Ahad, 11 Mac 2012

Sumber dan Analisis Data

BAGAIMANA DATA DARI PELBAGAI SUMBER DAN TEKNIK DIANALISIS ?
Pemerhatian yang dilakukan terhadap pelajar dan menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian mampu memberikan pemahaman mengenai sikap,nilai, dan pendapat pelajar. Dengan kehadiran data-data ini akan dapat membantu guru dalam meningkatkan mutu P&P.

KAEDAH KUALITATIF
Pendekatan kualitatif pula berasaskan ‘kualiti’. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil. 
Kaedah ini merangkumi diskriptif, kumpulan data tidak bernombor dan melakukan pemeriksaan terhadap maklumat (pemahaman). Jenis maklumat yang dikumpulkan melalui pendekatan kualitatif adalah mendalam (detail), kebiasaanya mempunyai deskripsi yang mendalam dan berdasarkan persoalan yang kompleks. 
Dalam mencapai pemahaman tentang perhubungan maksud dan gaya dalam kajian yang dilakukan, pengkaji akan melakukan temubual dengan pelajar dalam mendapatkan maklumat mengenai pandangan dan perasaan mereka dalam permasalahan yang dikaji.
Pendekatan kualitatif melibatkan apa yang diperhatikan dan disokong oleh pernyataan mengenai apa yang diperhatikan oleh mereka yang terlibat (pelajar).

Analisis Data Kualitatif
Analisis data adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus dan memaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami. Analisis data melibatkan proses menguruskan data dan mensintesiskan data, mengkaji hasil dapatan kajian serta menginterpretasikan hasil dapatan kajian.

Langkah-langkah penting dalam analisis data kualitatif ialah:

Menguruskan (Organization)
Langkah pertama dalam menganalisis data kualitatif ialah menguruskan data yang diperolehi. Apabila pengkaji memperoleh data daripada temubual, nota dan sebagainya, pengkaji akan merasakan data yang diperolehi adalah terlalu banyak dan keliru (information overload). Menyusunkan data-data ini secara sistematik adalah langkah pertama yang perlu pengkaji lakukan. Pengkaji perlu membuat keputusan terhadap sistem kategori data yang digunakan yang membolehkan data-data yang memberikan maklumat yang sama jenis dikategorikan dalam kumpulan yang sama. Untuk memudahkan pengkaji mengkategorikan data-data yang sama dalam kumpulan yang sama, adalah penting bagi pengkaji dalam melakukan klasifikasi istilah-istilah digunakan ketika proses pengumpulan data dilakukan. Sebagai contoh, guru mendapati bahawa kategori asal dalam pemgumpulan data yang dilakukan adalah terlalu luas dan beliau telah mengambil langkah untuk mewujudkan sub kategori. Guru tersebut menguruskan data-data tersebut penggunaan tema seperti “Kerjasama”, Pendedahan Peribadi” dan “Komen yang tidak Relevan”. Istilah-istilah ini boleh digunakan seperti suatu label dalam mengumpulkan/klasifikasikan data-data yang bersesuaian dengan label-label tersebut.

Penerangan/gambaran (Description)
Data-data yang telah dikategorikan perlu dicirikan dan penerangan ini dapat menunjukkan sejauh mana tahap sesuatu tingkahlaku itu dicapai atau tidak dicapai. Data pada peringkat ini boleh digunakan oleh guru dalam mengkaji sejauh mana keberkesanan P&P mereka. Sebagai contoh, seorang guru menjalankan kajian tindakan terhadap permasalahan berkaitan dengan “kekurangan produktiviti pelajar apabila berada dalam kumpulan kooperatif”

Interpretasi (Interpretation)
Selepas ciri-ciri data dikenalpasti dan difahami, langkah yang seterusnya ialah menginterpretasikan data. Pengkaji akan melihat perhubungan tingkah laku/situasi dengan maksud yang diberikan dari data yang diperolehi. Melalui penerangan data-data yang diperolehi, pengkaji akan dapat maklumat mengenai apakah yang dijangkakan, tidak dijangkakan, cabaran dalam permasalahan kajian yang dilakukan. Pengkaji seterusnya boleh memikirkan bagaimana data yang diperolehi dapat memberikan impak terhadap praktis sedia ada yang dilakukan olehnya, bolehkah data ini dikongsi dengan pelajar-pelajarnya? adakah kajian ini dapat memberikan idea untuk guru mengubahkan kaedah yang digunakan? dan adakah data yang diperoleh menunjukkan guru perlu membuat penambahan terhadap persoalan kajian untuk masa depan?. Kesemua persoalan-persoalan ini perlu difikirkan oleh guru ketika melakukan analisis data.

KAEDAH KUANTITATIF
Pendekatan kuantitatif mengutamakan ‘kuantiti’. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian, ia boleh melibatkan responden yang besar.

Langkah-langkah penting dalam analisis data kualitatif ialah:

Menggunakan statistik deskriptif
Statistik Deskriptif adalah suatu rangkaian proses pengumpulan, penyajian, dan, peringkasan berbagai karakteristik data, dengan tujuan mengkomunikasikan data tersebut, agar dapat menjadi informasi yang bermanfaat. Statistik deskriptif penting bagi seorang guru sebagai pengkaji kerana ia merupakan cara atau kaedah mengurus dan menyenaraikan data yang baik.

Pemusatan kecenderungan murid (Central Tendency)
Contoh: sekiranya guru ingin ingin melihat prestasi seseorang murid untuk sesuatu tempoh masa tertentu, guru akan memilih untuk menggunakan statistik ini bagi melihat tahap pencapaian murid tersebut. 
Central Tendency adalah ukuran terpusat dari data tersebut, yang diangggap mewakili seluruh nilai atau menggambarkan semua data yang ada.

Ukuran-ukuran Central Tendency :
1. Mean : Rata-rata data
2. Median : Titik tengah data
3. Modus : Data yang memiliki frekuensi yang paling banyak.

Mengenalpasti taburan data
Dari data yang diperolehi dari Central Tendency, guru akan mengetahui cara untuk mengenalpasti perbezaan kelas data.Contoh: tidak semua pelajar dalam kumpulan 1 (rujuk data) berkongsi skor markah yang sama.

Mengenalpasti julat data
Perbezaan antara data yang terbesar dan data yang terkecil. Contoh: kumpulan 1 mendapat julat data sebanyak 15 (20-5) dan kumpulan 2 mendapat julat 3 (8-5)

Sisihan piawaian (The Standard Deviation)
Pengukuran statistik terhadap taburan data dalam min. Berdasarkan data yang diperolehi dalam julat data, penilaian akan dibuat untuk mengenalpasti perbezaan skor bagi setiap kelompok. Sekiranya penilaian dibuat dalam dua kelompok data, dari segi piawaian dan julat data, ia nyata berbeza diantara satu sama lain. 

ERIKSON : SASARAN UNTUK MENGANALISIS DATA KUANTITATIF DAN KUALITATIF
Tahap 1: kepercayaan lawan ketidakpercayaan
Tahap 2: Autonomi lawan malu dan ragu-ragu
Tahap 3: Inisiatif lawan rasa bersalah
Tahap 4: Industri/ kecekapan lawan rendah diri
Tahap 5: Identiti lawan kekeliruan peranan
Tahap 6: Intim lawan pengasingan
Tahap 7: Generativiti lawan kekakuan
Tahap 8: Ego/integriti lawan kekecewaan

PERBEZAAN KAEDAH KUALITATIF DAN KUANTITATIF
Secara umum kaedah utama kajian tindakan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Kita boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif . 
Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal mempunyai persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan kita laksanakan.
Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih. 
Dalam kajian ‘sekularisasi’, sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan. Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan kualitatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan