dan guru saling berinteraksi. Selain itu, bahan-bahan juga boleh dimuatkan oleh guru dalam ruangan perpustakaan.Semasa menonton video yang berkaitan tentang sesuatu topik pengajaran misalnya, guru dan pelajar boleh memberi pandangan mahupun komen tentang ulasan video tersebut melalui Edmodo. Aplikasi Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran Penggunaan Edmodo sangat berkesan terhadap guru dan pelajar. Contohnya jika seseorang guru mempunyai tugasan luar dan tidak dapat bersemuka dengan pelajarnya, atau seorang guru itu sedang berada di luar negara, Edmodo akan membolehkan guru tersebut menyebarkan mesej, tajuk-tajuk perbincangan dalam bilik darjah, memberi tugasan serta nota kepada pelajar. serta gred untuk setiap tugasan kepada pelajar. Pendek kata setiap tugasan akan di muat naik oleh guru dan dibincangkan bersama pelajar. Pada masa yang sama juga para pelajar akan memuatnaik jawapan masing-masing kepada guru. Jadi, guru dapat menilai jawapan para pelajar dan memberikan gred untuk setiap tugasan pelajar secara atas talian. Guru juga dapat menganugerahkan lencana kepada pelajar yang sentiasa aktif berkomunikasi dan memberikan respon yang positif terhadap pembelajaran yang dilakukan dalam Edmodo. Secara tidak langsung pelajar diberikan penghargaan secara terus tanpa perlu menunggu keputusan ujian akhir. Edmodo merupakan satu jejaring sosial berbentuk pembelajaran yang banyak membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan menggunakan teknologi maklumat. Laman web Edmodo berfungsi sama seperti laman sosial yang lain seperti “Facebook” dan “Twitter” tetapi Edmodo lebih menekankan aspek pembelajaran secara maya. Penggunaan Edmodo adalah mudah dan percuma. Guru hanya perlu mendaftar sebagai guru dan mewujudkan sebuah kelas yang dikhaskan untuk pelajar bagi memudahkan komunikasi secara maya. Pelajar kemudiannya akan mendaftar sebagai pelajar dan memasuki ruangan yang telah dikhaskan untuk mereka dengan mendaftarkan kod ruangan yang telah diberi. Selain itu, ibu bapa juga diberikan kod khas bagi membolehkan mereka memantau perkembangan akademik anak masing-masing di dlaam kelas yang telah didaftarkan. Pembelajaran berasaskan laman web seperti Edmodo ini amat baik serta berkesan terhadap pelajar kerana mereka mampu membina pengetahuan baru dan bermanfaat kepada diri sendiri. Dengan penglibatan pelajar dalam laman sosial berkenaan akan membuat pelajar terlibat secara aktif dan dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu konsep dengan mengaitkan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk dan dapat meningkatkan kemahiran sosialnya dengan bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berkomunikasi dengan aktif dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Penggunaan Edmodo juga memungkinkan pembelajaran secara “hands-on” dan “minds-on” di mana pelajar boleh bertukar-tukar maklumat dengan guru mahupun sesame rakan pelajar yang lain. Manakala guru sebagai fasilitator yang akan membimbing pelajar memperoleh pengetahuan, menjadi sumber pelajar dalam memberi bimbingan dan komen. Selain itu, penggunaan Edmodo boleh menguji kemahiran menulis pelajar. Ia boleh dilihat melalui tugasan yang diberi dalam bentuk individu mahupun berkumpulan dalam bentuk tugasan penulisan ilmiah. Seperti juga sistem e-pembelajaran yang lain, penggunaan Edmodo sangat mudah dengan sejumlah kefungsian yang disediakan mengikut pedagogi pilihan. Fail-fail berbentuk audio dan video dapat dimuatnaik dan dapat dikongsi bersama pelajar dan pengajar. Guru dan pelajar dapat membuat ulasan dan memberi komen terhadap dokumen yang telah imuatnaik atau dokumen yang telah dihantar. Guru dan pelajar juga boleh memanfaatkan ciri-ciri lain yang terdapat di Edmodo seperti kemudahan kalendar, gred, perpustakaan, sumber pembelajaran, penambahan sub kumpulan dan sebagainya. Kelebihan penggunaan Edmodo dalam pendidikan Antara kelebihan penggunaan Edmodo ialah ia dapat diakses oleh guru, pelajar dan ibu/bapa tanpa mengira tempat dan masa dan merupakan satu platform pembelajaran yang selamat. Ini memudahkan pelajar dan guru menggunakan ruang waktu dan keselesaan mereka sendiri. Selain itu, guru dan pelajar boleh berkomunikasi secara maya. Guru boleh memberi tugas kepada pelajar dengan memberi satu tarikh akhir untuk tugas tersebut. Oleh itu, pelajar boleh menggunakan masa sendiri asalkan dapat menghantar tugasan tersebut sebelum tarikh akhir. Guru dan pelajar juga dapat berkongsi maklumat. Selain itu, ibu bapa juga dapat memantau perkembangan dan hasil kerja anak-anak secara maya tanpa berjumpa dengan guru. Melalui Edmodo juga kos peralatan seperti penggunaan buku, kertas dan alat tulis dapat dikurangkan.
Untuk lebih jelasnya, silahkan baca juga, artikel yang berhubungan dengan Artikel Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran, antara lain : Perbandingan Edmodo, Learnboost dan Schoology Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran Mengatur Profil Kelas Maya MENGAKSES SUMBER BELAJAR pada RUMAH BELAJAR Pelaksanaan Proses Pembelajaran RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN (RPP) Aplikasi Gratis Learnboost dalam Pengajaran dan Pembelajaran....

 Baca Selengkapnya di : http://www.m-edukasi.web.id/2013/06/edmodo-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran.html Copyright www.m-edukasi.web.id Media Pendidikan Indonesia

 

Sabtu, 22 Februari 2014

Feb 2014


Bulan Februari 2014 akan berakhir tidak lama lagi...banyak yg telah dan cuba disiapkan tetapi masih terlalu banyak yang belum siap....dan seperti tidak akan siap-siap. Minggu depan saya akan masuk ke semester 4 di UMP...progress agak slow..motivasi agak rendah..tetapi percubaan tidak akan terhenti inshaAllah.
Alhamdulillah dengan izinNya saya berpeluang menambah ilmu di Kuantan, Jerantut, Raub dan Mentakab. Cukup besar negeri Pahang setiap perjalanan ada banyak perkara yang diperhatikan dalam mengisi antara nguapan mengantuk. Melihat usaha-usaha anak muda dalam menjayakan PdP memang sesuatu yang sangat menarik.
Saya diberi peluang dan ruang kali ini untuk menyelia pelajar-pelajar minor di SK dan major dari IPG luar di SKJC. Usaha mereka dalam menjayakan PdP PSV pada peringkat sekolah rendah patut dipuji kerana ia memberi makna baru pada pembelajaran murid-murid.
Awal Februari ini juga saya berpeluang menjadi panel ATP buku teks di Melaka...dan ke Melaka bukan untuk bercuti..seminggu yang dipenuhi dengan kerja dan pengalaman hebat..dan saya gagal untuk menghirup walaupun sesudu asam pedas di Limbungan...heh heh heh
Ok cukup setakat ini..saya bukan membuat laporan atau catatan diari tetapi melatih jari-jari tua menaip dengan kadar kelajuan seragam. Sememangnya tiada pengisian ilmiah penulisan ini...semoga jumpa lagi..wassalam..

Selasa, 14 Januari 2014

14 Januari 2014 : Selamat Datang Tahun Baru...Maaf Terlambat..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Setelah satu peristiwa haru tahun lepas aku mengambil keputusan untuk berehat dari menulis di blog seketika..bukan apa..aku malas untuk melayan isu yang tidak pasti.

Beberapa bulan 2013 berlalu begitu sahaja..ada beberapa peristiwa dan acara tidak dpt dimuatnaik di sini. Antaranya Pesta Seni OK2013 PSV3114 kali terakhir di IPGKTAA. Setelah 3 tahun dengan jayanya kami di Unit PSV IPGKTAA menjayakan paper PSV3114 dengan pesta yg boleh dianggap mega bagi kampus IPG tahun ini terpaksalah berehat...kerana Unit PSV IPGKTAA sudah tiada lagi pelajar major.

Sedih memang sedih tapi ini mungkin ruang untuk rehat dan berfikir serta menumpukan perhatian pd bahagian lain pula....

Ok itu sahaja untuk permulaan 2014 ni..aku malas nak upload gambar..nanti kita nyembang lagi tu pun kalau korang nak baca..


wassalam

Jumaat, 21 Jun 2013

PSV3114 SENI & PENGURUSAN : PAMERAN SENI

PENGENALAN
Definisi
Myers, B. (1985) dalam penulisannya yang berjudul “How to Look at Art” mentakrifkan pameran sebagai satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (biasanya galeri ataupun dewan) dan mempamerkan hasil karya seni seperti; lukisan, catan, cetakan, arca, ukiran, gambar foto dan karya yang siap (finished artwork).

Hasil-hasil karya berkenaan secara umumnya akan dipamerkan untuk tontonan dan dihayati oleh orang ramai. Aktiviti pameran ini selalunya berlaku hanya sementara pada masa yang tertentu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak penganjur serta mereka yang terlibat mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Jika pada infomasi pameran tersebut ada mencatatkan Pameran Tetap (Permanent Exhibition), bermakna pameran itu akan berterusan tanpa had waktu pengakhirannya.

Manakala Preble, S dan Duane (1996) menjelaskan bahawa di Amerika pameran dikenali sebagai “exhibit” (pamer), manakala di Perancis pula ianya dikenali sebagai “exposition atau show” (pameran). Berbeza pula di United Kingdom mereka menamakan “exhibitions” itu sebagai pameran manakala individu yang terlibat di dalam pameran itu digelar sebagai “exhibit”.

Secara umumnya pameran itu adalah merujuk kepada satu tempat yang mempamerkan hasil-hasil karya seni yang melibatkan individu yang tertentu ataupun kumpulan yang tertentu didalamnya. Manakala tempat yang digunakan pula mempunyai kemudahan dan ianya senang bagi masyarakat setempat untuk berkunjung serta melihat hasil karya yang dipamerkan itu.

Objektif Pameran
Setiap pameran yang dirancang mempunyai tema dan objektifnya tersendiri. Biasanya sesuatu pameran itu diadakan adalah untuk menghargai hasil-hasil seni yang telah pun dihasilkan oleh para pelukis dan pereka. Di samping itu juga, ianya adalah satu bentuk aktiviti bagi mendekatkan masyarakat dengan hasil karya-karya seni. Budaya ini, dalam erti kata lain adalah mengajak dan mengajar masyarakat tempatan untuk menghayati keindahan hasil seni itu.

Selain daripada itu, ianya juga merupakan satu penghargaan dan motivasi kepada pengkarya. Aktiviti pameran ini juga sebagai satu bentuk pengiktirafan yang tertinggi kepada pengkarya di dalam proses penghasilan karya mereka.

i.  Tujuan sosial
Tujuan sosial bererti bahawa kegiatan pameran baik skala luas (di masyarakat) mahupun skala terbatas (di sekolah). Karya seni yang dipamerkan dipergunakan untuk kepentingan sosial. Hasil penjualan karya seni yang dipamerkan disumbangkan kepada yayasan anak yatim, pendidikan anak cacat, dan mana-mana yayasan yang memerlukan bantuan.

ii.  Tujuan Komersial
Tujuan komersial pameran berkaitan dengan kegiatan untuk menghasilkan profit atau keuntungan terutama bagi seniman. Melalui kegiatan ini seniman dapat menjual karyanya kepada apresiator dan kolektor karya seni.

iii.  Tujuan Kemanusiaan
Tujuan kemanusiaan kegiatan pameran adalah untuk kepentingan pelestarian (maintain), pembinaan nilai-nilai, dan pengembangan hasil karya seni budaya yang dimiliki oleh masyarakat. Media apresiasi bagi masyarakat terhadap karya-karya seniman.

Jenis-jenis Pameran
Pameran yang diadakan terbahagi kepada beberapa jenis dan peringkat. Antara jenis-jenis pameran tersebut adalah:

i.  Pameran Solo
Pameran ini biasanya hanya melibatkan hasil karya seorang individu sahaja. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis).

ii.  Pameran Berkumpulan
Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis).

iii.  Pameran Berbentuk Retrospektif
Pameran jenis ini biasanya melibatkan hasil karya yang dihasilkan dari awal penglibatan beliau sehinggalah ke hari ini. Selalunya pameran ini melibatkan seorang individu ataupun hasil koleksi karya seseorang ataupun organisasi. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis/ penyimpan koleksi karya berkenaan).

iv.  Pameran Koleksi Tetap
Pameran jenis ini biasanya melibatkan hasil karya yang telah dibeli ataupun dipunyai oleh sesuatu organisasi itu. Selalunya pameran ini melibatkan hasil karya seorang inidividu ataupun hasil koleksi karya seseorang ataupun organisasi itu. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan penyimpan koleksi karya berkenaan).

v.  Pameran Berbentuk Jelajah
Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu. Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awam ataupun di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/penaja dan pengkarya/ pelukis). Di samping itu juga pameran ini akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain setelah tamat tarikh yang telah ditetapkan.

vi.  Pameran Hasil daripada Pertandingan
Pameran ini biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu. Manakala karya-karya yang dipamerkan adalah karya-karya yang telah dipilih sebagai pemenang dan karya yang layak mengikut kategori yang telah ditentukan oleh pihak penganjur pertandingan.Tempat bagi mengadakan pameran ini selalu di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu ataupun di galeri-galeri awan ataupun di tempat-tempat yang telah dipilih oleh kedua-dua pihak (penganjur dan penaja). Manakala tempoh pameran ini telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.

PENGURUSAN PAMERAN
Bagi membantu dan memudahkan pengurusan sesuatu pameran itu beberapa perkara utama perlulah diberi perhatian. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti dijelaskan seperti berikut:

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pameran
Sesuatu aktiviti yang telah dirancang tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna tanpa tenaga kerja yang diamanahkan dan dilantik bagi menguruskan kepelbagaian tugas di dalam aktiviti pameran ini. Ekoran daripada itu, maka satu perlantikan ahli jawatankuasa kerja pameran perlulah dilakukan. Struktur perlantikan ahli jawatankuasa kerja pameran adalah terbahagi kepada dua:

i. Jawatankuasa Induk Pameran
Jawatankuasa ini terdiri daripada Penanung, Penasihat, Pengarah, Kurator, Pembantu Kurator, Setiausaha dan Bendahari. Jawatankuasa ini bertanggungjawab terhadap urusan jemputan, penyediaan katalog pameran, penyediaan teks ucapan, penyediaan kad jemputan dan lain-lain hal berkenaan dengan pameran.

ii. Jawatankuasa Kecil Pameran
Jawatankuasa ini terdiri daripada JKK Seranta I, JKK Seranta II, JKK Teknikal dan Percetakan, JKK Penempatan dan Kemudahan dan JKK Sambutan. Jawatankuasa ini adalah tenaga kerja yang akan melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jawatankuasa Induk dari masa ke semasa.
Senarai Ahli Jawantankuasa Pameran Seni Diadaptasi daripada Samsudin Wahab (2006)



BIBLIOGRAFI

KAJIAN WARNA TERHADAP WAKTU SOLAT


Oleh TKOOffline


Banyak kali terbaca tulisan Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dalam beberapa kajiannya tentang solat. Dr Fatimah bersama dengan Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok, seorang bukan Islam telah membuat kajian ini menjadi lebih terserlah tanpa 'bias' agama. Kajian beliau telah diperluaskan lagi dengan beberapa kajian pengukuhan tentang bertapa pentingnya solat menjaga kesihatan.Saya paparkan pembaca blog ini dengan maklumat menarik ini, selain kita di'sumbat' berita-berita dan tulisan politik baik juga kita mengambil sedikit masa untuk bahan-bahan berbentuk keilmuan. Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.


SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 


ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 


MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalm kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Rabu, 19 Jun 2013

PSV3114 SENI & PENGURUSAN : PENGENALAN

SINOPSIS
Kursus ini meliputi kepentingan dan asas pengetahuan dalam projek seni, pengurusan dan proses pengendalian projek seni. Aktiviti amali meliputi merancang dan melaksanakan projek seni, membuat laporan maklum balas dan tindakan lanjutan.
DEFINISI SENI
Apa situ ‘ seni ’ ? Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung ia mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu (pengetahuan) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.
Menurut Herbert Read (buku, The Meaning of Arts) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression).Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.
Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada.
  http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pengenalan-seni-definisi-seni-definisi.html
DEFINISI PENGURUSAN
Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.
Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali ‘maneggiare’ iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin – ‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad ke 17 dan 18.
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan’.
Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain’. Free-Content Encyclopedia Wikipedia menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai ‘tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang’.
James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’.
Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.
Sejarah Awal Pengurusan
Secara umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negara bangsa.
Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.
Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain dan peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan dalam pelbagai badan awam. (Sivachandralingam & Ayadurai)
 
Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285 undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan pengurusan, perdagangan dan kewangan.
Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir’aun dan pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa.
Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya ‘Law’, bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. Pemerintahan Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri. (Sivachandralingam & Ayadurai)
Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini diberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat (Jaafar, Mohd Hizam & Zafir).
SENI & PENGURUSAN
  1. Mengurus dan mengendali aktiviti/projek seni 2-dimensi atau 3-dimensi dengan pertimbangan pelbagai kekangan kewangan, masa tenaga manusia, bahan, peralatan dan kaedah.
  2.  Mengaplikasi pengetahuan pembelajaran melalui projek mengikut prosedur dan tata cara terhadap projek seni visual.
  3. Memupuk nilai kerjasama, bertimbang rasa, keyakinan diri dikalangan ahli-ahli kumpulan dalam mengurus dan mengendalikan sesuatu projek seni.
  4. Mengendalikan projek seni dengan melibatkan masyarakat setempat. 

Sabtu, 8 Jun 2013

TRANSFORMASI

Transformasi daripada perkataan Inggeris yang bererti berubah. Tetapi apabila transformasi digunapakai sebagai perkataan Melayu kontemporari, ia lebih membawa maksud sebagai peristilahan iaitu maksud berubah secara lebih meluas dan terbuka. Dengan perkataan lain, transformasi bermaksud perubahan total atau perubahan seluruhnya termasuk bentuk, sifat, sikap, minda, keadaan dan sebagainya.

Rabu, 22 Mei 2013

PSV3109 : Apa itu Multimedia ?




Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan media/medium. Multi bermaksud banyak, pelbagai di mana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media wujud di dalam sesuatu aplikasi. Media merujuk kepada alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. 

Oleh itu multimedia dapat didefinisikan sebagai penggunaan komputer yang menggabung dan mempersembahkan teks, suara, gambar, animasi dan video dengan alat bantu (tool) dan pautan (link) sehingga pengguna dapat bernavigasi, berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi (Hofstetter 2001). Ia juga merupakan komunikasi melalui lebih daripada satu cara.
 
Multimedia sering digunakan dalam dunia hiburan. Selain dari dunia hiburan, multimedia terdapat dalam permainan berkomputer.Multimedia juga dapat dilihat sebagai penggunaan beberapa media yang berbeza dalam menyampaikan informasi berbentuk teks, audio, grafik, animasi, dan video.

Definisi Mutimedia
"Multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna mengabung, menyunting, melaraskan bunyi , grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus"
– Jacquetta Megarry (1990)

"Multimedia ialah persepaduan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan olek teknologi berasaskan komputer. ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dan kaset video"
- Waterworth (1992)

"Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital"
- Gayeski (1993)

"Paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad bunyi, dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat"
- Ron White (1996).

Khamis, 2 Mei 2013

Hidup dan Warna

Assalamualaikum...

Kali ini saya menulis bukan dalam gaya akademik tetapi dengan ikut suka hati saya. Apabila umur hampir menginjak 40 tahun, banyak hal di sekeliling perlu saya perhatikan dengan sangat mendalam serta memahami kenapa ia terjadi. Sesungguhnya hidup ini Allah jadikan ia berwarna-warni dan sangat menarik untuk dilalui walaupun ada ada antaranya tidak menyenangkan diri. 
Baru-baru ini saya berhadapan dengan situasi yang baru dalam proses pembelajaran aras tinggi...saya tidak dapat meramalkan peluang kerana kehidupan di IPG luar jangkaan keseluruhannya. Saya menasihati hati agar bersabar melalui kesukaran dengan warna-warna suram ini..kerana dalam kesusahan itu Allah berikan warna-warna ceria yang menghiburkan hati walaupun hadirnya seketika.
Allah menjadikan kehidupan berkaitan dengan warna...ada warna yang menceriakan, ada warna yang suram menyedihkan...dan itu dinamakan kehidupan...Alhamdulillah...
Ok cukup sekadar itu untuk menulis kerana ia sebagai latihan sebelum untuk terus mengadap propasal PhD. Terima kasih Allah...dan untuk menyudahkan keseluruhannya perancangan yang samar ini saya serah pada Allah..amin

* Al Fatihah untuk bekas penyelia master saya di Unimas, Prof. Madya Ahmad Khiri bin Zain.

Khamis, 11 April 2013

KAEDAH GEGELANG DALAM MENINGKATKAN KEMASAN PENGHASILAN TEMBIKAR TEKNIK LINGKARAN

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemasan penghasilan tembikar teknik lingkaran dengan mengaplikasikan Kaedah Gegelang.  Responden dalam penyelidikan ini terdiri daripada tiga orang murid dari kalangan tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Damak, Jerantut, Pahang.  Tinjauan awal yang dilaksanakan menunjukkan murid cenderung mempunyai masalah dalam kemahiran membentuk jalur lingkaran tembikar.  Hal ini merujuk kepada bentuk lingkaran tembikar yang tidak sekata yang dihasilkan dan susunan lingkaran yang senget.  Oleh yang demikian, pengkaji telah menfokuskan kepada 3 kaedah bagi mengatasi masalah ini iaitu Kaedah Acuan Pemidang, Kaedah ‘O’ dan Kaedah Kerangka Botol.  Keputusan kajian mendapati terdapat perubahan positif yang ketara di akhir pelaksanaan ketiga-tiga kaedah tersebut dalam meningkatkan kemahiran murid untuk membentuk tembikar teknik lingkaran dengan kemas dan baik.

 PENGENALAN
Tembikar merupakan artifak kraf yang paling awal dapat dikesan dalam tamadun manusia dan merupakan satu unsur penting dalam memahami dan mengetahui perkembangan sejarah kebudayaan masyarakat pada satu ketika dahulu. Penghasilan tembikar bukan lagi hanya sekadar memenuhi keperluan untuk hidup tetapi ianya juga merupakan satu lambang penyataan yang ekspresif kepada masyarakat. Berpandukan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, bidang keempat iaitu Mengenal Kraf Tradisional merupakan bidang yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta. Ia menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap bentuk, rupa, struktur, imbangan dan kestabilan dalam menghasilkan objek 3 dimensi. Bidang ini memberi kesedaran kepada murid tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Namun begitu pada awal usia kanak-kanak, kebolehan kemahiran motor halus dan interpretasi kesemua asas seni reka adalah agak terbatas. Hal ini kerana kanak-kanak akan membentuk mengikut naluri dan kemahuan mereka berbanding aspek kompasisi yang ditentukan.

LATAR BELAKANG MASALAH
Berdasarkan kajian lepas menunjukkan murid mempunyai masalah dalam membentuk tanah liat bagi menghasilkan tembikar menggunakan teknik lingkaran. Melalui tinjauan awal dan pemerhatian yang dijalankan di SK. Damak, Jerantut didapati murid juga cenderung berhadapan masalah ini. Hal ini merujuk kepada jalur lingkaran tembikar yang tidak sekata dan susunan bulatan lingkaran yang senget. Sekaligus, ia menyebabkan bentuk karya kraf tembikar yang dihasilkan menjadi tidak kemas dan tidak seimbang. Ini mungkin disebabkan keterbatasan murid dalam mengaplikasikan konsep asas seni reka dan pengawalan kemahiran motor tangan seperti menguli, menggelek, memotong, membentuk dan mencantum dalam menghasilkan karya tembikar menyebabkan hasil karya menjadi tidak seindah yang diinginkan. Kemahiran-kemahiran ini memerlukan tahap psikomotor dan koordinasi anggota badan murid yang baik di dalam proses penghasilan. Oleh yang demikian, penguasaan kemahiran yang lemah menyebabkan murid gagal menghasilkan karya 3 dimensi yang memenuhi syarat-syarat asas seni reka terutamanya aspek bentuk, rupa dan keseimbangan. Hal ini melibatkan perhubungan di antara tahap kognitif dan fizikal murid yang dibina melalui proses pembelajaran. Faktor ini menjadi perkara yang menghalang murid dalam menghasilkan sebuah karya yang baik dan kemas dari segi rupa dan komposisinya. Dari situ, pengkaji telah mula mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah rendah pada sekitar permulaan memasuki tahap 1 semasa melakukan aktiviti seni visual. Sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan murid akan mengalami masalah dalam peringkat kematangan psikomotor halus dan nilai-nilai estetika pada kraf tradisional akan pupus ditelan zaman. 

TUJUAN KAJIAN
Merujuk kepada permasalahan yang dikaji, bagi menggalakkan perkembangan nilai kualiti dalam sesebuah karya, guru seharusnya tidak bergantung kepada kreativiti murid itu sahaja malah haruslah memikirkan medium bersesuaian yang boleh disediakan untuk meningkatkan kemahiran murid di dalam pembelajaran. Permasalahan kemahiran membentuk dan menyusun lingkaran yang tepat dalam menghasilkan tembikar teknik lingkaran yang kemas adalah perkara yang boleh diatasi melalui penggunaan kaedah-kaedah yang betul. Masalah ini harus diatasi kerana kemahiran membentuk dan menyusun bukan sahaja hanya digunakan dalam penghasilan tembikar teknik lingkaran, malah ia juga turut digunakan dalam penghasilan tembikar yang lain misalnya kepingan, picitan dan sebagainya. Oleh disebabkan sukar untuk menjelaskan konsep teknik lingkaran dalam penghasilan tembikar secara teori kepada murid tahap 1, jadi dalam penyelidikan tindakan yang dijalankan, pengkaji telah merangka 3 kaedah yang bersifat konkrit bagi membantu murid meningkatkan kemasan penghasilan tembikar teknik lingkaran. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan dalam mengatasi masalah ini adalah :

                             i.        Kaedah Acuan Pemidang
                            ii.        Kaedah ‘O’
                           iii.        Kaedah Kerangka Botol

Kaedah-kaedah yang diperkenalkan ini adalah bersifat ansur maju yang mana ia menekankan penguasaan setiap kemahiran dalam penghasilan tembikar teknik lingkaran iaitu kemahiran mengelek, kemahiran membentuk lingkaran dan kemahiran menyusun lingkaran tembikar sehingga menjadi bentuk tembikar yang kemas dan sempurna.

 OBJEKTIF 
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid meningkatkan kemasan penghasilan tembikar menggunakan teknik lingkaran. Namun secara khususnya, objektif kajian ini dipecahkan kepada beberapa perincian melalui kaedah-kaedah yang diperkenalkan iaitu:
  1. Membantu murid meningkatkan kemahiran membentuk tembikar teknik lingkaran dengan betul dan kemas dengan menggunakan kaedah Acuan pemidang.
  2. Membantu murid meningkatkan kemahiran membentuk tembikar teknik lingkaran dengan betul dan kemas dengan menggunakan kaedah ‘O’.
  3. Membantu murid meningkatkan kemahiran membentuk tembikar teknik lingkaran dengan betul dan kemas dengan menggunakan kaedah kerangka botol.
SOALAN KAJIAN
Tiga soalan kajian yang telah dikenalpasti bagi pengukur penilaian pencapaian hasil penyelidikan iaitu:
1)    Adakah kaedah gegelang berasaskan kaedah acuan pemidang dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membentuk tembikar teknik lingkaran dengan betul dan kemas?
2)    Adakah kaedah gegelang berasaskan kaedah ‘O’ dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membentuk tembikar teknik lingkaran dengan betul dan kemas?
3)    Adakah kaedah gegelang berasaskan kaedah kerangka botol dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membentuk tembikar teknik lingkaran dengan betul dan kemas?

 METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian
Tindakan yang dijalankan ini mengaplikasikan model penyelidikan Kurt Lewin (1946) dalam Rosinah Edinin (2011). 


Kumpulan Sasaran
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Damak yang terletak di daerah Jerantut, Pahang dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Dalam menjalankan penyelidikan tindakan ini, 3 orang responden tahap 1 iaitu tahun 2 telah dikenalpasti melalui ujian pra. Kesemua responden ini telah dikodkan dengan R1, R2 dan R3.

Pelaksanaan Tindakan
Proses kajian telah dijalankan sepanjang penyeliaan pelajar semester 7 menjalani sesi praktikum fasa 3.  Pelajar-pelajar yang diselia, guru pembimbing dan pihak sekolah telah memberi kerjasama dalam menjayakan kajian tindakan ini. Pelaksanaan tindakan yang dilaksanakan ialah :

 Minggu 1 
Tarikh
Langkah
Aktiviti
Catatan
07/02/2013

Perbincangan bersama pihak sekolah, guru pembimbing dan guru pelatih.
Meminta kebenaran daripada GPK 1 dan Guru Pendidikan Seni Visual Tahun 2 bagi menjalankan penyelidikan tindakan.
Mendapat jadual waktu PSV Tahun 2.
Ujian Pra
Murid menjalankan aktiviti membentuk tembikar teknik lingkaran dengan menggunakan tanah liat mengikut saiz yang ditetapkan oleh guru
Mengenalpasti responden.

 Minggu 2 
Tarikh
Langkah
Aktiviti
Catatan
28/02/2013
Kaedah 1 (Acuan Pemidang)
Responden menjalankan aktiviti penghasilan tembikar teknik lingkaran
Seramai 3 orang responden terlibat dalam kaedah 1 dan berjalan dengan baik.
Kaedah 2
(‘O’)
Responden menjalankan aktiviti penghasilan tembikar teknik lingkaran
Seramai 3 orang responden terlibat dalam kaedah 2 dan berjalan dengan baik

 Minggu 3 
Tarikh
Langkah
Aktiviti
Catatan
21/03/2013
Kaedah 3
(Kerangka Botol)
Responden menjalankan aktiviti penghasilan tembikar teknik lingkaran
Seramai 3 orang responden terlibat dalam kaedah 3 dan berjalan dengan baik

Minggu 4
Tarikh
Langkah
Aktiviti
Catatan
08/04/2013
Ujian Pasca
Responden menghasilkan tembikar teknik lingkaran dengan peningkatan kemahiran dan kemasan penghasilan karya kraf tembikar teknik lingkaran dengan baik.
Seramai 3 orang responden terlibat dalam ujian pasca yang dijalankan dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Jadual 1: Pelaksanaan Tindakan

Cara Pengumpulan Data
Bagi menjalankan pengutipan data berkenaan isu permasalahan ini, beberapa kaedah instrumen telah digunakan, iaitu:
  • Ujian pra
  • Pemerhatian
  • Analisis dokumen
  • Ujian pasca

Tanah liat dan alatan akan diberi berdasarkan kaedah yang diperkenalkan dalam menjalani ujian. Pemerhatian berstruktur akan dibuat sepanjang aktiviti kaedah dijalankan oleh responden. Hasil setiap kaedah dikumpulkan dan direkodkan untuk dianalisis sebagai bukti dokumen.

Cara menganalisis data
Setelah pengumpulan data dilakukan dalam kajian ini, pengkaji mula menganalisis untuk mendapatkan keputusan penilaian terhadap kajian yang dijalankan. Hasil dapatan setiap Kaedah akan dianalisis menggunakan skala penilaian penentuan keberkesanan yang telah dibina. Data soal selidik pula akan dianalisis mengikut skala penentuan tahap pengetahuan yang dibina berdasarkan soalan yang dikemukakan kepada responden. Setiap ujian akan dinilai berdasarkan rakaman foto dan jadual skala pemarkahan.
   
DAPATAN KAJIAN
Berikut merupakan dapatan hasil analisis setiap kaedah yang telah dijalankan sepanjang kajian ini. Satu skala penilaian penentuan keberkesanan telah disediakan untuk menganalisis hasil setiap kaedah. Manakala skala pemarkahan ujian pra dan pasca juga turut disediakan.

Kategori
Skala Skor
Penyataan
1
0-1
Murid sukar mengaplikasikan kaedah dan tidak menghasilkan tembikar dengan baik dan kemas.
2
2-3
Murid dapat mengaplikasikan kaedah dan menghasilkan tembikar dengan baik dan kemas

Jadual 2: Skala Penilaian Penentuan Keberkesanan

Kategori
Skala Skor
Penyataan
1
0-2
Murid sukar mengawal kemahiran motor dan tidak tidakdapat menghasilkan tembikar dengan baik dan kemas.
2
3-4
Murid dapat mengawal kemahiran motor dan menghasilkan tembikar dengan baik dan kemas.

Jadual 3: Skala Pemarkahan Ujian Pra Dan Pasca
Pada peringkat awal,ujian pra telah dilaksanakan untuk membolehkan pengkaji mengesan dan mengenal pasti responden yang mempunyai masalah dalam penghasilan tembikar teknik lingkaran. Semasa ujian pra dijalankan, murid diminta menghasilkan sebuah karya kraf tembikar teknik lingkaran dengan menggunakan tanah liat yang diberikan. Kesemua responden akan menghasilkan karya tembikar tanpa berbantukan apa-apa alatan. Berdasarkan ujian pra dan data yang diperolehi, jelas membuktikan bahawa responden lemah dalam pengawalan kemahiran motor mereka. Hal ini menyebabkan kemasan tembikar yang dihasilkan tidak begitu sempurna dan menepati aspek-aspek dalam asas seni reka.


Kriteria
R1
R2
R3
Dapat menghasilkan jalur lingkaran tembikar yang tepat dari segi bentuk yang bulat dan saiz yang sekata
/
/
/
Dapat menghasilkan bentuk bulatan/ gegelang lingkaran yang bulat dan sekata.
X
X
X
Dapat  menghasilkan susunan gegelang lingkaran yang seimbang dalam membentuk tembikar
X
X
X
Dapat menyiapkan karya yang baik dalam masa yang ditetapkan
X
X
X
Skor
1
1
1
Kategori
1
1
1

Jadual 5: Ujian Pra

Seterusnya, hasil analisis bagi kaedah pertama iaitu kaedah Acuan Pemidang menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden yang dipilih telah berjaya mengaplikasikan kaedah dan menghasilkan tembikar dengan baik dan kemas dengan berbantukan alat acuan pemidang.


Kriteria
Baik (/)
Lemah (X)
R1
R2
R3
Dapat menggelek tanah liat dengan baik didalam pemidang yang diberi
/
/
/
Dapat mengukur dan memotong dengan betul tanah liat yang digelek dalam pemidang.
/
X
/
Dapat menggelek jalur lingkaran hingga menjadi jalur yang bulat dan mempunyai saiz yang sekata.
/
/
/
Skor
3
2
3
Kategori
2
2
2

Jadual 6: jadual pemarkahan kaedah acuan pemidang

Bagi kaedah kedua pula iaitu kaedah ‘O’, responden diberikan sehelai kertas yang mengandungi bentuk ‘O’. Responden akan membentuk tembikar teknik lingkaran dengan menghasilkan peniruan bentuk bulatan lingkaran pada kertas tersebut. Melalui kaedah ini, hasil dapatan menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden yang dipilih berjaya  mengaplikasikan kaedah dan menghasilkan tembikar dengan baik dan kemas dengan berbantukan bentuk ‘O’ yang terdapat pada kertas yang diberikan.


Kriteria
Baik (/)
Lemah (X)
R1
R2
R3
Dapat menggelek tanah liat dengan tangan dalam menghasilkan jalur lingkaran yang sama saiz
/
X
/
Dapat melakukan peniruan bentuk bulat ‘O’ dengan menggunakan jalur lingkaran
/
/
/
Dapat menghasilkan bulatan lingkaran tembikar dengan baik dan sekata
/
/
/
Skor
3
2
3
Kategori
2
2
2

Jadual 7: jadual pemarkahan kaedah ‘O’
Seterusnya, kaedah ketiga iaitu kedah kerangka botol merupakan kaedah yang paling mudah dan cepat diaplikasikan oleh murid. Kaedah ini mengaplikasikan penggunaan botol minuman mineral. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kesemua responden berjaya  mengaplikasikan kaedah dan menghasilkan tembikar dengan baik dan kemas dengan berbantukan alat kerangka botol.


Kriteria
Baik (/)
Lemah (X)
R1
R2
R3
Dapat menggelek tanah liat dengan tangan dalam menghasilkan jalur lingkaran yang sama saiz
/
/
/
Dapat melilit dan menyusun gegelang lingkaran dengan baik pada botol minuman mineral.
/
/
/
Dapat membentuk tembikar teknik lingkaran yang seimbang dan kemas.
/
/
/
Skor
3
3
3
Kategori
2
2
2

Jadual 8: Jadual Pemarkahan Kaedah Kerangka Botol

Setelah ketiga-tiga kaedah kajian telah dijalankan, hasil dapatan menunjukkan bahawa ketiga-tiga kaedah tersebut dapat membantu murid meningkatkan kemahiran penghasilan tembikar teknik lingkaran dengan kemas dan baik. Kesinambungan dengan itu, satu ujian pasca telah dijalankan dimana responden telah dibenarkan untuk memilih kaedah yang paling mudah dan cepat bagi penghasilan karya mereka. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan amat membantu dalam meningkatkan kemasan penghasilan tembikar teknik lingkaran.

Kriteria
R1
R2
R3
Dapat menghasilkan jalur lingkaran tembikar yang tepat dari segi bentuk yang bulat dan saiz yang sekata
/
/
X
Dapat menghasilkan bentuk bulatan/ gegelang lingkaran yang bulat dan sekata.
/
/
/
Dapat  menghasilkan susunan gegelang lingkaran yang seimbang dalam membentuk tembikar
/
/
/
Dapat menyiapkan karya yang baik dalam masa yang ditetapkan
/
X
/
Skor
4
3
4
Kategori
2
2
2

Jadual 9: Ujian Pasca

Berdasarkan analisis keseluruhan yang telah dibuat, kajian menunjukkan bahawa melalui penggunaan ketiga-tiga kaedah yang diperkenalkan, kemahiran murid dalam menghasilkan tembikar teknik lingkaran dengan kemas dan baik dapat ditingkatkan dengan perubahan positif yang ketara. Rajah 2 menunjukkan perbandingan pencapaian kemahiran membentuk tembikar teknik lingkaran bagi setiap responden dalam ujian pra dan pasca. Hasil menunjukkan bahawa ternyata peningkatan dapat dilihat melalui paparan graf iaitu dalam lingkungan 80%-100%. Ini membuktikan Kaedah Gegelang berjaya meningkatkan kemasan penghasilan karya tembikar teknik lingkaran di kalangan murid.

RUMUSAN
Hasil dapatan kajian mendapati keberkesanan Kaedah Gegelang dapat meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan tembikar teknik lingkaran dengan kemas dan baik. Ia jelas menunjukkan ianya dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran yang difokuskan dalam kajian ini iaitu:
  1. Kaedah gegelang berasaskan kaedah acuan pemidang dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membentuk tembikar teknik lingkaran dengan betul dan kemas.
  2. Kaedah gegelang berasaskan kaedah ‘O’ dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membentuk tembikar teknik lingkaran dengan betul dan kemas.
  3. Kaedah gegelang berasaskan kaedah kerangka botol dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membentuk tembikar teknik lingkaran dengan betul dan kemas.

Kajian ini juga menunjukkan penggunaan alat bantuan juga dapat membantu murid-murid menghasilkan tembikar teknik lingkaran dengan kemas dan baik. Ia merupakan satu inovasi alatan tembikar tradisional dalam meningkatkan kekemasan hasil kerja murid-murid.

 CADANGAN KAJIAN MASA DEPAN
Dalam proses penghasilan tembikar, terdapat tiga teknik asas yang digunakan dalam membentuk tembikar iaitu teknik lingkaran, teknik picitan dan teknik kepingan. Di dalam kajian ini, pengkaji telah menfokuskan untuk membentuk tembikar teknik lingkaran dengan kemas dan baik. Setelah teknik gegelang diperkenalkan, kemasan hasilan karya tembikar dapat ditingkatkan dengan sangat ketara. Di masa akan datang, pengembangan kajian berkaitan dengan kemahiran membentuk tembikar teknik picitan dan kepingan di kalangan murid dapat dilakukan melalui Kaedah-kaedah yang diperkenalkan. Pengembangan kemahiran-kemahiran ini amatlah penting dalam mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan tugas-tugas harian dan pembelajaran seni.

Kajian asal telah dijalankan oleh Mohd Arham Mohd Ramli di SK. Mahmud, Raub, Pahang (2012) iaitu sebuah sekolah di kawasan bandar.