Selasa, 15 November 2011

Apabila mereka kerap berkunjung dan bertanya

Peperiksaan  semester II 2011 hampir berakhir, kebelakangan ini kerap pelajar-pelajar dari satu kelas yang saya ajar datang ke bilik minta masuk ke kelas. Saya merasa sangat aneh sedangkan sebelum ini semasa mereka menyediakan arca untuk amali, saya masuk ke kelas mereka langsung tidak menghiraukan, malah menjeling pun tidak. Akhirnya saya mendapat jawapan...mereka mahukan sesuatu dari saya..hahahahaha...sorry

Peristiwa di atas mengingat saya pada satu kelas lagi yg diajar. Berulangkali pelajar yang berbeza datang berjumpa saya samada sengaja atau tidak sengaja bertanya tentan penempatan praktikum. Tumpuan perbualan ialah tentang pasangan praktikum mereka. Saya mengesyaki sesuatu tetapi masih bersangka baik.

Dunia remaja penuh warna warni dan saya seronok mereka melaluinya dengan gembira, suka dan duka.