Rabu, 7 Disember 2011

PENAMBAHAN & PENOLAKAN..UNTUNG ATAU RUGI


Assalamualaikum


Nov 2011 telah pun berakhir dan sekarang telah memasuki Disember 2011, masa bergerak dengan pantas dalam landasannya. Saya ditakdirkan oleh Allah untuk bertemu beberapa kawan lama semasa cuti. Setiap pertemuan direncahi dengan rencam cerita masing-masing..politik, jenaka, isteri, anak-anak, kehidupan dan pelbagai cerita yang disensorkan..hahahaha...tiada la apa sangat yang disensorkan...

Ada beberapa cerita yang menarik dan menjadi iktibar saya yg didapati dari pertemuan-pertemuan tersebut. Ketika sedang 'window shopping' (kalau boleh dikatakan begitu) bersama isteri dan adik di ECM sementara menunggu tayangan 'Ombak Rindu'...terserempak seorang rakan lama yg selalu dalihnya '...ada di Maran..' jika saya ajak beliau minum teh di Keratong. Apa yg mengejutkan saya beliau bersama perempuan lain..hati kecil berkata masa bila pula dia ni berani main kayu tiga (hahahaha)..bila dia nampak saya..tangan bersalaman bertanya khabar..perlahan-lahan saya ditarik ketepi...saya menjelaskan pada beliau sangkaan pertama saya...jawabnya..beliau sudah berpisah..cerita seterusnya adalah sejarah. Sebelum membawa isteri ke ECM saya diizinkan bertemu rakan lama yang juga menghadapi krisis yg hampir sama ttp beliau bertambah isteri...

Apa yang saya nak rumuskan di sini...tidak semestinya teman hidup bertambah hidup akan semakin bahagia...tidak juga berpisah teman hidup berganti baru..hidup akan bertambah merana..Allah yang lebih tahu..cerita dari rakan-rakan adalah iktibar dan peringatan utk saya, selebihnya saya berserah. Umpama memicit keluar warna dari tiub yang hampir habis..mungkin picitan terakhir boleh menyudahkan satu catan dan mungkin juga tidak....hidup bukan mengenai untung atau rugi tetapi pengajaran yang didapati sebagai panduan untuk terus hidup....

wallahuallam