Ahad, 15 Jun 2008

sudah bulan jun ma....

tidak banyak yang boleh dilakukan sepanjang cuti ni utk tesis aku...byk permintaan perlu dipenuhi..byk juga masalah merintang jalan..tapi ini kehidupan ianya tidak selicin tayar botak malah ianya akan ada bunga bunga tayar yang memudahkan perjalanan kehidupan ini.
Ada banyak gambar2 cuti aku tak sempat nak online..ntah sehari dua ni dilanda virus malas..malas seh..ntah lah. konfiden tu ada jalan nya belum diizinkan Allah
Doakan aku kawan

Selasa, 3 Jun 2008

CARA BERINTERAKSI YANG DIGALAKKAN


Begitu banyak buku-buku popular mengenai pengembangan diri, seperti karangan Dale Carnegie 'How to Win Friends & Influence People' atau John C. Maxwell '25 Ways To Win With People' atau Stephen R. Covey dengan 'The 7 Habits of Highly Effective People' atau berbagai terbitan Gramedia lainnya seperti 'Cara memperingkatkan kemahiran Komunikasi Anda'.Bagaimana cara ‘hidup lebih baik’ dengan membina hubungan yang baik dengan orang lain di sekitarnya, begitulah ungkapan yang disampaikan. Bagaimana cara berinteraksi dengan orang lain, mengasah kepekaan emosional, bertoleransi, selalu bersikap positif, tips-tips mendapat dan mempengaruhi teman, cara berkomunikasi yang baik, memahami lebih dahulu, dan sebagainya.Menariknya, Islam sebagai agama yang sempurna, sudah mengajarkan semua itu, dengan Rasulullah SAW sebagai model utamanya. "Innama bu'itstu liutammima makaarimal akhlaq" - "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq", demikian sabda Rasulullah SAW. Akhlaq dalam seluruh bidang kehidupan. Bagaimana berinteraksi dengan orang tua, dengan sanak keluarga, dengan tetangga, dan seterusnya. Rasulullah SAW mengajar bagaimana cara berinteraksi dengan sesama muslim juga. Pertama, mencintai muslim lain sebagaimana mencintai dirinya sendiri:"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sampailah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (HR. Bukhari & Muslim)Menyukai apa yang disukai muslim lain sebagaimana dirinya menyukai apa yang dia sukai, dan membenci apa yang dibenci muslim lain sebagaimana dirinya membenci apa yang dia benci:"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang dengan sesama mereka seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh akan merasakan baik (sakit) demam dan tidak bisa tidur" (HR. Bukhari & Muslim)Seorang muslim itu tidak menyakiti muslim lain dengan perbuatan atau perkataan:"Seorang muslim adalah orang yang muslim lainnya selamat dari gangguan lidah dan tangannya" (HR. Bukhari & Muslim)Hendaklah bersikap tawaduk kepada setiap muslim dan tidak sombong kepadanya:"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku hendaklah kamu tawaduk sehingga tidak ada orang yang membanggakan diri kepada yang lain" (HR. Abu Dawud & Ibnu Maajah)Tidak menyampaikan berita atau mengadu domba kepada sebahagian yang lain tentang apa yang didengarnya daripada sebahagian yang lain:"Tidak akan masuk Syurga orang yang suka mengadu domba" (HR. Bukhari & Muslim)Apabila marah kepada seseorang, maka tidak boleh menghindarinya lebih dari tiga hari:"Tidak boleh seorang muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari, keduanya saling bertemu lalu saling berpaling. Sebaik-baik orang di antara keduanya adalah orang yang memulai mengucapkan salam" (HR. Bukhari & Muslim)Melakukan kebaikan kepada setiap muslim semampunya dengan tidak membezakan antara keluarga dan yang bukan keluarga:"Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah berbicara dengan seseorang melainkan beliau menghadapkan wajahnya ke wajah teman bicaranya lalu Rasulullah SAW tidak akan berpaling dari wajah seseorang sebelum dia selesai berbicara" (HR. Ath-Thabrani)Tidak masuk ke rumah muslim lain tanpa meminta izin. Jika sampai tiga kali tidak diizinkan, maka harus kembali (pulang):"Meminta izin itu tiga kali. Yang pertama untuk menarik perhatian tuan rumah, kedua memperbaiki, dan ketiga agar memberi izin atau menolak" (HR. Bukhari & Muslim)Menghormati orang tua dan menyayangi anak-anak:"Tidak termasuk dalam golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak kecil" (HR. Bukhari & Abu Dawud)Selalu memberikan kegembiraan, bermuka manis, dan bersikap lembut kepada semua muslim:"Tahukah kamu kepada siapa api neraka diharamkan?" Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui". Lalu Nabi SAW bersabda, "Kepada orang yang lemah lembut, yang selalu memudahkan, dan selalu dekat (akrab)" (HR. Tirmidzi)Janganlah berjanji kecuali bermaksud menepatinya:"Ciri-ciri orang yang munafik itu terbahagi kepada tiga; apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia mengingkari, dan apabila diberi amanah dia berkhianat" (HR. Bukhari & Muslim)Bersikap adil dan tidak melakukan sesuatu kepada muslim lain kecuali apa yang ia sukai untuk diperlakukan kepada dirinya sendiri:"Siapa yang ingin dijauhkan dari api Neraka dan masuk Syurga maka hendaklah dia mati dalam keadaan mengucap bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, dan hendaklah dia memperlakukan orang lain dengan sesuatu yang disukainya jika dilakukan pada dirinya" (HR. Muslim)Mendamaikan sesama muslim yang bersengketa jika menemukan jalan (penyelesaian) ke arah itu:"Bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara kamu kerana sesungguhnya Allah akan memperbaiki hubungan di antara orang-orang beriman di Hari Kiamat" (HR. Al-Hakim)Menutup aib setiap muslim:"Siapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat" (HR. Muslim)Menghindari tempat-tempat yang boleh mendatangkan fitnah demi untuk menjaga hati orang lain agar tidak berburuk sangka dan juga untuk menjaga lidah mereka agar tidak mengumpat:Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra bahawasanya Rasulullah SAW berbicara dengan salah seorang isterinya kemudian ada lelaki lalu dipanggil oleh Nabi SAW seraya berkata, "Ya Fulan, ini adalah isteriku Shafiyyah".Membantu setiap muslim yang memerlukan pertolongan dan berusaha memenuhi pertolongan saudaranya itu sesuai kemampuannya:"Sesungguhnya aku diberi dan diminta. Sering diminta kepadaku pertolongan sedangkan kamu ada di sisiku, maka ikutlah memberi bantuan agar kamu diberi pahala dan Allah SWT memutuskan apa yang dicintai-Nya melalui kedua tangan Nabi-Nya" (HR. Bukhari & Muslim)Mengucapkan salam terlebih dahulu sebelum berkata kepada muslim lain dan menjabat tangan ketika memberi salam itu:"Jika salah seorang di antara kamu bertemu dengan saudaranya maka ucapkanlah, Assalamu’alaikum warahmatulLah" (HR. Abu Dawud, Tirmidzi & an-Nasa’i)"Tidaklah dua orang muslim bertemu lalu berjabatan tangan melainkan keduanya akan diampunkan (dosanya) sebelum mereka berpisah" (HR. Abu Dawud, Tirmidzi & Ibnu Majah)Menjaga kehormatan jiwa dan harta saudaranya sesama muslim dari kezaliman orang lain apabila dirinya mampu membela dan menolong serta mampu memperjuangkannya sebab itu merupakan kewajiban baginya:"Barangsiapa yang membela kehormatan saudaranya maka dia akan terlindung dari api Neraka" (HR. Tirmidzi)Menjawab ucapan muslim lain yang bersin:"Seorang muslim yang bersin dijawab jika dia bersin tiga kali dan jika (lebih dari tiga kali) maka itu adalah penyakit flu" (HR. Abu Dawud)Memberi nasihat kepada setiap muslim dan bersungguh-sungguh ingin selalu memberikan kegembiraan ke dalam hati setiap muslim itu:"Sesungguhnya salah seorang di antara kamu adalah cermin bagi saudaranya, jika dia melihat sesuatu (pada saudaranya) maka hendaklah dia membersihkannya" (HR. Abu Dawud & Tirmidzi)Melawat muslim yang sakit:"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)Mengiringi jenazah orang muslim:"Barang siapa yang mengiringi jenazah, maka akan mendapatkan pahala satu qirath. Jika dia berdiri sampai jenazah itu dikubur, maka dia mendapatkan pahala dua qirath" (HR. Bukhari & Muslim)"Satu qirath seperti (berat/besarnya) bukit Uhud" (HR. Muslim)Menziarah kubur orang muslim:"Aku belum pernah melihat pemandangan yang lebih menakutkan dari kuburan" (HR. Tirmidzi, Ibnu Maajah, & al-Hakim)

SUMBER:http://www.permaya.org/yaman/

Sabtu, 17 Mei 2008

THIS IS LIFE







































assalamualaikum

minggu ni aku agak sibuk ke hulu ke hilir...ntah apa2...hari selasa g jumpa prof..pastu ada le urusan2 rumahtangga...sibuk sungguh..hari rabu kemana enk..ntah dah lupa..hari khamis aku g puspakom tapi sebelum tu g jumpa Ku Pozi..member lama masa kecik..mcm2 cite ada..ttg Lipis..dia pun dah gemuk skit n skang bertugas di Balai Polis Bintawa. Petang tu aku g plak bawa T n anak2 g cari hadiah hari guru n makan. Pastu malam tu aku g ikut geng2 KAGAT g tahlil kat satu kampung atas sikit pekan Tapah tak jauh dari SMK. Tun A Razak..jalan Serian. Jauh gak masuk ke dalam...kampung tu ada ramai cina n bidayuh..tuan rumah ni mak ayah dia dah convert.,,..cuma ada 2 pintu je muslim..So ok la..ada makan2 ada gak marhaban kut. Malam seterusnya aku g makan kat jalan nenas..ok la..steamboat beb...abis satu famili tersandar kekenyangan. hari ni kitaorg g jogging n Satok...keh3x isi masa lapang.

Tentang keje aku tok sah di tanya aku tengah berusaha..

Wassalam doakan aku k...

Rabu, 14 Mei 2008

MALAS


assalamualaikum


well...aku sekarang tengah mengidam sindrom malas. aku rasa aku dah pasti dengan apa yang aku buat..tapi godaan dan cubaan tu banyak. susah jugak nak melawan malas ni. di waktu aku menaip ni aku mmg malas. aku cuma mampu melayan nana buat ayat b.m. esok nak gi puspakom plak. ari ni aku g maybank bt7 n satok nak setel roadtax kete..ntah apa kena ptang ni aku tido bro..ngantuk. tadi malam ustaz nasree ajak g serian sok malam,..tahlil..tengok le kalu sempat.


well hari2 sibuk mcm biasa..keje tak jalan gak..ntah ye ntah tidak..aku tak leh bayang kalau kembali keje sok..mesti sibuk gila..arghhh..gila memang gila.


stop dulu..doakan aku..tak sabar nak balik...


wassalam

Isnin, 12 Mei 2008

YO APA CITE.....

KFC KOTA SENTOSA (BATU 7)
KELAPARAN DI BATU 7
TQ BRO KAMI DAPEK MAKAN
BANDAR BATU 7 DARI KFC
ADAM OTAI SEMAKIN MENGANAZ....



ASSALAMUALAIKUM



AKU BARU JE MASUK LAMAN BLOG SMKPJ...OK LA. CUMA RAMAI MUKA BARU KAT SEKOLAH TU...OK LA TU..



AKU BARU GAK MASUKKAN DATA..ACCTUALLY AKU AGAK BLUR N AGAK2 JE...BANYAK KATA2 YANG MEMBUATKAN AKU TERSINGGUNG...



AKU PUN TAK TAU,...ENTAHLAH...MASA SEMAKIN SUNTUK..AKU HANYA USAHA SEDAYA YANG ADA,,SELEBIHNYA KETENTUANNYA OK..



WASSALAM



*KELMARIN PETANG G SERIKIN...KAH3X CUMA AKU RASA INGIN MEMBERI ITU SAHAJA

Jumaat, 9 Mei 2008

aku, dosa, kehidupan dan kesemuanya...ada yang mahu menolong

amacam...

xde apa cuma perasaan ni bercelaru...pemikiran tidak fokus...banyak sangat setan..
aku pun tak tau...masih ada ke harapan di depan..
ini kehidupan...
semuannya tidak semudah disangkakan
ada yang mahu menolong aku
tolong doakan aku bro..k

Rabu, 7 Mei 2008

LIFE IS UNPREDICTABLE...


salam



Aku pun tak taw bahasa inggeris aku betul atau tidak...tapi sehari dua ni memang aku tertekan..duk melayan kalimah2 yang keluar dari mulut SV and pembantu SV. Walaupu masa pembentangan hari tu aku tak ditembak..tapi aku kekadang rasa blur dgn dua org makhluk Allah ni. Aku lebih suka jumpa timbalan dekan prof khairul. Tapi semua ini ketentuan Allah, aku perlu melaluinya suka atau tidak. Seperti jugak kehidupan sebelum ke alam barzakh kita wajib melalui kiamat kecil dulu pastu alam kubur no short cut. Cuma mood and motivasi aku semakin menurun...aku x pasti bagaimana ketentuan di depan..apa yang buleh aku buat hanya meminta pada Nya dan buat apa yang aku mampu.



Sememangnya aku rasa ni le dugaan yang perlu dihadapi semua orang yang belajar. Sememangnya amat perit. Kadang2 aku teringat saat2 indah di studio PSV SMKPJ n bebudak..cabarannya kurang,,maybe this is life shift...sapa yang tahu apa yang ada di hadapan kerana hidup ini tidak dapat diramal.



Wassalam....doakan aku kawan.

Selasa, 6 Mei 2008

Ya Allah please help me....poor guy..

Ya Allah

Sesungguhnya aku ini umat mu yang berdosa
Tapi pada siapa lagi mahu aku meminta
Hanya pada Mu
Sesungguhnya pada saat ini aku memang tak mampu
Aku tak mau berkeluh kesah
Memikirkan masa ke hadapan yang belum pasti
Ya Allah
Bantulah aku sesuai dengan kemampuanku
Ya Allah
Aku syukur...........

Ahad, 4 Mei 2008

BLUR ALL THE WAY ON NARROW PATH...


Assalamualaikum


Ada satu nikmat Allah yang selalu kita salah gunakan atau waste kan begitu sahaja...iaitu otak. Setelah abis pembentangan akhir bulan ni aku sehari dua ni byk berfikir dan terfikir...ntah la...bulan lepas aku jumpa ramai orang..ni le pulak nikmat tinggal di Sarawak ni, ada je tetamu datang bertandang membawa rezeki dan perkhabaran. Setiap orang yang aku jumpa ada cerita yang berbeza..orang tua (wan sedara aku n friends)..cikgu2 (cikgu aziz n adi temerloh jumpa kat Chili Pepper Liwah Hotel)..old buddy n new friends (said n cikgu karim)...sedara yang tak pernah bersua (anak kepada wan sedara aku..rizal posting ke Terengganu). Setiap cerita ada sendi2 yang memotivasikan aku untuk terus berusaha ke depan..kerana ada kala aku seperti lintah kehausan darah..itu belum member2/jemaah masjid yang sering aku jumpa dengan bermacam-macam cerita. Setiap orang pasti ada cerita yang boleh mendorong kita ke depan.


Bulan lepas hingga ke hari ni..banyak berita kehilangan yang aku dengar, antara yan mengemparkan ialah pergi orang kuat Naza..(al-fatihah). Apa le nilai hidup ni...hebat macam mana sekali pun kita..akhirnya mati akan menjemput jua..yang menjadi masalahnya..kita sanggup utuk lahir n hidup di dunia Allah ini..bagaimana dengan alam transit (alam kubur) cukup ke amalan kita ? cukup ke ? setelah aku hitung2...amat menakutkan..amal..sedekah jariah..anak yang soleh...adakah aku telah memulakan langkah pertama ke arah yang lebih baik ? atau aku masih belum bergerak lagi.


Kemalasan masih menjadi tema utama utuk sehari dua ni...solat2 sunat pun dah agak culas sikit..apa yang aku tahu utk sebentar lagi esok n seterusnya aku harus bina kekuatan untuk menamatkan pengajian ini. Sudah pastinya untuk menjayakan misi berat ini semuanya bermula dengan Allah...yang menghubungkan kita dan Dia ialah doa...aku harap Allah akan mengabulkan doa orang yang meminta ini.


Ok aku stop dulu..bunyi enjin airasia dan mas menyebabkan aku teringat untuk segera balik ke kampung halaman..lebih kurang 2 minggu lagi...badan semakin berat n letih..kekuatan diri semakin longgar dek serangan virus malas..kawan2 doakan aku insyaAllah.


wassalam

Jumaat, 2 Mei 2008

Brader Karim and Said kat airport Kuching

Beberapa minit sebelum rambut ku dikorbankan


Kontena kat tepi pejabat pos kat dalam kem Penrissen


Gadis Tae Kwan Do...

Assalamualaikum


Selamat Hari Pekerja...dah abih bulan April 2008..so pada 30 April 9.15 pagi 8 org budak2 master kena buat pembentangan. Turn aku pukul 12.00 lebih kurang...tapi dengan ketentuan dan rahmat Allah aku dapat gak bentang dengan ok je la...cuma 3 orang pensyarah komen..tu pun tak le tembak cam member aku kena teruk beb..tesis dah anto tapi kena tembak lagi..Muka SV dan pembantu SV aku mcm xde perasaan...suka korang la.bukan apa dah sebulan lebih aku buat dak tak mau jumpa diaorg. Udah la hari sblm tu ada pra pembentangan, SV x datang, 1 jam setengah aku tunggu dr 10.00 pagi sampai 11.30. Aku jmpa Shukailla jwpnnya pun buat senak jiwa je. Petang tu aku cal SV..buleh dia kata dia sibuk..sampai suruhaku turut dia,,,aku buleh mintak maaf je la. Masa Prof Khairul komen kitaorg punya presentation ada gak dia beri credit kat aku...mcm kerangka keje..dapatan data...kajian rintis..dan aku lupa dah..ni berkat doa beb.

Sehari sblm tu Said datang plak untuk subjek MPV...lepak kat Merdeka Palace tu...luxury gak hotel tu..sempat le aku bwk dia n brader Karim pusing2 Kuching ni...mcm2 beli..sampai IPBL pun g gak...sempat gak jumpa Thazul,,,last day sebelum balik pagi tu lepak kat simpang 4 IPBL. So ada mcm2 cite kuar,,,cite lama2...kah3x...sempat gak jumpa Naza..sempat jugak tngk pameran kat studio Thazul. Well member2 seme dah berjawatan n berpangkat..aku punya nasib hanya Allah yang tahu..aku cuma berdoa agar semenya berakhir dengan selamat dengan dilimpahi rahmat.

So petang tadi aku dah hantar Said n Abg Karim balik..pukul 4 flight diaorg...aku cuma berfikir apa yang terjadi sepanjang minggu ni adalah ketentuanNya...serta itu le doa2 aku selama ni..korang pun doakan aku....


aku dah naik maleh menulis kah3x..


*minggu ni gak aku dah korbankan rambut aku yang dah 7 bulan aku simpan semenjak raya tahun lepas.


wassalam