Khamis, 1 Mac 2012

KOLAJ : sesi praktikum semester 7 2012

Apa yang saya mahu buat masa ini..ialah rehat semahu-mahunya dan membuang masa..tetapi tidak bermalas-malasan seperti lembu kenyang. Tekanan praktikum, penyediaan soalan peperiksaan, kelas harian, KDC, keluarga dan sebagainya, menjadikan diri perlu sentiasa bersiap siaga (hihihi mcm nak menghadapi banjir bunyinya..).
Perjalanan menyelia praktikum Semester 7 mengizinkan saya melihat beberapa contoh hasil kerja kolaj yang disediakan oleh pelajar. Hebat idea anak-anak muda ini, jika betul dibimbing mereka mampu memberi impak luar biasa.
Apa itu KOLAJ? Secara ringkas Kolaj bermaksud ;
....potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal di satu permukaan khas seperti kertas lukisan. Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.

Kalau carian internet di :

http://www.thefreedictionary.com/collage 


1. a. An artistic composition of materials and objects pasted over a surface, often with 
unifying lines and color.
    b. A work, such as a literary piece, composed of both borrowed and original material.
2. The art of creating such compositions.
3. An assemblage of diverse elements: a collage of conflicting memories.

Di sini dikepilkan dua contoh hasil kerja pelajar-pelajar dan diharap ia membei idea kepada yang mencari
.

 Atas 1 : Hasil Kerja Murid-murid Nadia Teh 


Atas 2 : Hasil Kerja Shan


...ini sahaja dapat dikongsi dan akan saya tambah dari masa ke semasa, insyaAllah...


wassalam

wallahuallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan