Ahad, 23 Oktober 2011

konvokesyen



Tiada yang lebih hebat dalam satu majlis konvokesyen apabila para graduan keluar dari pintu dewan dan sanak saudara, para sahabat menanti dengan kamera di tangan. Saya sudah melaluinya dua kali dan sudah tentu kali keduanya sangat mengujakan...saya mahukan kali ketiga....

Saya sedar untuk pergi kali ketiga ..perlu melalui pelbagai rintangan dan cabaran malah mungkin tiada apa yg boleh digelak ketawakan seperti biasa. Adakah saya sudah bersedia? Apabila kaki ini melangkah di bumi Kuching..saya langsung tidak bersedia..malah ketika kaki melangkah masuk ke dewan semasa menerima scroll utk kali kedua ia umpama mimpi dalam mimpi. Saya memilih utk membuat full research dan ianya umpama neraka (kalau boleh dikatakan begitu)..hahahaha..

Untuk pergi sekali lagi kali ketiga? Mungkin saya perlu menilik dan memandang kisah-kisah lepas untuk dijadikan tauladan dan sempadan...hahaha wallahuallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan