Sabtu, 9 Mei 2009

i'm in love by Egyptian~Princess** ~~

I realized when I looked into your eyes
there’s something’s money can’t buy.
When you stepped into my life
I felt I was in heaven.
With your eyes made of diamonds,
and your heart made of gold,
I knew I couldn’t ask for more than you.
You were like an angel sent from above.
The feeling I felt when I first saw you was unbelievable.
I can't explain these feelings I have for you.
Anytime, anyday, anywhere, you know I’ll always be there.
I knew I couldn’t live another moment without you.
I had to get you into my life, once and for all.
I want to say three words... I love you!
I believe it’s true, I hope you do, too.
Whenever you’re near, I have this magical feeling in my heart.
I can’t imagine us apart.
The only wish I have is for God to keep us together.
Why? I think I’m in love, in love with you.
Life isn’t the same without you.
I will wait for you in the stars and heavens above.
You are a gift meant for me to have.
I knew it when I first laid my eyes on your beautiful soul.
You were everything I wanted, everything I needed.
Everything I will always have in life...
I love you

Aku jumpa ni kat dalam internet...mengingatkan kisah dolu-dolu terutama ketika kepala dok pening hahahahah

TENTANG BABI

1. Babi adalah haiwan yang amat rakus ketika makan . Ia makan semua makanan di hadapannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya.


2. Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan najis manusia,haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri.


3. Ia kencing atas najisya dan memakannya kembali jika berada di hadapannya.


4. Ia memakan sampah, benda yang busuk, dan najis haiwan.


5. Ia adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah.


6. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak enak.


7. Penelitian ilmiah moden di China dan Sweden menyatakan: daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser alat kelamin dan kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik. Terutama di negara-negara Eropa, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India).

Sementara di negara-negara Islam, peratusnya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil penelitian ini diterbitkan pada 1986, dalam Konferens Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.


8.Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering.


9. Daging babi adalah tempat persinggahan bagi beberapa jenis cacing yang berbahaya antaranya cacing Pita (Taenia solium), cacing Piral (Trichinella spinalis), cacing Tambang (Ancylostoma duodenale), cacing Paru-paru (Paragonimus), Fasciolepsis busci, Schistosoma japonicum,Chlonorchis sinensis, Erypsipelothrix dan lain-lain.


Kenapa babi haram? Babi haram kerana Allah mengharamkannya

Apabila Allah telah menghukumkan babi itu haram dimakan, walaupun Allah tidak menjadikan apa-apa kuman pun di dalam babi itu. babi itu tetap haram. Kerana ianya tetap dimaramkan oleh Allah.


Kemudian jika Allah tidak menghukumkan babi itu haram sekalipun, babi tetap haram kerana ia mengandungi kuman yang tidak dapat dimatikan.

Allah mengharamkan babi sebagai tanda rahmat dan kasih sayangNya kepada sekalian manusia.


Allah mengharamkan babi untuk semua ummat manusia samaada Muslim, Yahudi , Nasrani atau lain-lain agama.

Ahad, 26 April 2009

come n fly with me...and dive to the shore

ku bersumpah atas nama cinta....
takde apa2 cuma tu le yang rossa cakap kat dalam lagu dia. kehidupan begitu sibuk aku dah tak taw apa yang terjadi. apa yang paling ditakuti aku kehilangan saat2 indah bersama isteri dan anak-anak.
tidak semua akan kita miliki di atas dunia ni...yang buleh kita buat terus menerus dengan angan-angan kosong...walaubagaimana pun aku bersyukur dengan apa yang aku miliki hari ini.
aku nak beritau korang seme...jalan di hadapan sangat berliku berbatu dan berlubang di sana dan sini. berpinggirkan tebing curam......huhhuhuhuhu
seperti yang pernah aku dengar...KITA MERANCANG TETAPI PERANCANGAN ALLAH JUA YANG TERBAIK.
bagaimana dengan nama MUHAMMAD UMAIR ZARITH....okay ke....but UMAIR is sure....but ZARITH i'm still in search 4 the meaning....what aaa..

Khamis, 23 April 2009

SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Perjalanan masa begitu pantas...aku terlalu sibuk...adakala menyibuk...melihat mata-mata yang melintas di hadapan aku..tiada apa yang istimewa kesemuanya tertakluk pada nafsu.hahahahha aku hanya boleh memohon perlindungan daripada Allah....dan kekuatan dari Nya.

KITA MERANCANG TETAPI PERANCANGAN ALLAH JUA YANG TERBAIK

Aku masih menanti junior dan berusaha membesarkan Nana Nini mengikut acuan kami.

Rabu, 8 April 2009

PERANCANGAN ALLAH JUA YANG LEBIH BAIK..
















Dalam perjalanan kehidupan ada pelbagai cabaran yang menunggu disepanjang nya...adakala ianya sangat besar dan menyakit,adakala ianya memang sebegitu untuk menguji akal dungu kita...
Awal April aku berada di Taman Negara dan Pulau Pangkor. 2 aktiviti berbeza tetapi setidak-tidaknya ia mengerakkan otak aku ini untuk berfikir.
Dalam diri ini ada beberapa keinginan yang masih gagal dilunasi...dan aku kira apabila ia telah dilunaskan...akan ada pelbagai lagi keinginan..kerana nafsu yang memberahi membelit dan mengigit.
Hampir atau lebih kurang 16 tahun lalu aku teringat saat-saat di Taman Broleh atau lebih tepat lagi MPBP. Sudah tentu keinginan aku sebelumnya ingin menjadi seorang pereka yang hebat, tetapi ketentuan Allah membawa aku ke dunia pendidikan tanpa henti ini. Walaubagaimana pun aku kira 16 tahun lalu membawa ke hari ini ada lagi tablet-tablet memori yang hebat kesannya terhadap diri ku.
Apapun dengan ketentuan Allah ia telah memandu aku ke jalan yang lain.
Aku kira ianya sangat besar rahmatnya utk aku yg sentiasa malas berfikir.
Tapi aku bersukur kerana perancangan Allah itu hebat-hebat belaka untuk aku ini.
OK dadadada

** menunggu junior dan melihat nana nini menjadi anak dara...wow time running so fast





.
.
.

Jumaat, 27 Mac 2009

Mari Buang Masa

SAMA TAPI X SERUPA

salam


xde apa yg menarik hari ni. aku duduk membuang masa kat bilik pensyarah ni je. Afzan sunyi sebab pensyarah sibuk nk completekan praktikum....so aku plak sibuk menyelesaikan kertas keje Kembara Visual..hihihihihi

Hari ni aku berpluang bertemu kawan lama (Xada) hurm 10 tahun x jumpa...banyak cite tapi cuma on9 aje...aku busy hahahaha well semoga ikatan silaturahim ini akan berpanjangan. Kita merancang Allah jua yang menjadi penentunya.

Petang ni aku n famili akan bergerak ke Kuantan...esok ada exam Mtest...bebudak KPLI ni le, apa lagi.

Aku xtaw nak tulis apa lagi cuma berharap n berdoa agar isteri n junior selamat....hidup ini sudahnya adalah ketentuan Allah kita hanya menjalaninya.....kata-kata dari Salleh Yaakob amat mempesonakan aku....seorang lelaki berbini 3 ttp mampu mengawal keadaan dgn sangat baik.

Apa lagi yang kita harapkan dari kehidupan ini? Apa lagi ye....kalau ikut nafsu semua kita hendak...aku berharap aku mampu menjalani semua ketentuan Ilahi dengan baik dan jayanya.

Well nak blah dulu....

Rabu, 25 Mac 2009

6 PERKARA YG ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya? "Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdaribeberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .
"Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. WallahualamKalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah meninggal

Isnin, 23 Mac 2009

Sekali lagi untuk hari ini........Alhamdulillah

Muhammad Zafirul Adreen

Muhammad Zaffran Dini

Muhammad Zafirul Adam n Mohd Zamani..who else maaa


Assalamualaikum again for today..






Hari ni agak sebuk utk ISO..aku xde pengalaman ttp apabila menengokkan kawan2 huru hara aku pun dok follow gak. Macamana rupanya ISO tu enk..well wait n see..






Cuti sudah berlalu, banyak keje yang masih pending dan tergantung atau postphone atau what ever. Kehidupan juga nampaknya makin mencabar tidak semudah yang difikirkan. Banyak niat dan hajat yang tertangguh...aku hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik.






Sekali lagi tahniah untuk aku, nana, nini dan sudah tentu buat yang tersayang isteriku..kerana akan memperolehi ahli yang ke 3 dalam keluarga kami dan cucu ke 6 untuk mak aku. Yang hebatnya sesudah 5 minggu setengah baru lah kami menyedari kehadiran Junior (nama sementara),,,aku hanya mampu berdoa agar dia selamat termasuklah isteri aku. Apa pun Allah lebih tahu....so keep on prayin Allahuakhbar3X.






Nampak gayanya ayah aku masih gagal untuk berjalan selepas 5 bulan eksiden ni..ada je alasannya dan banyak juga dugaan utknya...ntah le no komen.






Seminggu cuti telah berlalu walaubagaimana pun beberapa masalah dapat diatasi buat sementara ini...cuma aku menunggu aje masalah yg mendatang hahahahhahhh.






SESAPA YANG MENGUNJUNGI BLOG MERAPU AKU NI TOLONG LE KOMEN SIKIT (JGN ROMEN)...AKU NI KADANG2 BANYAK YANG TAK BETUL DARI BETUL....BANYAK BENGKOK DARI LURUS (TENGOK HARI GAK...) HAHAHAHHA






* tahniah untuk Angah untuk kelahiran Muhammad Zaffran Dini



* tahniah untuk Acu Iwan sebab kalah di KAGUM Kota Penawar 2009 hahahaha






zact73

ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR

Assalamualaikum

Allahuakhbar3x isteri aku mengandung lagi selepas 9 tahun.

Doakan keselamatan buat dirinya dan junior...insyaAllah

Sabtu, 14 Mac 2009

5 pesanan YB Abdul Wahid berhubung perjuangan untuk mencapai kejayaan :

Yang pertama ialah, ‘jangan cari musuh, & jumpa musuh jangan lari.’
Kedua, istiqamah, iaitu usaha & semangat yang sentiasa berterusan, tak kira dalam keadaan susaah atau senang.
Ketiga, hendaklah berserah kepada Allah, tawakal & sentiasa percaya kepada pergantungan kepadaNya.
Keempat, jangan berpecah, elakkan permusuhan sesama sendiri & sentiasa bersatu.
Yang kelima-sabar. Perjuangan mungkin akan mengambil masa yang lama, menghadapi pelbagai cabaran & rintangan.