Sabtu, 9 Mei 2009

apa itu rezeki berkat - http://keretamayat.blogspot.com/

Aku baru terjaga dari ‘tidur’ yang panjang, err, maksud aku sejak berkumandangnya lagu ‘wake me up when election end’.., akupun bangkit sambil teringat kata-kata Buznama tentang adab bangkit dari tidur yang mana sewaktu kita lena diulit setan, tersebutlah riwayat bahawa makhluk setan ni akan ikat badan kita dengan tiga ikatan…

Untuk leraikan ikatan seperti yang tersebut di atas, orang yang bangkit dari tidur kena buat tiga perkara:, pertama :baca doa bangkit, kedua:, ambik wudhu, dan ketiga: solat..,

Tapi, tu lah tu, baru ‘menguap penat mengantuk konon’, tiba tiba terdengar cerita kisah politik di kedai-kedai kopi pantai timur tentang cerita politik tanah air, cerita orang tu kutuk orang ni, cerita orang ni kentut orang tu, cerita orang keluar parti sebab keinginan tak dipenuhi dan ada jugak cerita kisah orang berebut-rebut nak jadi ketua parti, dan ada jugak kisah yang berebut dengan ulamak nak jadi ketua partipun ada, maka fahamlah aku.., bahawa manusia ini akan bertindak mengikut apa yang mereka yakin..

****

Sesungguhnya, manusia tidak akan bertindak mengikut apa yang mereka tahu, tapi manusia akan buat mengikut apa yang mereka yakin, sebab tu masjid kosong dan lengang, sebaliknya, pasar pagi dan pasar malam pula yang penuh…, Sebab? Lain tak bukan kerana manusia dah tak yakin bahawa melalui amal, akan ada jalan penyelesaian.., Tetapi sebaliknya manusia yakin dengan apa yang mereka buat sahajalah akan selesai masalah, tak kira betul ke tak, dan andai kata, ada orang yang cuba betulkan yakin mereka, siap!, orang tu lah pulak kena sembur dan kena maki..

Aku ulangi, manusia tidak akan bertindak mengikut apa yang mereka tahu, tapi manusia akan buat mengikut apa yang mereka yakin.. faham kan?

Sebagai contoh, betapa ramai manusia tahu bahawa dengan solat Dhuha, akan selesai masalah rezeki tapi berapa ramai yang sanggup buat?

Atau betapa ramai manusia tahu bahawa dengan jaga solat berjemaah akan menpercepatkan rahmat Allah dan menangguh bala tapi berapa ramai yang sanggup buat?

Atau betapa ramai manusia tahu bahawa dengan dakwah, Allah akan kuatkan islam dan menjadikan musuh Allah takut pada orang islam dengan jarak sebulan perjalanan tapi berapa ramai pula yang sanggup?

Tak ke hampeh?

Sebaliknya, masih ramai manusia islam yang yakin dengan ada duit baru masalah akan selesai, sebab tu pagi-pagi jalan jem, sebab semua orang yakin duit boleh selesai masalah, atau yakin ada kuasa masalah akan selasai, itu yang berebut siang malam, sampai bergaduh dan lupa diri, tapi masjid rumah Allah yang cantik dan saujana mata memandang, boleh pulak kosong dan lengang, mana pergi yakin manusia pada janji Allah?

Mana pergi yakin manusia pada Janji Allah bagi mereka yang memakmurkan masjid, dan bagi mereka yang bertakwa, yang mana melalui janjiNYA, Allah akan menjadikan mereka pemerintah di muka bumi.., tapi sebab tak yakin dengan janji Allah dan yakin dengan cara lain baru masalah akan selesai, maka sesatlah manusia dalam keadaan perasan betul…

Dan oleh kerana manusia ni makhkuk yang Allah cipta dengan penuh kologikan (darul asbab), maka manusia akan nampak jalan penyelesaian dengan cara yang logic jugak, tak kerja mati aku, takde parti islam tak akan menang, tak de kuasa nuclear, orang kapir akan berkuasa, dan apa apa ntah?

Sedangkan masalah Yakin adalah masalah yang paling besar, silap Yakin boleh bawa pada syirik, dan bila mati syirik dikira mati kapir, maka masuklah dalam neraka buat selama-lamanya, Naduzubillah…

Maka untuk itu, Allah hantar ribu ribu para Nabi dan Rasul hanya untuk betulkan Yakin manusia, yang mana Nabi-Nabi tidak dihantar untuk ajar manusia tentang ilmu kejuruteraan, ilmu buat bangunan, ilmu biologi, ilmu seni dan sebagainya, sebab semua tu manusia dah di beri otak dan akal yang boleh manusia terokai sendiri, tapi bab ilmu Yakin dengan yang ghaib, manusia kena akui bahawa manusia lemah dan bodoh untuk selesai masalah ni, maka untuk itulah Allah hantar ribu-ribu para Nabi dan Rasul hanya untuk betulkan Yakin manusia, yang mana setelah datangnya Nabi terakhir, maka tinggalah pesanan Allah dalam Al quran dan hadith yang di abaikan oleh manusia perasan betul dan perasan masuk shurga ciptaan shok sendiri..

Apa lagi nak dikata?

******

Ok, sekarang kita pergi lebih detail bab Yakin, senang begini, bila cerita bab Yakin, maka terpecahlah manusia kepada dua golongan, pertama golongan yang beriman dan kedua golongan yang tidak beriman..

Senang cerita lagi, yang beriman masuk shurga dan yang tidak beriman masuk neraka sebab semua Allah dah bagi modal tapi tak pandai nak ‘labur’.., Modal di sini adalah otak, akal, hati dan masa.., semua orang ada kan?

Tapi yang masuk shurga pulak ada yang masuk neraka dulu baru masuk shurga sebab iman rosak lalu buat dosa atau Yakin rosak lalu buat dosa gak.., ini yang aku nak cerita hari ni..ok, kita pergi satu-satu

Pertama bab rezeki..

Dah banyak hadith cerita bahawa siapa yang solat Dhuha atau baca Al quran surah sekian-sekian, rezeki akan di tambah, tapi tak berapa ramai yang Yakin, dengan alasan iman lemah…, tapi mereka tak kisah dengan berusaha kerja kuat tambah rezeki sebab tahu pendapatan kurang tapi iman lemah tak buat usaha atas iman tak pulak kita peduli, apa hal?

Itu satu, satu lagi bab bila kita bayar zakat atau sedekah, yang mana Allah janji akan tambah, tapi manusia suka fikir logic, macam mana 100 tolak 2.5 peratus boleh tambah? Atau 10 tolak satu Allah ganda yang satu jadi sepuluh? Tak pandai matematik ke?

Itulah korang.., ni janji Allah yang tidak beranak dan tidak di peranakkan, yang tiada satu pun yang setara denganNYA.. apa lagi nak di kata?, ni bab Yakin, bab Iman, bab buang syirik..

Aku nasihat pada diri sendiri dan korang, bayarlah zakat dan silalah bersedekah banyak-banyak, baru Allah sucikan harta dan tambah berkat, dan tambah harta.., tapi korang cakap, korang susah, hutang keliling pingang, macam mana nak bayar zakat atau sedekah? Hujung bulan duit kering, terperangkap dalam ‘rat race’ dan wang keluar melebihi wang masuk.., macam mana tu Hamka?

Siapa suruh korang beli Liabitiliti banyak banyak? Beli kereta dan aksosori yang mahal mahal, langgan astro, hias rumah dengan sampah dan sebagainya, siapa yang bodoh?

Jutawanpun tak beli liability macam korang, mereka beli asset, arghh, malas aku nak bercakap macam penasihat kewangan, tapi aku nak cakap bila korang beli benda yang selain keleperluan, iaitu beli sekeping DVD RM 10 ringgit misalnya, atau beli Majalah RM 5, atau korang langgang ASTRO RM 50 sebulan, maka WAJIB korang bayar zakat walaupun hutang liability keliling pinggang sebab waktu korang beli DVD dan majalah tu, ada orang miskin yang sedang lapar yang mana duit RM 10 beli DVD atau RM5 beli majalah tu sebenarnya ‘duit’ mereka, tapi sebab korang tak jumpa mereka atau abaikan mereka, maka laparlah mereka dan berdosalah korang kerana belanja beli DVD RM 10 ringgit, atau beli Majalah RM 5, atau korang langgang ASTRO RM 50 sebab mereka sedang menderita lapar, korang pulak bersenang lenang tengok DVD layan ASTRO, tak ke hampeh?

Habis tu HARAM ke kami beli DVD RM 10 ringgit, atau beli Majalah RM 5, atau langgang ASTRO RM 50 wahai Hamka yang berlagak Mufti?

Aku bukan nak letak hokum dan berlagak mufti, aku Cuma nak nasikat pada diri sendiri, aku tak kata HARAM, tapi aku nak kata korang kena SUCI kan ‘dosa’ tu melalui bayar ZAKAT 2.5 perarus setahun.., tak lah beban sangat bukan?

Bila dah bayar zakat atau sedekah, automatic, DVD atau majalah tadi dah tak jadi dosa sebab kewajipan rukun islam yang lima korang dah buat, tapi jika lagha tengok DVD dan ASTRO tu kira haramler pulak, dan itu cerita lain..

Dan cerita hari ini, aku nak cerita bab Yakin, yang mana JANJI ALLAH akan tambah harta bagi mereka yang bayar zakat dan sedekah, bila korang Yakin dah tentu korang tak cakap banyak macam hari ni..

Atau kalau korang nak logic, boleh buat perbandingan dengan air telaga, yang mana jika kita selalu keluarkan air dari telaga, air telaga tak pernah kering, sentiasa bertambah mata air, tapi jika telaga tak dikeluarkan airnya, lama-kelamaan, telaga tu akan jadi telaga buta, air mata air dah takde lagi, malahan air yang tak dikeluarkan jadi busuk dan memudaratkan, begitulah ibaratnya rezeki kita, bila kita bayar zakat dan sedekah, maka Allah akan sentiasa tambah, tapi bila kita kemut dan bakhil, maka jadilah kita macam haji bakhil.., yang mana duit kita akan menjadi mudarat di dunia apabila mengundang perompak dan menjadi mudarat di akhirat kerana menjadi azab yang pedih.. oh!

Tapi untuk amal perkara ini, semua mahu ada Yakin yang betul, baru REZEKI BERKAT..

Bila dah cerita bab rezeki berkat, timbul lagi satu masalah, manusia jahil selalu sangka rezeki berkat adalah melalui harta yang banyak, kereta besar, rumah besar, anak ramai.., dan lain lain.., ho ho.. ini adalah fikir yang salah, apa korang kira?, Nabi rumah kecik, baju tak banyak macam korang, duit sekejap ada sekejap takde, dan banyak hari lapar pada hari kenyang, kira Nabi rezeki tak berkat ke?

Atau cuba korang pergi satu kampong dan pergi jumpa dengan bilal kampong tu dan tanya sama bilal, siapa rezeki paling berkat dalam kampong ni?, korang akan dapati bilal tu diam sekejap sebab tengah fikir dan bandingkan harta sipulan dan sipulan lalu keluarlah nama sipulan bin sipulan yang mana takrif berkat pada pandangan bilal tu adalah, harta yang banyak, kereta besar, rumah besar, anak ramai.. bla bla bla..

Dah cukup! Diam semua, biar aku cerita…

Sebenarnya maksud, harta yang Berkat bukanlah dengan cara yang bilal dan korang yang jahil faham, lebih kurang sama dengan cara orang kafir takrifkan kejayaan mana boleh, cuba baca kisah para wali Allah, kisah Ibrahim Adham atau kisah sahabat Nabi, kisah Abu bakar, Umar, Usman, Abu Hurairah, Abu Zar, Ali dan lain-lain, yang mana melalui cerita kisah hidup mereka, ada yang tinggal di rumah kecik, baju tak banyak macam korang, ada yang ada hanya sehelai baju, itupun bertampal, duit sekejap ada sekejap takde, rumah takde sampah (perhiasan) macam rumah korang, dan banyak hari lapar pada hari kenyang, kira rezeki mereka tak berkat ke? Mana boleh fikir macam tu?

Maksud REZEKI berkat adalah:

KORANG DAPAT TAAT PERINTAH ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN..

Faham?

Rezeki berkat adalah:- KORANG DAPAT TAAT PERINTAH ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN..

Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah.., baru berkat!

Tapi jika korang kaya dan gagal tunai perintah Allah, itu bukan berkat namanya, itu BALA, atau istidraj kata Abang Raihan.., atau perangkap tikus kata aku, yang mana sedang korang asyik makan keju perasan tuan rumah sayang, sekali perangkap tu aktif, terus Ngap korang mampus tersepit dalam keadaan perasan bagus… tak ke bodoh?

Patut Abang Bilal tu jawab, sipulan bin sipulan yang 5 waktu solat di masjid, tak kira hari senang ke hari susah, sentiasa ada di masjid, akhlak pulak baik, rajin bersedekah atau jika susah menolak sedekah dan berusaha sendiri, itulah Berkat..

Moralnya disini, sentiasa mintak rezeki yang berkat pada Allah, yang mana samaada korang senang ataupun susah tapi masih dapat taat perintah Allah, samaada korang kaya ataupun miskin tapi masih dapat taat perintah Allah, samaada korang sihat ataupun sakit tapi masih dapat taat perintah Allah… itulah rezeki berkat namanya, kesusahan dan kesenangan tidak menghalang korang dari mengingati Allah.. Alhamdulillah..

Yang belajar Univerisiti, dapat awek tapi taat perintah Allah, berkatlah tu, sebab korang tak jumpa, tak pegang tangang, tak dating, tak call just berjanji habis exam kita kahwin lalu tak lagi buang masa cari hiburan dan terus score pointer tanpa abai solat, puasa, quran dan zikir, Alhamdulillah..

Tapi jika dapat awek, buat dosa sana sini, pegang tu pegang ni, air naik kepala dan melancap disini sana, itulah bala, walaupun korang rasa bahagia, anggaplah bahagia korang sama sebahagia tikus yang makan keju pada perangkap, yang mana nasihat aku, sebelum perangkap aktif, tinggalkan keju dan makanlah dari rezeki yang halal di tempat lain.. jangan membangangkan diri sendiri dan anak orang lain!

Yang bekerja dapat naik pangkat lalu dapat beli proton exora tapi masih tak tinggal solat jemaah dan perintah Allah yang lain, itulah berkat, tapi bila naik pangkat dah tak singgah di masjid lagi, itu lah bala dan nak mampos namanya..

Yang kena buang kerja atau VSS tapi masih tak tinggal solat jemaah dan perintah Allah yang lain, itulah berkat, tapi bila kena buang kerja atau VSS lalu dah tak singgah di masjid lagi, itu lah bala!., bukankah Allah boleh bagi rezeki dengan bermacam macam cara?, inilah waktu kita nak belajar YAKIN…

Yang kena cukai LHDN janganlah sedih sebab bila korang kena cukai itu bermakna korang punya rezeki melebihi RM 30 ribu, patut korang rasa gembira sebab dapat bayar cukai bermakna korang banyak duit, tapi jika korang bayar zakat, beli buku, beli computer dan sedekah sini sana, ada pulak kelonggaran dari Kerajaan yang mana korang tak payah bayar cukai, oh, alangkah baiknya, korang dapat taat perintah Allah, dapat bayar zakat dan sedekah, dan diberi pulak rezeki lebih dari orang lain..

Jadi patut yang tak kena cukailah kena sedih, sebab rezeki korang sikit, sampai tak mampu nak bayar zakat dan sedekah.., kan?

Yang berpolitik tapi masih tak tinggal solat jemaah dan perintah Allah yang lain, tak mengata dan menfitnah, hari hari dapat dakwah rakan poiltik yang kapir masuk islam dan malam malam tahajud solat dengan kusyuk, itulah Politik yang berkat, tapi bila berpolitik lalu singgah di masjid time ada ceramah sahaja, lepas tu banyak mengata dan menfitnah, solatpun lengah lengah, itu lah bala dan nak mampos namanya.. lepas tu kena tangkap pulak ISA, tak ke naya?

Dan akhir sekali, bila bercakap bab rezeki, kita orang islam sebenarnya tidak dibenarkan menyimpan wang, sebab dengan simpan wang, Yakin kita boleh jadi rosak, kerana kita orang islam kena yakin bahawa yang bagi rezeki adalah Allah semata-mata, nabi SAW sendiri tak kan tidur di rumah jika ada harta, sebab takut mati dalam keadaan berharta lalu Nabi tidur di masjid, dan ada banyak hadith yang mencela si penyimpan duit, malahan dalam Al quranpun ada..

“Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke Huthamah, dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.” (Al Humazah:1-9).

Kadang kadang ada orang simpan duit banyak banyak sebab takut anak cucu jadi miskin, ini yang silap, sebab korang dah buat situasi seolah-olah korang yang bagi rezeki kat anak cucu, atau korang tak yakin anak cucu korang boleh cari rezeki macam korang?, atau korang rasa anak cucu korang bodoh sangat tak pandai cari rezeki sendiri, lalu dalam yakin duit simpanan boleh selamatkan anak cucu, bekerjalah korang siang malam cari duit sampai banyak masjid jadi kosong.., itu yang hampeh..

Berdosakah kita jika tinggal ‘Alllah dan Rasul’ pada anak cucu? Ini semua bab yakin..

Habis tu Hamka, aku nampak kau selalu ulang alik pergi bank simpan duit, apahal?

Aku belum habis lagi cerita, lain kali baca sendiri kitab Fadhilat sedekah dan rujuk ustaz, walaupun islam tak ajar ummat dia simpan harta sebab takut yakin salah, tapi ada jugak hadith yang benarkan ummat islam simpan harta tetapi dengan tiga niat yang betul supaya yakin tak salah.., kita pergi pada tiga keadaan yang dibenarkan menyimpan wang…

Pertama:-

Simpan untuk pergi Haji..

Bolehlah start simpan sekarang, RM1300 sebagai permulaan daftar, boleh rujuk tabung haji.., ini rukun islam yang ke lima, semua wajib, baik daftar sekarang sebab jika korang daftar lepas pencen, alamak 25 tahun lagi belum tentu ada nama dalam list, atau dah masuk kubur baru nama naik kat Tabung Haji, jadi.., muda-muda lagi dah daftar apa salahnya?, lebih murah dari sport rim, insyAllah, umur 40 tahun dah dapat panggilan dari Tabung Haji.., Amin...

Kedua:-

Simpan untuk bayar hutang.

Islam tak larang berhutang, tapi Islam larang Riba, jadi boleh kumpul duit banyak banyak beli cash, atau mana yang dah berhutang, boleh simpan duit dengan niat nak langsaikan hutang cepat cepat.., tapi jangan niat simpan untuk beli ‘sampah’, belilah keperluan seperti kereta dan rumah, bukannnya simpan sebab nak beli sport rim, perabut emas dan macam macam sampah lagi.., sendiri mau ingatler..

Dan yang paling bangang, sampai sanggup berhutang dengan Along untuk beli sampah, akal pakai ke?

Ketiga:-

Simpan untuk Bantu ugama…

Perkara ni boleh di bahaskan lagi, memang betul, besarkan anak anak dan pendidikan mereka juga adalah perkara yang membantu ugama, tak salah, malahan perbelanjaan untuk keselamatan keluarga juga dikira sedekah, tapi jangan lupa, Para Sahabat telah siapkan kuda dan kelengkapan perang lain, atau wang untuk bantu orang lain yang tak mampu dalam jihad untuk kembangkan ugama, maka simpanlah wang, kurangkan beli liability, nanti bila ada takazar ugama, boleh guna wang tu untuk keluar jalan Allah…

Mungkin ada maksud yang tak dapat tercapai melalui kelemahan tulisan aku kat sini, tapi takpe, Allah yang bagi faham..

Akhir kata:-

Belanja untuk anak isteri juga sedekah, mak ayah di kampong jugak, jangan lupa untuk bersedekah, mak mertua yang dah susah payah besarkan bini kita tapi bila kahwin satu sen pun tak bagi, eloklah bersedekah, jiran kiri kanan yang lapar jugak perlulah disedekahkan apa yang patut..

Dan jangan bimbang, Allah janji akan tambah harta di dunia dan akhirat bagi mereka yang yakin pada janji Allah..

Satu lagi, Dalam hadith ada menceritakan bahawa Allah melaknat orang yang tidur kenyang sedang dia tahu jirannya lapar, dan Allah juga melaknat orang yang rajin beribadat tapi jirannya dibiarkan jahil buat maksiat, sedang dia tak berdakwah padanya, maka kita pergi bab ke dua pula iaitu bab yakin yang seterusya iaitu:-

Eh?!, aku baru cerita yakin bab rezeki, belum masuk lagi yakin bab lain seperti yakin bab Dakwah, yang mana melalui Dakwah, Allah akan Bantu kamu dan satu lagi aku nak cerita yakin bab akhlak, iaitu bila buat baik, orang tak akan pijak kepala tapi bila buat baik, lawan akan menjadi kawan, itu nak kena yakin.., .tapi sebab dah panjang berjela aku tulis baru cerita bab rezeki sahaja, dan oleh sebab aku tak yakin boleh tulis sampai habis, maka aku tulis sampai sini sahaja, lain hari jika belum jadi mayat, aku menulis lagi, insyAllah..

Oh, ye, sebab nak sesuaikan tajuk cerita, intro dan ending, aku nak bagi nasihat ulangan bab berkat kepada mat dan minah politik sekalian..

Cuba korang check, sebelum korang aktif politik dan selepas aktif politik, adakah selepas korang aktif politik korang dapat menambah ketaatan kepada Allah?, seperti dapat jaga lidah dari mengumpat dan menfitnah?, dapat sangka baik?, dapat sembunyi buruk orang?, dapat menangis bila kenang maksiat ummat? dapat jaga solat berjemaah? Dapat beriktikaf di masjid? Dapat berdakwah dengan penuh fikir risau? Dapat islamkan ahli politik kapir? Dapat jaga tahajjud dan Dhuha,?

Jika jawapannya ‘ya’.., maka benarlah, aktif politik korang telah menambah Berkat dalam kehidupan berpoltik korang, tapi jika selepas aktif politik, solat tak dapat jaga, solat lengah lengah, suka mengumpat, suka mengutuk, suka baring atas jalan atau baling batu pada kereta Sultan atau polis, suka baca surat khabar dan bosan baca Al quran, suka dengar ceramah politik dari dengar ceramah hukum hakam, suka ketawa pada kesilapan orang lain dari menangis dosa sendiri, solatpun ada kala tinggal sebab takut peti undi hilang, dan akhir sekali korang perasan mati masuk shurga, maka ketahuilah, itu bukan BERKAT namanya tapi BALA.., dan anggaplah ‘bahagia korang dalam politik’ adalah sama sebahagia tikus yang makan keju pada perangkap dengan fikir tuan rumah sayang, yang mana nasihat aku, sebelum perangkap aktif, tinggalkan keju dan bertaubatlah, dan kembalilah kepada kehidupan yang berkat..

Tak salah nak berpolitik, tapi pastikan ianya “berkat”.., akupun mengundi 4 tahun sekali, takde masalahpun..

Ok, Sekian sahaja untuk minggu ini, Sampai sini dulu, jumpa lagi di lain entry, jangan lupa bayar zakat dan sedekah, dan jangan lupa simpan duit pergi haji, bayar hutang dan keluar jalan Allah, InsyALLAH…

Simpanlah duit di akhirat banyak-banyak, barulah seronok pergi ke sana.., kan?

Ps: Kepada orang politik, jangan salah sangka konsep ‘Berkat’, kesian BPR kena kerja overtime..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan