Isnin, 16 Julai 2007

Al-Quran

Check this out,
Very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention: Dr.Tariq Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an That mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women. Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Holy Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, Therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24. Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Holy Qur'an where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Holy Qur'an:
Dunia (one name for life) 115. Aakhirat (one name for the life after this world)115
Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88
Life 145 . Death 145
Benefit 50 . Corrupt 50
People 50 . Messengers 50
Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11
Museebah (calamity) 75. Thanks ! 75
Spending (Sadaqah) 73. Satisfaction 73
People who are mislead 17 . Dead people 17
Muslimeen 41 .J Jihad 41 Gold 8 .
Easy life 8 Magic 60 .
Fitnah (dissuasion, misleading) ! 60 Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 .
Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32 Mind 49 .
Noor 49 Tongue 25 .
Sermon 25 Desite 8 .
Fear 8 Speaking publicly 18 .
Publicising 18 Hardship 114 ....
Patience 114 Muhammed 4 .
Sharee'ah ( Muhammed's teachings) 4
Man 24. Woman 24
And amazingly enough have a look how many times the following words appear: Salat 5, Month 12 , Day 365, Sea 32,
Land 13 Sea + land = 32+ 13= 45
Sea = 32/45*100q.=71.11111111%
Land = 13/45*100 = 28.88888889%
Sea + land 100.00%
Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%. Is this a coincidence?
Question is that...... Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all these?
Reply automatically comes in mind - ALMIGHTY ALLAH taught him.
Ayat 87 of Suraa (Chapter) Al-Anbia !para 17:
LA ILAHA ILA ANTA SUBHANAKA INI KUNTU MINA ZALIMEEN

BULAN REJAB

Monday, 16 July 2007
HARI ini Isnin tanggal 16 Julai 2007, kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan ALLAH SWT. Mari kita semak ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka:* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah SWT* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah SAW lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT.Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka."Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.""Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."
http://xmatters.blogspot.com/

Jumaat, 13 Julai 2007

Kisah Benar-Dari Penjara Sungai Buluh

"usin1012 menulis "
Pada suatu malam bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust.Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua.Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg.buluh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgnbeliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukumgantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supayadibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah.. MungkinAllah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung..Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.WALLAH HUALAM..Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm."Posted on Tuesday, July 10 @ 16:00:00 HKT by jadeyhailiedipetik dari http://www.webkl.net"

4 perkara sebelum tido...

Rasullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
.... " Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur'an.
2. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
** Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Rabu, 11 Julai 2007

PEMBENTANGAN

ASSALAMUALAIKUM...

TETAP MCM BIASA AKU TETAP KAT RUMAH, MENERUSKAN PERJUANGAN MENULIS DAN MEMIKIRKAN TTG TESIS YANG NTAH ADA PENGHUJUNGNYA ATAU TIDAK.
MEMANDU KE U DITEMANI ISTERI TERCINTA BERCERITAKAN HAL SEMASA. HARI NI ADA PEMBENTANGAN OLEH MINAH JERMAN TU...BAGI AKU PEMBENTANGAN DIA SANGAT BAIK...BILA SEMENYA ABIS AKU JUMPA PROF. MINTA TANGGUH PEMBENTANGAN. BOLEH KATANYA...YAHOOO. SETELAH SEKIAN SEKETIKA AKU MEMIKIRKAN ANTARA SHUKAILA DAN AHMAD KHIRI. TAK MAMPU AKU TULISKAN BUAT MASA INI.....TOLONG BERSANGKA BAIK OK..AKU STUDENT DIAORG SO AKU ADA HAK NAK LUAHKAN APA AKU RASA. HARI NI JUGA AKU SIBUK CHEK TIKET KE KL...UTK PAMERAN..ARGHHH. AKU TAK BOLEH BERJAUHAN DENGAN ANAK BINI AKU...PASAL TESIS KADANGKALA TERSA SANGAT HAMPIR UNTUK PENYUDAH...KADANG-KADANG TERASA SGT JAUH..THERE ARE NO TURNING BACK...AKU KAN TETAP TERUSKAN UNTUK MAK ABAH TI NANA NINI. SEMOGA DOA AKU DIMAKBULKAN....TAPI AKU DAH MULA RASA BOSAN YANG AMAT SANGAT DI SINI ADAKALANYA...MCMANA NAK AKU TERUSKAN...TETAPI NI CUMA PERASAAN YANG TAK MENENTU...OK STOP DULU BINI AKU TAK SIHAT.....WASSALAM

Isnin, 9 Julai 2007

DOA KU DIMAKBUL ALLAH

Hari ni macam hari-hari lain aku duk kat rumah mengadap komputer menyiapkan tesis ku, yang aku sendiri macam blur..kadang-kadang saja aku ngadap internet utk menghilangkan resahku memikirkan tesis ku ini. Dulu aku rajin gak masa awal-awal dulu g U, tapi kebelakangan ini momentum itu semakin slow...tapi FSGK Unimas tetap di hati.
Anak murid aku Redza dapat masuk ke Unimas (Fine Art)...budak ni kena rajin sergah sebab dia ada potensi tapi kadang-kadang tu lagha. Ila kat UPM (Industrial Design), hantar mesej kat aku...macam ragu-ragu. Pada aku dia ni pun ada potensi yang sangat baik just nak kena 'polish' dengan betul. Izwana (Unimas), Azie (USM) dan Aziah (UPSI) semenya dah masuk tahun 2, aku kira mereka dah matang...yang lain-lain tu senyap dan sunyi. Aku kesian beno kat diaorang mcm nk tolong...hanya Allah yang akan menentukan.
Miza(KUTPM), Noli (IKIP) dan yang lain kat LIM KOK WING...semoga kelian berjaya. Itu belum kira yang berada di UITM (Shah Alam,Kelantan & Perak) keep on fighting serta yang duk di IPG tabahkan hati korang.
Ramai gak anak murid aku yang dpt masuk U amik art course, tak macam aku dulu kena struggle gila untuk sampai tahap ni.
Hari ni Puan Shukaila email suruh aku present pada 25 Julai ni...aku tak ready lagi...apa pun aku nak tengok minah salleh tu dulu..pastu tu kira tawakkal je la sebab Allah dah makbulkan doa aku...Alhamdulillah

Isnin, 2 Julai 2007

Penipuan Kerap Dalam Perniagaan, Kerjaya, Universiti & Sekolah : Awasinya

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Mencipta jawatan-jawatan terentu di dalam ‘resume' bagi menunjukkan kononnya diri berpengalaman.


a. Mencipta dan meminda slip-slip gaji sendiri bertujuan untuk mendapat gaji yang diinginkan dari majikan baru.

b. Meminta orang lain membuatkan karangan atau apa juga tulisan yang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu kerja.

Ia satu penipuan kerana syarikat ingin melihat kemampuan sebenar kita dan bukannya orang lain. Ramai yang suka melakukan tindakan ini, lebih malang lagi, agak ramai cerdik pandai memberikan bantuan kepada orang sebegini sedangkan ia adalah satu tindakan yang diharamkan oleh Islam kerana ia termasuk kategori membantu sesuatu penipuan. Lama kelamaan, rakan yang dibantu akan sentiasa mundur dan tidak berkembang kerana asyik mengharapkan kita membantunya

Soalan
Assalamualaikum wrt wbh,
Al-fadhil ustaz, saya pernah memohon pekerjaan di sebuah syarikat dan syarikat menetapkan jika saya mempunyai sijil, maka gaji minimum yang akan saya terima adalah sebanyak RM xxxx, jika saya mempunyai pengalaman tapi tidak punyai sijil, gaji minimum bermula dari RM xxx , sekiranya saya tidak punyai kedua-duanya, gaji bermula dengan RM xxx.
Sya tiada sijil, tapi bolehkah saya meletakkan dalam resume saya pengalaman-pengalaman yang tidak pernah saya perolehi demi untuk memulakan kerja dengan gaji yang tinggi sedikit?.
Satu lagi, ada rakan-rakan saya yang membeli sijil-sijil sarjana muda dari ejen-ejen tertentu. Ia sememangnya keihatan asli, adakah ianyaa dibenarkan?
Al-Hulu

Jawapan
Saya kira jawapannya adalah cukup mudah untuk dijawab bagi pembaca web saya ini. Sudah tentu ia diharamkan oleh Islam kerana apa yang dilakukan adalah termasuk dalam bab penipuan.
Bentuk penipuan sememangnya amat banyak. Sebagai asas pengharaman Allah SWT berfirman :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu" ( An-Nisa : 29)
Harta yang diperolehi dari aktiviti penipuan adalah haram. Islam mengharamkan seluruh bentuk penipuan, baik dalam masalah jual-beli, mahupun dalam pelbagai jenis macam mu'amalah.
Seorang muslim dituntut untuk berlaku jujur dalam seluruh urusannya, Sebab keikhlasan dalam beragama, nilainya lebih tinggi daripada seluruh usaha duniawi.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Dua orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri dagangannya), barakah dagangannya itu akan dihapus." (Riwayat Bukhari)
Dan baginda juga bersabda:
"Tidak halal seseorang menjual suatu perdagangan, melainkan dia harus menjelaskan ciri perdagangannya itu; dan tidak halal seseorang yang mengetahuinya, melainkan dia harus menjelaskannya." (Riwayat Hakim dan Baihaqi)
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! Sebab barangsiapa menipu kami, bukanlah dari golongan kami." (Riwayat Muslim, 1/99)
Antara penipuan dalam bentuk semasa adalah seperti berikut :-


1) Mengupah dan berpakat dengan rakan untuk membeli dan memuji barangan jualan sendiri di hadapan pelanggan, dengan niat untuk mempengaruhinya dan meyakinkan kebaikan barang yang dijual. Ia disebutkan pengharamannya di dalam hadis Nabi SAW :-
ولا تَنَاجَشُوا
Ertinya : dan janganlah kamu melakukan tipu helah naik harga jenis ‘najash'" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/752)
Menurut penafsiran Ibnu Abbas ‘Najash' adalah : "Engkau (berpakat) bayar harga barang itu lebih dari harga biasa, yang bukan sebenarnya, tetapi dengan tujuan supaya orang lain menirunya." Cara ini banyak digunakan untuk menipu orang lain. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)


2) Membeli sijil universiti bagi menunjukkan diri berkelayakan tetapi sebenarnya hanya penipuan. Ada juga yang membeli gelaran ‘Dr' dan ‘Profesor' bagi mendapatkan keistimewaan dan kemulian tertentu di dalam masyarakat. Ia juga adalah haram secara sepakat ulama sudah tentu disebabkan 'penipuan'.

3) Mencipta jawatan-jawatan terentu di dalam ‘resume' bagi menunjukkan kononnya diri berpengalaman.

4) Mencipta dan meminda slip-slip gaji sendiri bertujuan untuk mendapat gaji yang diinginkan dari majikan baru.

5) Meminta orang lain membuatkan karangan atau apa juga tulisan yang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu kerja. Ia satu penipuan kerana syarikat ingin melihat kemampuan sebenar kita dan bukannya orang lain. Ramai yang suka melakukan tindakan ini, lebih malang lagi, agak ramai cerdik pandai memberikan bantuan kepada orang sebegini sedangkan ia adalah satu tindakan yang diharamkan oleh Islam kerana ia termasuk kategori membantu sesuatu penipuan. Lama kelamaan, rakan yang dibantu akan sentiasa mundur dan tidak berkembang kerana asyik mengharapkan kita membantunya.
Saya faham, bahawa adakalanya sukar untuk menolak kerana yang meminta bantuan adalah rakan baik kita atau adik beradik kita, tapi sedarlah tiada alasan untuk membantu penipuan ini. Jika yang dibantu itu berjaya kelak, pihak majikan merasa kecewa dan tetipu kerana prestasinya tidak sebagaimana tulisannya.


6) Mengupah orang untuk menyiapkan tesis MA atau Phd untuk kita. Ia juga satu bentuk penipuan yang memberikan kesan kepada seluruh pendapatan hasil penipuan itu. Selain orang yang mengupah, orang yang bersedia untuk diupah dan menjalankan khidmat ‘tolong buat' ini juga dikira menipu dan pendapatannya adalah haram kerana membantu kepada perbuataan dosa.

7) Bagi para pensyarah universiti pula, meniru karya orang lain dalam kajian ilmiah tanpa menyebut nama dan buku rujukan adlaah satu jenis penipuan. Ia tidak dianggap satu penipuan jika ditulis oleh orang awam biasa kerana ia tidak bertujuan mendapat pengiktirafan akademik. Walaubagaimanapun penulisan oleh ahli akademik pada lazimnya dinilai sebagai satu bentuk 'prestasi peribadi' oleh pihak universiti, ia juga membolehkannya mendapat kenaikan pangkat serta gaji setelah mendapat merit tertentu dari ‘hasil kajian' mendalamnya. Justeru, jika hasil ini adalah hasil ciplak yang dibuat secara pintar serta berpura-pura kononnya itu adalah hasil buah fikriannya yang bijak sedangkan ia bukan darinya, ia juga adalah suatu penipuan yang diharamkan.

8) Mencipta testimoni yang mengakui kehebatan program yang dikendalikan atau barang yang dijual, sedangkan ia hanyalah rekaaan sendiri sahaja. Mungkin ramai akan terpengaruh hasil testimoni yang begitu hebat tadi padahal ianya hanyalah tiruan. Ketika itu, perniagaan orang ini menjadi hilang berkat dan haram pendapatannya.

9) Membodek para pensyarah universiti agar memberikan markah ‘kasihan' untuk lulus. Jika terdapat sebab musabbab yang utuh untuk pemberian markah maka ia mungkin menjadi harus dan halal, walaubagaimanapun tetapi jika ia diberikan tanpa hak dan justifikasi yang boleh diterima Islam. Para pensyarah ini bakal menanggung tanggungjawab besar di akhirat kelak. Ini kerana, sijil yang dimiliki dianggap mewakili tahap kecekapan ilmu, kemampuan kajian dan minda seseorang dalam sesuatu bidang khususnya, jika pencapaian sijil itu dilakukan dengan ‘soalan bocor', ‘curi soalan' dan markah tanpa hak. Maka ia tidak layak memegang sijil itu, jika ia perolehi sijil itu. Semua orang kelilingnya akan tertipu dengan sijilnya itu, ia juga mungkin menyesatkan orang dengan sijilnya tadi. Awas.

10) Pensyarah yang membocorkan soalan dengan sengaja. Menurut kefahaman saya, ujian dan peperiksaan adalah sebuah ujian kemampuan pelajar dan ujian juga buat pensyarah yang mengajar, iaitu untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengajarannya. Oleh itu, tidak dinafikan terdapat pensyarah yang bimbang peratusan gagal di kelas bimbingannya terlalu teruk, maka ia memberikan ‘soalan bocor' , dengan itu, tahap lulus akan meingkat dan kelihatan ia pandai mengajar. Ia juga satu bentuk penipuan yang banayak berlaku samada di univeristi mahupun di sekolah. Semuanya adalah haram tanpa syak lagi.

11) Mencipta statistik palsu untuk menyokong kajian dan dakwaan yang dibuat, Jika ia digunakan untuk sebarang tujuan komersial dengan upah profesional, ia adalah pendapatan haram. Jika ia dilakukan untuk menarik kepercayaan orang kepada apa yang diungkapkan, ia juga adalah satu penipuan. Saya kerap mendengar, para motivator berkata : "Menurut kajian saya, begini...." Kita berharap ia adalah kajian sebenar dan bukan satu dua kes yang dijumpainya.
Ibnu Sirin pernah menjual seekor kambing, kemudian dia berkata kepada si pembelinya: 'Saya akan menjelaskan kepadamu tentang ciri kambingku ini, iaitu kakinya cacat.'
Begitu juga al-Hassan bin Shaleh pernah menjual seorang hamba perempuan (jariyah), kemudian ia berkata kepada si pembelinya: "Dia pernah mengeluarkan darah dari hidungnya satu kali."
Walaupun hanya sekali, tetapi 'jiwa seorang mu'min merasa tidak enak kalau tidak menyebutkan cacatnya itu, sekalipun berakibat menurunnya harga.
Justeru, eloklah kita berfikir kembali pendapatan kita, samada ia halal atau haram. Kerjaya kita samada ia datang dengan sijil dan jawatan palsu atau benar.

Ke Kubur Juga Akhirnya
Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan semenatar ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.
Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت
Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
5 Jumada Akhir 1427 H
20 Jun 2007

Ahad, 1 Julai 2007

Transform ke bulan Julai

Assalamualaikum

Hari ni 01/07/2007...aku memulakan pagi menghantar yang tersayang ke Unimas utk kelas OUM. Malam tadi kami segerombolan telah dipukau dengan kehebatan Transformer oleh saudara Michael Bay. Terpaku melihat Optimus Pride dan Megatron serta sahabat bertarung...hidup dan mengemparkan. Betapa jauhnya tertinggal kita..ya, semua kecanggihan dunia ada di barat samada telah dipamerkan atau diperap menunggu masa untuk dikeluarkan. Aku dan kelian akan terus menjadi masyarakat pengguna, tertipu dan terus tertipu. Semalam puluhan ribu mausia beratur membeli Iphone...untuk teknologi atau prestij...jenama menjadi keperluan hidup.
Hari ni di Islamic Cafe Batu 7, aku berpeluang berbual dengan seorang bakal pemandu Sukhoi....bekas pelajar di SK. Selancar 3..kebetulan..Azmir namanya anak pengurus Felda. Hari ini juga tak banyak yang boleh aku buat dengan tesis aku...i'm lost in translation. Aku tenggelam memikirkan Ezam...memikirkan putar belit Najib...serta Anwar Ibrahim dan lalai/lagha mengadap internet. Ya...aku hanya pengguna yang bodoh.
Hari terus berlalu..aku tahu aku perlu lakukan sesuatu pada umur 30 an ini pemikiran lebih terarah tidak seperti awal 20 an, hentam keromo meredah kehidupan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Untuk esok aku masih berfikir apa yang perlu aku buat..jawapan sudah ada tetapi kelihatan berkabus di tengah-tengahnya.
Buat Michael Bay dan Sam Raimi anda telah meninggalkan satu parut memori dalam ingatan dua puteri ku...Hero fantasi lebih hebat dari kisah nabi yang realiti. Ya Allah ya Tuhan ku...maafkan aku..suluhkan kami ke jalan yang benar..jalan para nabi dan rasul, jalan para ulama anbia sufi wali orang-orang alim..keseatan selalu mengekori kami kerana tidak mampu mengimbangi nafsu dan akal. Amin

Sabtu, 30 Jun 2007

mental block

Aslmkm bulan 6 sudah hampir berlalu...aku masih di sini tertanya-tanya apa ke sudahnya keje aku ni...plan seme dlm kepala tetapi ada sahaja yang menjadi batu penghalang...atau mental block. Aku harap dalam 3 bulan mendatang aku dah ada out come draft yang seterusnya menjadi tempat aku berpegang... Alhamdulillah adik aku, Iwan dapat gak masuk maktab, terima kasih buat member aku kat IAB (Saufi) atas nasihat yang diberikan. Aku harap IP Sultan Mizan akan membentuk adik aku menjadi manusia yang berguna dan semoga dia berjaya. MP Batu Pahat pun dulu asing buat aku tetapi kat sana banyak benda aku belajo tak macam masuk U, berbeza....apa pun semoga semuanya berjaya InsyaAllah.

wassalam

Sabtu, 23 Jun 2007

keje yang makin membingungkan

Nana nini dah dok pujuk aku pegi tengok Transformer...ya, tengok gazet je dah rasa nak menangis..bini aku yang tak minat tiba-tiba minat plak.
Tentang keje...ntah la...aku rasa aku macam dah on track but a few things must to readjusment. Aku pun kekadang tak paham dgn prof. Shukaila plak sibuk...yes I'm on my own...it's nearly six month already...and the result so far...nasib baik aku ada bini yang rajin dok motivated aku ni dan anak-anak yang suka MELAYASI kami tu.
Aku yakin aku akan siap on time..InsyaAllah...walaupun aku lemah banyak buat dosa aku yakin Allah akan memakmulkan permintaan aku ini...ingat!doa itu senjata orang mukmin..apa lagi yang kita ada kan.
Ok stop dulu..kalu rajin aku tulis lagi