Jumaat, 7 Oktober 2011

Fakta menarik tentang peristiwa 6 Oktober di Mesir

Tiap-tiap tahun negara Mesir akan bercuti pada tarikh ni sempena memperingati kemenangan Perang Oktober atau Perang Arab-Israel 1973 atau Perang Ramadan atau Perang Yom Kippur yang bermula dari tarikh 6 Oktober hingga 22/24 Oktober 1973 antara Israel dan pakatan Mesir/Syria/Jordan dan Iraq.


Fakta-fakta menarik :


1) Peperangan ini juga dinamakan sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari kebesaran Yahudi dan juga dinamakan Perang Ramadan kerana berlaku dalam bulan kebesaran Islam – Ramadhan. Ia berlaku pada 10 Ramadhan 1393 bersamaan 6 Oktober hingga 22 Oktober 1973.

2) Konflik Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Negara Arab lain seperti Saudi, Sudan, Tunisia, Maghribi dan Algeria turut memberi bantuan ketenteraan.

3) Dalam Perang Enam Hari ini, Israel menjaya menduduki Bukit Golan Syria dann Semenanjung Sinai di Mesir hingga ke Terusan Suez. Selepas itu Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Mereka memperuntukkan tidak kurang US500 juta untuk membina kubu yang diperbuat daripada pasir sepanjang 160km.

4) Kubu ini dipanggil Garis Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit. Binaan daripada pasir menyebabkan ia bertahan daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir. Ia disifatkan oleh Menteri Pertahanan Israel sebagai kubu anti kereta kebal terbaik di dunia.

5) Presiden Mesir Anwar Sadat menggantikan Jamal Abdul Nasser pada 1970. Beliau bertekad melawan Israel dan menawan kembali Sinai yang ditawan Israel pada 1967. Pada 1972 Anwar Sadat mengumumkan Mesir sedia berperang dan menyediakan sejuta tentera, jet-jet pejuang MiG-23, roket SAM6, RPG-7 dan peluru berpandu anti kereta kebal Sagger.

6) Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

7) Ulama Mesir bernama almarhum Syaikh Hafiz Salamah yang juga Imam Masjid Bandar Suez bermimpi kaedah merobohkan kubu Bar Lev. Dalam mimpinya, beliau ditunjukkan cara meruntuhkan kubu itu ialah dengan menggunakan air. Lagipun kubu itu begitu hampir dengan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal besar. Ilham ini dipraktikkan apabila Mesir menggunakan meriam air yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perlombongan.

Pasukan tentera Mesir menyeberangi Terusan Suez pada 7 Oktobe

Selain itu, Mesir turut menggunakan pam gasolin yang lebih kecil dan ringan. Mereka mendapatkan 300 pam buatan British dan 150 pam buatan Jerman. Akhirnya Mesir berjaya meruntuhkan kubu pasir berkenaan dalam tempoh kurang dua jam. Israel menerima tamparan hebat yang tidak diduga oleh mereka. Tentera Mesir terus menyerbu masuk dan menembusi kubu ini disamping bantuan tentera udara menggunakan 250 jet pejuang MiG-21, MiG-19 dan MiG-17. Pasukan jurutera Mesir juga berperanan membuka laluan kubu pasir Bar Lev. Serangan demi serangan menyebabkan pertahanan Israel menjadi lumpuh.

9) Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan. Rakyat Israel menyalahkan pimpinan Israel dan menuntut Menteri Pertahanan mereka agar meletakkan jawatan. Akhirnya pada akhir 1974, Menteri berkenaan menyerahkan surat perletakan jawatan.

10) 6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh hari kebangsaan kedua-dua negara. 6 Oktober juga dipilih sebagai Hari Angkatan Tentera Mesir.

11) Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun Perang Oktober, Presiden Mesir ketika itu Anwar Sadat mati ditembak kerana tindakannya yang berdamai dengan Israel.


dipetik mmas forever tranungkite

kesibukan seperti hujan yang turun

Assalamualaikum

Maaf sudah lama saya tidak meninggalkan catatan di sini kerana agak sibuk kebelakangan ini sebaik sahaja balik dari cuti hari raya....di tambah pula FB media yg paling menyeronokkan masa kini.
Sebaik sahaja cuti hari raya habis pada ketika mood raya dibawa balik ke IPGKTAA..kita semua dikejutkan dgn pemergian kawan baik..En. Zulfakar JTP. Beliau selalu sahaja berbincang dan melepak di bilik PSV....
ok itu sahaja kali ini.......

Ahad, 7 Ogos 2011

HARI DAN PERISTIWA : RUMAH SEWA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

saya sepatutnya memasukkan post ttg lawatan ke Terengganu...ttp saya ingin bercerita ttg rumah sewa saya di Temerloh. Sungguh sukar jika dapat penyewa pembelit macam ular hahahaha sehingga saya dan isteri terpaksa ke Balai Polis Temerloh utk selesaikan (selesaikah?) hal ini.
Pengajaran yang saya perolehi ialah apabila berurusan ttg sewaan rumah :

Bukan keuntungan yang diutamakan tetapi hubungan sesama manusia patut didahulukan...

sekian untuk hari yg letih dan sedih

wallahuallam

Ahad, 24 Julai 2011

menuju TERENGGANU bersama PSV3108

terima kasih Allah kerana menentukan aku demam semalam....
dan esok bersama gerombolan menuju Terengganu..semoga Allah melindungi kita semua insyaAllah....

Sabtu, 16 Julai 2011

45km menuju SK. Jeransang Benta

Assalamualaikum n selamat sejahtera

Alhamdulillah....TQ kepada Unit Praktikum IPGKTAA kerana menetapkan aku untuk menyelia di SK. Jeransang. Untuk menuju ke Jeransang perlulah ke Benta atau ikut Kerambit pun boleh..jaraknya lebih kurang...tetapi aku lebih prefer jalan lama yg sungguh awesome dengan kata lain..jalan yg penuh berliku-liku dengan selekoh2 setajam siku bengkok hahahahahaha...

Saja je aku drive pelan2 pada pagi yg sungguh syahdu...melalui Benta..Budu..Kemahang..Tanjung Besar (sori kalau aku susun tak ikut kedudukan)....sangat best. Kat jalan ini menuju ke Jerantut ada banyak memori aku dgn family aku terutama Mijai dan Ina. Diaorg berdua ni kaki muntah sepanjang jalan sampai abis isi perut hahahaha

Apapun SK Jeransang adalah satu2 sekolah dalam karier aku sebagai lecturer barulah kutemui bilik PSV yang sesuai dan best.

Ok stop dulu hihihihi

wassalam

Sabtu, 2 Julai 2011

snap & edit : ikut suka aku la...


Gambar ni diambil semasa melawat Nana dan Nini di satu program perkhemahan di pusat kokurikulum Kg. Lalang Kuala Lipis

TEMIN KRAF : mengenal kraf tradisional

Alhamdulillah utk kesekian kalinya kami dari Unit PSV IPGKTAA berjaya menjalankan program ini. Tujuannya yang utama adalah sebagai satu pendedahan kepada pelajar. Tembikar pada pendapat saya secara peribadi adalah sebahagian daripada ketamadunan manusia...jika kita tidak mengambil tahu tentangnya lebih2 lagi bagi seorang pendidik PSV umpama satu kekurangan. Kat atas saya kepilkan gambar yg saya edit dan snap semasa di Temin Kraf..yg lain2 saya akan kepilkan kemudian....

...bersama-sama memartabatkan Kraf Tradisional...

PPG Ambilan Jun 2011

Assalamualaikum....

Saya nak mengucapkan tahniah buat semua pelajar PPG (PSV 1 dan 2) yang berjaya menunjukkan komitment utk hadir ke kelas pertama bagi pengajian mereka hari ini. Komitment anda hari ini insyaAllah akan memandu anda hingga ke akhir pengajian. Selebihnya wallahuallam....

Rabu, 29 Jun 2011

manusia dan minat

Hari ini dan malam ini saya telah menghadiri 2 program. Program pertama ialah melawat perkhemahan anak gadis kembar saya di Pusat Kokurikulum Kampung Lalang..ianya lebih memenuhi tuntuntan isteri yg rindu pd anak2 gadisnya. Manakala program kedua ialah persembahan sempena Hari Guru Peringkat IPGKTAA.

Yang ingin saya katakan di sini minat yg ada di dalam diri manusia menjadikan program2 yg saya hadiri di atas sangat hebat dan di luar kemampuan saya.

Tahniah Guru....anda memungkinkan segala-galanya

hidup mesti terus...

Assalamualaikum

Lately mmg malas nak menulis sbb itulah sindrom yg melekat kat badan nih..cuma di lewat malam ni aku nak tulis jugak.
Pertengahan tahun 2011 sedang bermula begitu juga dengan semester 2 2011..ttp ia tidaklah seriang semester sebelum walaupun aku semakin banyak belajar menjadi pengajar terhebat hihihhi
Sebenarnya semester ini berlaku konflik masa yg tidak mahu memberi ruang utk kami berehat mcm kat sekolah. Pd pandangan aku ini sangat2 lah kejam utk unit kecil yg sedang tempang kekurangan org ini.
Walaubagaimanapun ini bukan satu rungutan atau keluh kesah cuma pengalaman baru yg mematangkan diri dan organisasi.
Pelajar tertanya-tanya adakah unit ini akan menerima orang baru...jawapannya sangat mudah..hidup mesti diteruskan walau siapa pun yg datang..

wallahuallam....