...sambil kepala aku mengangguk-angguk mendengarkan pandangan seorang pelajar PPG tentang beberapa masalah yang mereka hadapi..ada beberapa bayangan yang datang kembali mengingatkan aku tentang masa yang telah lepas. Masa-masa yang membina aku hari ini...aku yang biasa-biasa aje..suam-suam kuku.
Sememangnya cabaran menjadi seorang pelajar amat getir..walaupun di akhirnya manis terasa seumur usia..tetapi kegetiran itu mungkin berbeza-beza bagi setiap individu...mungkin...tak ingin aku menafikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar PPG tambahan pula mode belajar mereka ialah PJJ..sapa-sapa yang pernah belajar mode PJJ, faham-faham aje la. Di Malaysia, USM adalah antara peneroka yang memulakan mode ni..aku pernah ikut kawan-kawan yang join dgn UPM di Kolej IKIP Tanjung Lumpur. ..aku sendiri pernah menjadi pemandu setia untuk yang tersayang sepanjang pembelajaran beliau di OUM (kampus Kuantan dan Kuching/Samarahan). Memang mencabar dan mengerun...oleh sebab itu aku memilih mode full time untuk 1st dan 2nd degree hahahahaha...tetapi ini tidak bermakna mode full time mudah...ia 5 kali lebih pening dan menghilangkan semua selera makan hahahaha....sebenarnya setiap institusi mempunyai benchmark dalam menghasilkan produk masing-masing. Para pelajar tidak boleh mengharap IPG hari ini seperti zaman-zaman maktab dahulu...banyak yang telah berubah...so cara belajar perlu berubah..sudah tentu cara pensyarah menghadapi pelajar juga berubah..tetapi pelajar perlu ingat yang peranan pensyarah di dalam kelas PPG ialah sebagai seorang tutor....tutor.....Dalam masa yang sama aku setuju ada beberapa masalah yang perlu dimurnikan.
Selain PPG, aku juga pernah mendengar masalah pelajar-pelajar PGSR...so rumusan awal yg boleh aku buat di sini ialah...bila kita memilih untuk belajar sememangnya kita selalu mengimpikan perjalanan pembelajaran kita indah-indah seperti berjalan dalam syurga..tetapi ianya seperti duri-duri yang bukan hanya tumbuh di atas jalanan tetapi ia ada di setiap sudut pandangan..memang menyakitkan...dan bila kita memilih utk belajar, apa jua alasan yg menjadi batu penghalang tidak lagi relevan...ni kawan aku yang cakap.
Ok selamat belajar untuk semua...tidak kira anda dari kohort mana dan mode mana...kerana menuntut ilmu itu wajib sehinggalah mata tertutup untuk selama-lamanya...dan tak lama lagi..kalau Allah mengizinkan, aku pun kena pegi belajar..dan kali ni sure banyak urat-urat mikro otak akan putus hihihihihi dan maafkan aku jika pandangan peribadi ini menyinggung mana-mana pembaca (jika ada)..selamat berjuang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan