Jumaat, 2 November 2012

Latihan Sebelum Menulis : Pasar Besar Kuantan Dalam Memori

Lately...saya selalu memerhatikan anak-anak muda belasan tahun yang gigih berkerja mencari duit...terutama di kedai makan. Saya teringat semasa berumur 17-18 tahun selepas SPM. Semasa tu saya dan keluarga tinggal di Bukit Sekilau yang berhampiran dengan Stadium Darul Makmur dan Pasar Besar serta padang MPK. Kalau ikutkan, Abah saya memang tak bagi anak-anak cari duit sendiri..tapi hati anak muda semasa itu memang degil. Saya pun tak tahu camane saya boleh termula bekerja di Pasar Kuantan ni....tapi Kedai Mak Teh memang dalam ingatan saya...tukang masak Mak Cik Nah dan tokey kedai, Mak Teh (emak kepada Tokey nasi lemak Simple di Taman Esplanade Kuantan). Gambar di atas menunjukkan penjuru kedai makan di mana saya bekerja tapi pasar ni dah banyak perubahan...

Pengalaman bekerja sambilan sebenarnya byk membentuk saya...tentang banyak perkara..tentang hidup dan tentang seni...melihat kegighan manusia berusaha..pergaulan..percakapan...dan macam-macam...Cukup setakat ini dahulu nanti sambung lagi..Apa yang boleh saya banggakan semasa berkerja di Kedai Mak Teh saya berjaya mengumpul duit untuk beli gitar hahahaha walaupun saya tak pandai main gitar dan takde kawan nak jamming dan perkara mcm ni masih berlaku sampai hari ni...untuk anak muda yg membaca..teruskan berusaha seikhlasnya dalam apa perkara/bidang yang dilakukan.

jumpa lagi..wallahuallam...wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan