Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.
Seni
Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Akan tetapi, ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Boleh dikatakan seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan pencipataan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu. Jadi, seni adalah ilmu terhasil daripada budaya dan agama dalam menghasilkan sesuatu untuk tujuan pemujaan Tuhan, menyebarkan nilai-nilai budaya seperti pakaian, dan sebagainya. Seni juga terhasil daripada industri yang bertujuan untuk menghasil sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan komersil melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian.
Seni juga boleh dipandang dari segi nilainya. Sesuatu yang indah tidak boleh dinilai dalam sebutan harga, walaupun masih ada yang menjualkannya pada harga yang melambung tinggi. Nilai kesenian itu terus diturunkan kepada generasi yang lain di mana ia menjadi satu sejarah atau pantulan yang mengisahkan tentang masa silang.
Seni visual dan pendidikan
Seni visual adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana ciri-ciri sesuatu karya seni dipercayai boleh mempengaruhi tanggapan seseorang dari segi sosiologi dan psikologi. Dalam hidup harian, kami sentiasa bertembung dengan barang-barang hasil daripada bidang seni seperti kereta, pen, majalah, makanan dsb. Jadi, bidang ini telah dijadikan sebahgian daripada kurikulum di sekolah dan institut pengajian tinggi. Di Malaysia, subjek "seni visual" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka menimba ilmu ini melalui Internet supaya mereka diperlengkapkan pengetahuan yang mencukupi bagi menduduki STPM. Subjek ini adalah mustahak kerana ia adalah ilmu asas bagi mereka yang akan mngikuti senireka dalaman, senireka grafik, senireka automobil, fesyen, tekstil dsb.
Dua aspek utama dalam sukatan pelajaran STPM Seni Visual ialah Apresiasi Seni Visual dan Penghasilan Seni Visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada empat komponen, iaitu
- (a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan)
- (b) Lukisan dengan menggunakan media kering seperti pensel, arang, krayon dsb.
- (c) Projek Penghasilan Karya dan portfolio yang wajib diambil oleh pelajar sekolah.
- (d) Khas untuk pelajar persendirian yang akan diuji teknik penghasilan secara teori
Keindahan
Setiap orang mempunyai persepsi terhadap keindahan yang lain. Sesuatu objek yang kelihatan indah mungkin tidaklah 'cantik' kepada orang lain. Jadi, mesej yang disampaikan serta maksud yang diterjemahkan ke dalam bentuk karya/hasil seni ini adalah amat penting. Contohnya, seseorang anggap poster yang mempunyai sebaris perkataan "A Star is Born" dan ilustrasi seperti satu bintang di latar belakang yang gelap tidaklah begitulah cantik dan indah. Namun, ia adalah 100% indah jika ia dapat memenuhi kehendak untuk poster itu serta mesej yang disampaikan adalah ringkas dan jelas.
Oleh itu, keindahan dalam sesuatu hasil seni perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Objek: Subjek yang menjadi fokus utama dalam suatu karya (contoh: figura manusia dalam poster konsert)
- Komposisi: Unsur seni dan prinsip seni yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya (contoh: garisan pada suatu lukisan dengan warna harmoni digunakan)
- Tema: Tajuk dan fokus penting untuk sesuatu karya (contoh, derma darah adalah sasaran penting dalam suatu poster)
- Makna: mesej di sebalik suatu karya adalah jelas
- Fungsi: Fungsinya adalah fungsi estetik ataupun fungsi penggunaan atau kedua-duanya
Bidang seni visual
Dalam seni visual, bidangnya adalah seperti berikut:
- Seni halus: lukisan, catan, cetakan dan arca
- Visual Komunikasi: seni reka grafik dan multimedia (animasi dan laman web)
- Seni reka teknologi: fesyen, tekstil, automobil, seramik
- Seni reka persekitaran: landskap dan seni reka dalaman
Peranan sosiologi seni visual
Sosiologi adalah kajian tentang manusia dan masyarakat dan interaksi antara manusia dalam konteks masyarakat. Dalam erti kata lain, ia merupakan kajian respons individu ataupun sekumpulan manusia terhadap sesuatu perubahan atau tindakan. Respons itu adalah mudah difahami sebagai sub-budaya iaitu suatu tinfak balas setempat yang dipakai oleh sekumpulan manusia yang memiliki pemikiran yang agaik sama. Tidakan dan perubahan merujuk kepada satu hasil idea ataupun keluaran barang nyata ke dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, manusia anggap orang yang mempunyai HIV positif adalah daripada kumpulan homoseksual. Jadi, anggapan (sub-budaya) adalah tidak semestinya betul, sebaliknya adalah dipengaruhi oleh fikiran orang lain dan persekirannya. Contohnya, adalah seseorang yang pembawa HIV semestinya tergolong di kumpulan homoseksual? Dalam kajian seni visual, sosiologi adalah memfokus kepada pandangan manusia terhadap penghasilan sesuatu karya. Biasanya, stereotaip masyarakat menganggap golongan yang mengikuti aliran seni adalah kumpulan yang tidak pandai dan aliran ini adalah bagi orang yang tidak mampu belajar. Pandangan ini adalah salah satu kajian tergolong dalam sosiologi berdasarkan kajian seperti soal selidik dsb. Namun, peranan sosiologi dalam seni visual adalah lain. Ini bermaksud kegunaan seni visual dalam kehidupan individu dan masyarakat. Antara peranannya dari perspektif sosiologi adalah seperti berikut:
- Panduan hidup: sejak dahulu hingga zaman moden, gambar berfungsi sebagai petunjuk untuk melakukan sesuatu aktiviti. Orang dahulu melukis pengalaman daripada pengembaraan dan pemburuan pada dinding gua sebagai iktibar untuk hidup. Zaman sekarang pula, banyak yang mnggunakan gambar untuk menjelaskan sesuatu situasi dan subjek secara ringkas.
- Rekreasi: seni merupakan suatu aktiviti seperti hobi untuk melepaskan tekanan. Banyak yang menggunakannya untuk mencipta sesuatu semata-mata untuk kepuasan diri.
- Komersil / Ekonomi: seni visual telah dijadikan sebagai suatu produk yang berharga seperti majalah, catan, arca dsb. Ia boleh menjadi suatu sumber pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini.
- Nasionalisme: seni visual sebagai alat untuk menggambarkan semangat patriotik terhadap negara sendiri. Ia juga membangkitkan semangant untuk mencintai persekitaran negara dengan meletakkan poster di merata-rata tempat.
- Propaganda: sebaran sesuatu idea, maklumat dan mesej dapat dijalankan dengan mudah jika adanya laman web, poster, risalah, papan tanda dsb.
- Persekitaran: penggunaan grafik adalah cara yang paling mudah bagi memupuk semangat mencintai alam
- Ritual / Upacara: banyak karya seni mempunyai ciri-ciri keagamaan dan kebudayaan yang mana ianya menggalakkan pemujaan serta mengukuhkan sesuatu kaum.
Peranan psikologi seni visual
Psikologi merujuk kepada emosi dan perasaan seseorang yang biasanya melibatkan gerak balas sistem saraf seperti otak. Setiap individu mempunyai kesan psikologi yang berlainan terhadap sesuatu objek dan keadaan. Jadi kesan psikologi boleh diaruhkan secara visual seperti emosi dipengaruhi dengan foto.
dipetik daripada :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_tampak
* wikipedia bukan satu sumber sahih yg boleh dijadikan sandaran anda perlu merujuk sumber yg ada autoriti dan berkredibiliti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan