Agak lama aku tidak menulis...terlalu banyak malas dalam badan. Pada akhir Julai (28-29) aku sempat ke KL. Melawat 5 seminar sekali gus...erghhh...4 di PWTC dan 1 di KLCC. Di akhir lawatan apa yang paling aku dapat...letih..nasib baik Wan dan Liza sudi menerima aku sebagai tetamu 1 malam. Dari Seri Petaling menuju ke IOI Mall Puchong..mengisi perut di sebuah restoran Thai...yang boleh tahan sedap dan harganya...yang penting rasanya.
Malam dengan mudah aku tewas...mata terlelap dan tersedar sepertiga subuh. Penerbangan balik merempuh awan tebal dengan sedikit gegaran (erghhh) bersama Gardenia. Menghadapi bulan Ogos dengan kerja yang dalam kesesatan, lawatan ke KL membuka aku ke satu sudut lain. Shukaila dan Khiri nampaknya bersetuju.
Hari ni 4 Ogos, isteri tersayang merungut-rungut mencari kasut untuk dinner malam ni yang dia sendiri tidak pasti formatnya. Akhirnya bertemu juga di Plaza Sarawak.
Untuk akhir Julai dan awal Ogos setelah aku dan isteri melihat jubah merah jambu merelip untuk tauliahan master...adakah semangat ini membara? Beri aku masa...aku janji akan aku sudahkan kerja ini sebagai seorang lelaki sejati insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan