Khamis, 7 Oktober 2010
membuat keputusan
Berakhir sudah konvo Afzan ke 24 dengan jayanya...banyak perkara yang dirancang telah dilaksanakan dengan baik...tahniah kepada setiap ajk yang melaksanakannya terutama warga IPGKTAA dan pihak-pihak yang terlibat. Di dalam menjayakan konvo seperti ini..pada perkiraan saya dengan skala yang agak besar..perkara yang paling sukar ialah membuat keputusan. Pihak yang membuat keputusan ialah pemimpin teratas. Setiap dari kita memang Allah tentukan untuk menjadi pemimpin tidak kira kecil atau besar pimpinan tersebut...dan sudah pastilah kita perlu membuat keputusan apabila kita memimpin. Membuat keputusan siapa kata ianya mudah seperti makan kacang saja kata sesetengah pihak...cuba buat satu keputusan di kala anda tersepit dalam situasi hendak ke kiri atau ke kanan atau perlu ke hadapan dan kenapa tidak ke belakang...sukar bukan....mungkin sebab ini Allah mengalakkan kita solat istikhorah...bukan utk mencari jodoh sahaja ye..tetapi dalam memutuskan apa sahaja..kerana apabila pagi bermula kita pasti perlu membuat keputusan....dan saya bersetuju dengan pendapat anda untuk bangun solat malam (solat istikhorah) berat sungguh dugaannya. Selamat membuat keputusan sehingga nafas dihujung nyawa...dan berdoalah setiap keputusan dibuat mendapat panduan Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan