Sudah lama aku tidak menulis (..seperti biasa) terlalu disibukkan oleh urusan-urusan semasa yang rencam...dan ditambah kemalasan peringkat kritikal. Dalam bulan Feb 2013 Unit PSV IPGKTAA bersama 3 kumpulan pelajar elektif telah melaksanakan satu lawatan sambil belajar ke KL (2 bas sekali gerak). Tempat yang di tuju ialah Institut Kraf Negara, galeri-galeri seni di Publika Hartamas, BSVN dan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2013. Tulisan kali ini sekadar ingin bercerita tentang pertemuan aku dengan pengiat tembikar dari Mambong, Kelantan. Alhamdulillah dapat dipertemukan dengan Mak Cik Zainab seorang pengiat dari sana. Mesra dan banyak maklumat...kat bawah ni ada beberapa gambar pertemuan :
sekian itu sahaja untuk ditulis...almaklumlah banyak lagi maklumat yang perlu dicari. TQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan