Grafik merupakan tulang belakang untuk menghasilkan produk multimedia seperti yang dilihat di pasaran hari ini. Penggunaan grafik memerlukan pengguna atau pembangun perisian kursus multimedia faham dan tahu bagaimana hendak merealisasikan grafik dengan lebih berkesan. Penghasilan produk multimedia memerlukan kombinasi grafik yang menarik. Dengan itu, elemen-elemen seperti gambar, klip art, fotograf dan garisan adalah penting untuk membangun dan menghidupkan latarbelakang serta karaktor.
Selain itu, juga penting untuk kandungan maklumat. Grafik boleh dibangunkan dengan mengguna pelbagai alatan termasuk perisian melukis seperti Paint Shop Pro, Illustrator dan Adobe Photoshop. Selain itu, ia boleh direalisasikan dengan bantuan pengimbas imej dan kamera digital.
Untuk menjimatkan ruang dan kualiti yang baik bagi pelbagai aplikasi yang digunakan, grafik boleh disimpan dalam fail yang mempunyai pelbagai format dan saiz.
Kepentingan Grafik
Secara umumnya grafik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
- Grafik rekabentuk (graphics design)
- Grafik ilustrasi (graphics ilustration)
- Grafik pengiklanan.(graphics advertising)
Apa itu grafik rekabentuk?
Apa itu grafik ilustrasi?
Grafik ilustrasi adalah satu bentuk lukisan jelas dan sempurna yang dapat menyampaikan mesej atau idea tertentu. Grafik ilustrasi ialah teknik penghasilan grafik bagi menghasilkan rupa paras objek atau lukisan berbantukan teknologi komputer seperti menggunakan Adobe Photoshop, Paint Shop, Freehand atau Illustrator. Ilustrasi yang berkesan adalah dapat mencapai tujuan pengiklanan dengan lebih efektif dalam masa yang singkat. Ilustrasi yang efektif juga dapat menjelaskan gambaran isi kandungan yang panjang justeru dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Fungsi Ilustrasi dalam bidang kehidupan harian.
- Ia akan muncul bersama-sama artikel dalam majalah atau di laman web pada iklan-iklan, poster, label-label barangan dan sebagainya.
- Ia juga terdapat pada kad-kad ucapan elektronik, kalendar, kulit buku yang dipromosikan oleh syarikat e-dagang di Internet.
- Untuk menjelaskan isi kandungan buku yang dijual secara atas talian, terutamanya buku-buku cerita untuk kanak-kanak.
Fungsi ilustrasi dalam kehidupan harian kita sebenarnya terlalu banyak tanpa kita menyedari, contohnya penggunaan Internet. Banyak barang-barang yang telah dipromosikan seperti pakaian, kek, toys, kad ucapan, dan juga buku-buku ditawarkan secara atas talian. Barang tersebut disampaikan dalam bentuk imej yang mempunyai rupa dan bentuk serta warna.
Jenis-jenis ilustrasi.
- Ringkas, lucu dan menyenangkan hati pembaca.
- Berbentuk fantasi atau khayalan.
- Berbentuk sindiran (hampir sama dengan ciptaan komik dan kartun)
- Jenis representasi dengan memberi gambaran bernyawa kepada benda-benda bukan hidup atau bukan manusia.
- Bertujuan untuk hiasan (biasanya digunakan pada tajuk artikel di laman web)
- Memperjelaskan isi kandungan sesuatu konsep pengajaran atau konteks buku elektronik.
Proses
menghasilkan grafik ilustrasi
- Tentukan tema dan tajuk yang sesuai bagi grafik yang dibina.
- Lakukan kajian dan pemerhatian berkait dengan tema dan tajuk.
- Menentukan kesesuaian ilustrasi dengan tema yang dibangunkan.
- Jika perlu, pilih typeface yang sesuai.
- Buat lakaran kecil, dan pilih lakaran yang sesuai serta susun mengikut ukuran sebenar.
- Tentukan warna yang sesuai.
Apa itu
grafik pengiklanan?
Grafik pengiklanan adalah kombinasi teks, warna, audio, video, sudut, garisan dan tekstur. Tujuan pengiklanan adalah untuk mencari peminat sesuatu produk atau perkhidmatan. Untuk menarik minat seseorang itu, iklan perlu bersifat cantik supaya ia mempunyai daya tarikan. Selain daripada itu, sifat iklan untuk menyampaikan maklumat tidak boleh diketepikan. Grafik pengiklanan adalah teknik-teknik dan proses untuk mewujudkan nilai-nilai kecantikan yang memberi daya tarikan sesuatu produk. Penggabungan grafik, animasi dan produk memerlukan suatu daya kretaiviti untuk membolehkan mesej disampaikan dengan mudah kepada kumpulan sasaran.
Dalam pembangunan grafik pengiklanan, terdapat beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, di antaranya:
- Tajuk- mesti menarik dan ringkas supaya dapat memikat perhatian orang yang membaca teks iklan. Biasanya mesti typeface yang besar dan jelas.
- Cogankata - amat penting dan mesti dapat menonjolkan kualiti serta keistimewaan barangan yang diiklankan.
- Ilustrasi - menunjukkan imej sebenar barangan yang diiklankan, ketepatan lukisan dan gambar foto biasanya dalam warna yang menarik.
- Rangka reka (Border) - merupakan sempadan bagi isi sebenar iklan, fungsinya untuk mengawal penglihatan pembaca supaya tumpuan ditarik ke tengah. Rangka reka biasanya menggunakan garisan mudah diolahkan untuk menjadi corak yang cantik.
- Logo - amat penting kerana ia melambangkan syarikat atau pembuat barang.
- Nama dan alamat - sebagai pemberitahuan untuk berhubung atau pembuat produk.
- Warna - amat diperlukan, warna yang berkesan akan menjadikan iklan lebih dinamik dan menarik. Pilihan warna mesti bersesuaian dengan fungsi iklan, jika iklan perlu disiarkan dalam warna hitam putih sahaja atau monokrom, perhatian haruslah diberi kepada pengurusan dan pengolahan unsur seni supaya dapat menghasilkan iklan yang berkesan.
- Latarbelakang (3D/2D)
- Kombinasi Warna yang digunakan
- Susunan Teks pada halaman grafik yang dibina
- Jumlah Objek yang terdapat pada satu halaman
- Sudut pandangan terhadap objek atau teks yang disusun
Elemen-elemen Grafik
Dengan menggunakan teknologi komputer, elemen-elemen grafik boleh ditukarkan kepada pelbagai bentuk. Untuk menghasilkan grafik yang berkualiti, pembangun perlu faham tentang elemen-elemen yang terdapat dalam grafik. Di antaranya ialah:
- Garisan
- Bentuk
- Ruang
- Tekstur
- Warna