Jumaat, 15 Februari 2013

Reka Bentuk Shopping Mall : Mati Mengejut atau Bunuh Diri...


Saya bukan seorang arkitek yang layak untuk bercakap hal-hal rumit tentang rekabentuk bangunan tetapi kejadian kematian seorang gadis  di Berjaya Times Square semalam (14 Feb 2013) membuatkan saya menulis sedikit pandangan yang maha ciput ni.

Di Malaysia shopping mall merupakan satu tempat yang membolehkan pelbagai kajian dijalankan ke atasnya. Di bandar-bandar utama seperti KL, JB, Penang, Melaka saiz shopping mall adalah sangat besar dan saya berpendapat ia semakin membesar. Dalam hal ini 'saiz memang penting'...semakin besar semakin ramai pengunjung dan semakin banyak wang yang akan masuk samada sengaja atau tidak sengaja.

Ada pelbagai rekabentuk shopping mall yang boleh dilihat samada daripada bahagian luar atau dalaman, yang berperanan mempengaruhi rasa ingin tahu manusia (..salah satu darinya). Sudah tentu arkitek memainkan peranan sangat besar dalam mempengaruhi reka bentuk shopping mall berpandukan kajian, kehendak pembeli (kuasa beli), kehendak bakal peniaga dan sebagainya. Saya berpendapat matlamat utamanya untuk MEMUDAHKAN semua pihak yang terlibat.

Tetapi bukan semua reka bentuk bangunan shopping mall  itu bertindak membantu memudahkan penggunaannya. Terdapat beberapa kes misteri di negara ini yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut...atau mungkin bunuh diri disebabkan oleh bangunan. Adakah kesalahan boleh diletakkan pada reka bentuk bangunan atau arkitek yang mencipta reka bentuk tersebut atau mana-mana pihak yang terlibat? Ntah... :-) Baru-baru ini ketika berkunjung ke salah satu shopping mall AEON (JUSCO), saya dapati dinding-dinding di pejalan kaki telah ditinggikan dengan begitu kreatif sekali. Saya kira pihak pengurusan mengambil iktibar daripada salah satu kes yang menyebabkan pengunjung mati ketika dikatakan bersandar (mungkin duduk...) di atas dinding tersebut.

Apapun saya berpendapat semua pihak perlu bersama memikirkan faktor keselamatan  dan menjaga keselamatan diri serta keluarga kerana ianya bersifat menyeluruh, kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja. Saya lihat bangunan-bangunan sekolah baru, dinding di tepi pejalan kaki ada ruang yg mengizinkan murid-murid untuk memanjat....mungkin tiada kes setakat ini dan minta dijauhkan dari kita semua dari musibah.

Ok maafkan saya mengeluarkan pendapat tanpa sokongan fakta-fakta sahih akademik atau profesional dan menulis berdasarkan pengalaman dan pengamatan. 
Ingat! shopping mall bukan tempat mati mengejut, bunuh diri dan sebagainya (dengan ketentuan Allah)......wallahuallam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan