salam
ini adalah penulisan akhir sebelum tahun 2008 melabuhkan sauh. Malam ni kami sekeluarga bermalam di Hotel Jelai...jimat sikit rm 48 aje, malam semalam di Hotel Plaza Lipis rm 75. So far aku xleh nak putuskan nak diam di mana KIP Benta atau Afzan..banyak pertimbangan perlu dibuat,aku hanya mampu berserah pada Allah. Aku memang tak taw. 2 hari bulan ni prof nak jumpa di Subang Jaya,maktab lak ada meeting..im really confused...Allah suruh aku berfikir dan buat keputusan yang sebaiknya.
Tahun baru Hijrah dan Masehi telah dan akan kita lalui, dunia masih seperti itu tiada perubahan yang adil mahupun saksama...walaubagaimanapun aku berdoa agar Allah menetapkan ketentuan yang terbaik buatku tahun hadapan.insyaAllah
Ya Allah permudahkanlah urusan kami yang semakin merumit ini...wassalam
Lastly Selamat Tahun Baru,,semoga Afzan membawa khabar berita gembira buat kita semua.
wASSALAM
Rabu, 31 Disember 2008
Rabu, 24 Disember 2008
aku kini di lipis
assalamualaikum
bulan dis hampir habis..tahun baru akan menjelang tiba. Malam ni ialah malam terakhir aku dan isteri bermalam di Kuching. Sesungguhnya banyak pengalaman berharga di sini. 1 minggu di sini banyak perkara perlu kami uruskan, dari tesis aku, kargo, library n my new recond car hahahaha. 2 tahun berlalu dengan pantas aku tak tau mampu ke aku berjuang di afzan. walaupun ada offer yang baik di sini terpaksa aku tolak mengenangkan orang tua kami. Di tambah pula ayah aku accident bebaru ni dan patah kaki. So aku perlu bertanggungjawab dan memikirkan sesuatu. Kalau ikutkan aku tak mahu untuk ke Afzan buat sementara waktu ini aku lebih memilih Iptho tetapi ketentuan Allah kita tidak mampu melawan. Dapat ke sini dah cukup baik,,,tesis aku pula ada beberapa pembetulan yang perlu dibuatkan.
Untuk sampai ke mari minggu lepas aku dan isteri terpaksa bermalam di airport senai minggu lepas. Sakit badan beb hahahaha tapi redah gak sbb flight pukul 6.15 pagi..padan muka kami. Kelam kabut bergerak dari Temerloh pukul 1.00 setelah selesai surf tiket Airasia di Kopitiam. 2.45 sampai Keratong, 3.45 naik bas ke Segamat...6.00 petang naik bas ke Larkin hahahhaha then sambung bas ke Senai n lastly teksi.....pagi esok pukul 8.00 dah ada kat Kuching. Esok petang dah nak balik..mostly banyak urusan dah selesai. sedih nak meninggalkan rakan-rakan jemaah di Masjid Salahuddin Al Ayubi...tapi kuasa Allah mengatasi segala. Kami sekeluarga perlu meninggalkan Sarawak..siapa tahu satu hari nanti kami akan kembali lagi.
Esok krismas...aku kena jumpa Mawi dan Hamka then Thazul then blahInsyaAllah..
Well Kuching thanks for being nice to me n family....till we meet again.
bulan dis hampir habis..tahun baru akan menjelang tiba. Malam ni ialah malam terakhir aku dan isteri bermalam di Kuching. Sesungguhnya banyak pengalaman berharga di sini. 1 minggu di sini banyak perkara perlu kami uruskan, dari tesis aku, kargo, library n my new recond car hahahaha. 2 tahun berlalu dengan pantas aku tak tau mampu ke aku berjuang di afzan. walaupun ada offer yang baik di sini terpaksa aku tolak mengenangkan orang tua kami. Di tambah pula ayah aku accident bebaru ni dan patah kaki. So aku perlu bertanggungjawab dan memikirkan sesuatu. Kalau ikutkan aku tak mahu untuk ke Afzan buat sementara waktu ini aku lebih memilih Iptho tetapi ketentuan Allah kita tidak mampu melawan. Dapat ke sini dah cukup baik,,,tesis aku pula ada beberapa pembetulan yang perlu dibuatkan.
Untuk sampai ke mari minggu lepas aku dan isteri terpaksa bermalam di airport senai minggu lepas. Sakit badan beb hahahaha tapi redah gak sbb flight pukul 6.15 pagi..padan muka kami. Kelam kabut bergerak dari Temerloh pukul 1.00 setelah selesai surf tiket Airasia di Kopitiam. 2.45 sampai Keratong, 3.45 naik bas ke Segamat...6.00 petang naik bas ke Larkin hahahhaha then sambung bas ke Senai n lastly teksi.....pagi esok pukul 8.00 dah ada kat Kuching. Esok petang dah nak balik..mostly banyak urusan dah selesai. sedih nak meninggalkan rakan-rakan jemaah di Masjid Salahuddin Al Ayubi...tapi kuasa Allah mengatasi segala. Kami sekeluarga perlu meninggalkan Sarawak..siapa tahu satu hari nanti kami akan kembali lagi.
Esok krismas...aku kena jumpa Mawi dan Hamka then Thazul then blahInsyaAllah..
Well Kuching thanks for being nice to me n family....till we meet again.
Sabtu, 22 November 2008
Jangan Terlalu ….
1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!
6. Terlalu banyak ketawa - merosakkan usus / menghilangkan nur wajah (yang ini aku tambah).
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. (fikir masalah umat takpe kot?)
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .
1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!
6. Terlalu banyak ketawa - merosakkan usus / menghilangkan nur wajah (yang ini aku tambah).
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. (fikir masalah umat takpe kot?)
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .
6 golongan yang masuk neraka tanpa di hisab oleh Allah, mengikut hadith Rasulullah s.a.w.
1. Para pemimpin yang zalim
Ia itu pemimpin yang berkuasa tetapi menzalimi diri dan rakyat kerana dengan kekuasaan masih berdolak-dalih TIDAK mahu menjalankan hukum-hukum Islam. Memandangkan senario di negara kita, ana amatlah kesiankan pemimpin Islam dan saudara seIslam ku yang masih sedemikian.
2. Peniaga yang khianat
Peniaga yang berniaga mendengki dan menaikkan harga tanpa sebab dan menipu. Contoh, berniaga dan menaikkan harga apabila harga minyak naik tapi tidak menurunkannya apabila harga minyak turun. Perniagaan nya pula tidak ada kena mengena dgn turun naik nya harga minyak tetapi ingin mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang besar @ menipu.
3. Orang berilmu yang suka berbalah
Orang berilmu dgn ilmu nya menyebabkan perbalahan
4. Orang sombong
Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan serta kesihatan semuanya dgn rezeki yang diturunkan Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu
5. Orang yang assobiah
(maaf kalau ejaan salah tapi bermaksud orang yang taksub sangat dgn bangsanya)
Kita boleh mencintai bangsa kita tetapi mengenai hukum Allah mestilah di laksanakan dan menghindarkan apa yang di perimtah olehNya. Jangan menggunakan pepatah " biar mati anak jangan mati adat". Juga jangan ambil parti bangsa sebagai wadah perjuangan tetapi MESTILAH ambil perjuangan mengikut wadah secara Islam - lihat dan kaji perlembagaan parti dan kita masuk yang mana ambil Al-Quran sebagai wadah yang di guna pakai. Biar kita pakai Islam jangan kita pakai cara yang tidak di redha oleh Allah. Ini boleh menyebabkan saudara kita boleh masuk NERAKA!
6. Orang jahil yang tidak ingin mencari ilmu
Ada kemampuan untuk mencari rezeki tetapi mencari sebab tidak mencari ilmu di surau dan masjid kerana memberi berbagai alasan seperti penat dan sebagainya.
Ia itu pemimpin yang berkuasa tetapi menzalimi diri dan rakyat kerana dengan kekuasaan masih berdolak-dalih TIDAK mahu menjalankan hukum-hukum Islam. Memandangkan senario di negara kita, ana amatlah kesiankan pemimpin Islam dan saudara seIslam ku yang masih sedemikian.
2. Peniaga yang khianat
Peniaga yang berniaga mendengki dan menaikkan harga tanpa sebab dan menipu. Contoh, berniaga dan menaikkan harga apabila harga minyak naik tapi tidak menurunkannya apabila harga minyak turun. Perniagaan nya pula tidak ada kena mengena dgn turun naik nya harga minyak tetapi ingin mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang besar @ menipu.
3. Orang berilmu yang suka berbalah
Orang berilmu dgn ilmu nya menyebabkan perbalahan
4. Orang sombong
Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan serta kesihatan semuanya dgn rezeki yang diturunkan Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu
5. Orang yang assobiah
(maaf kalau ejaan salah tapi bermaksud orang yang taksub sangat dgn bangsanya)
Kita boleh mencintai bangsa kita tetapi mengenai hukum Allah mestilah di laksanakan dan menghindarkan apa yang di perimtah olehNya. Jangan menggunakan pepatah " biar mati anak jangan mati adat". Juga jangan ambil parti bangsa sebagai wadah perjuangan tetapi MESTILAH ambil perjuangan mengikut wadah secara Islam - lihat dan kaji perlembagaan parti dan kita masuk yang mana ambil Al-Quran sebagai wadah yang di guna pakai. Biar kita pakai Islam jangan kita pakai cara yang tidak di redha oleh Allah. Ini boleh menyebabkan saudara kita boleh masuk NERAKA!
6. Orang jahil yang tidak ingin mencari ilmu
Ada kemampuan untuk mencari rezeki tetapi mencari sebab tidak mencari ilmu di surau dan masjid kerana memberi berbagai alasan seperti penat dan sebagainya.
Selasa, 18 November 2008
TAHAJUD
Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan.
5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.
5 kelebihan yang diperoleh di dunia:
"Ya Allah…ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu
5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.
5 kelebihan yang diperoleh di dunia:
- Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
- Tanda berkat pada wajahnya
- Disukai oleh ramai manusia
- Allah jadikannya seorang yang bijaksana
- Bila bercakap penuh hikmah
4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:
- Wajahnya bercahaya
- Diringankan hisab
- Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
- Dapat buku amalan dengan tangan kanan
"Ya Allah…ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu
Jumaat, 31 Oktober 2008
RENUNGAN
Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.
Khamis, 30 Oktober 2008
99 nama Allah
"Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.1. Allah2. Ar-Rahman - Maha Pemurah3. Ar-Rahim - Maha Penyayang4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah5. Al-Quddus - Maha Suci6. As-Salam - Maha Penyelamat7. Al-Mu'min - Maha Pengaman8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa11. Al-Mutakabbir - Maha Besar12. Al-Khaliq - Maha Pencipta13. Al-Bari' - Maha Perancang14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan17. Al-Wahhab - Maha Pemberi18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki19. Al-Fattah - Maha Pembuka20. Al-^Alim - Maha Mengetahui21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup23. Al-Khafid - Maha Penghina24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenanga n26. Al-Muthil - Maha Merendahkan27. As-Sami^ - Maha Mendengar28. Al-Basir - Maha Melihat29. Al-Hakam - Maha Menghukum30. Al-^Adl - Maha Adil31. Al-Latif - Maha Halusi32. Al-Khabir - Maha Waspada33. Al-Halim - Maha Penyantun34. Al-^Azim - Maha Agong35. Al-Ghafur - Maha Pengampun36. Ash-Shakur - Maha Pengampun37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya38. Al-Kabir - Maha Besar39. Al-Hafiz - Maha Pelindung40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan41. Al-Hasib - Maha Mencukupi42. Aj-Jalil - Maha Luhur43. Al-Karim - Maha Mulia44. Ar-Raqib - Maha Pengawas45. Al-M uji b - Maha Mengabulkan46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya47. Al-Hakim - Maha Bijaksana48. Al-Wadud - Maha Pencinta49. Al-Majid - Maha Mulia50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan52. Al-Haqq - Maha Benar53. Al-Wakil - Maha Berserah54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi57. Al-Hamid - Maha Terp uji58. Al-Muhsi - Maha Menghitung59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan62. Al-Mumit - Maha Mematikan63. Al-Hayy - Maha Hidup64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya65. Al-Wajid - Maha Menemukan66. Al-Majid - Maha Mulia67. Al-Wahid - Maha Esa68. As-Samad - Maha Diminta69. Al-Qadir - Maha Kuasa70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan75. Az-Zahir - Maha Menyatakan76. Al-Batin - Maha Tersembunyi77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan86. Al-Muqsit - Maha Mengadili87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan96. Al-Baqi - Maha Kekal97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana99. As-Sabur - Maha Penyabar(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhuIsyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia !!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpadisedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.. .. 45. "Ya M uji ib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala p uji an.58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu. 77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapaikejayaan.Doa-doa Yang Makbul:1. Orang yang terdesak.2. Orang yang teraniaya/dizalimi.3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.Tanda-tanda Doa Yang Makbul:1. Terasa sesuatu yang menakutkan.2. Menangis tatkala berdoa.3. Terasa menggeletar.Cara-cara Berdoa:1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIMDi dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swtDi dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNyaDi dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNyaDi dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu."
syukur
assalamualaikum
semalam berlalunya pembentangan aku...well bagi aku sendiri ianya x sebagus mana...tapi yg penting xde komen yang menyakitkan telinga cuma ada tambah situ dan sini. Bagi kawan-kawan lain tahniah, anda memang berkemampuan tinggi...aku sempoi...sharp on time sampai dipuji oleh Prof. Khairul sebab sharp-sharp..member2 lain seme overtime. Prof. Khiri pun x kata apa..just suruh aku menulis...hurm... cuma aku xtaw silent komen...bukan seme lecturer suka bercakap..well apa yang terjadi sudah ditentukan..aku cuma berdoa n berharap agar dapat menamatkan pengajian ini seperti yang aku plan.
Terima Kasih buat Mak n Abah (accident pulak..kaki masuk besi) serta yang tersayang Tie, Nana n Nini kerana doa.
Aku bersyukur kerana Allah mengabulkan permintaanku amin......
so sikit lagi walaupun ada banyak lagi...doakan aku.
Ahad, 26 Oktober 2008
aku tak tahu
assalamualaikum
aku akui yang aku hampir tidak tahu....
aku hanya mampu berserah pada yang lebih tahu..
iaitu...Dia
yang mentadbir langit dan bumi...
yang tiada mustahil..
aku cuba untuk tidak meletakkan harapan pada manusia
kerana manusia selalu berubah-ubah walaupun tidak dilanda bah
apa pun dengan nama Allah...doakan kejayaan aku...
wassalam
aku akui yang aku hampir tidak tahu....
aku hanya mampu berserah pada yang lebih tahu..
iaitu...Dia
yang mentadbir langit dan bumi...
yang tiada mustahil..
aku cuba untuk tidak meletakkan harapan pada manusia
kerana manusia selalu berubah-ubah walaupun tidak dilanda bah
apa pun dengan nama Allah...doakan kejayaan aku...
wassalam
Isnin, 20 Oktober 2008
Ramadan Open House In Taman Mas
Puan Siti...Chef yang bertugas mengikut rooster
Firstly
Selamat hari Lahir untuk aku....dan bini aku menghadiahkan sebotol perfume hahahahah mekasey dan Nana Nini duk sibuk suruh bukak hadiah...well im already 35 now....not much...still not much
Secondly
Aku dan Wife wat open house on 19/10...well okay la....aku sms seme frenz di sekitar2 ni n Kuching. Ada gak yg datang pada 18/10 hahahahah Thadzul n Prof. Khiri...what a joke...hahahahah. Pukul 2.15 baru le guest datang..dimulakan Ustaz Bakar (UITM Samarahan) diikuti Ustaz Yunus n famili n Ustaz2 KAGAT...dan kengkawan pelbagai gaya n rupa...syukur...dan diakhiri dengan Ustaz Jamal dekat2 maghrib n Ustaz Asri...9.00 malam..mcm le best aku ni seme guest tu ustaz...sebenarnya kebetulan.
Thirdly
Badan letih tetapi kena sambung gak tesis aku huhuhuhuhuhuhu
Bini aku pun keletihan sebab dia pulun masak mee kari, laksa, bee hoon, puding n dadih huhuhuhuh
Fourthly
Buat semua tetamu...terima kaseh
Jumaat, 17 Oktober 2008
not much...just do it...tawakkal
hari berlalu dengan pantas semuanya kelihatan mendung...skali kala cerah dan redup pada seketika waktu...Aku? masih macam tu kut...not much....tetapi siapa tahu kuasa Allah..kun fayakun.
Hari ni aku luangkan sedikit masa berjumpa prof. Dapat jugak jumpa Connie...cite2 ttg master..eiiiiiiii menakutkan tetapi Allah lebih mengetahui..apa yang kita lalui hari ini dan hari hari sebelumnya dan esok lusa sememangnya sudah tertulis sebelum kita wujud. Well why do frustated....
Pastu dia invite aku join jamuan bebudak fine art. Tebal betul muka..dapat jugak jmpa Redza..dpt juga no telepon hani baharuddin.
Apapun hari tetap brlalu tinggal la aku terkial-kial
tak esok...lusa...mungkin juaga hari ini.
wassalam
Hari ni aku luangkan sedikit masa berjumpa prof. Dapat jugak jumpa Connie...cite2 ttg master..eiiiiiiii menakutkan tetapi Allah lebih mengetahui..apa yang kita lalui hari ini dan hari hari sebelumnya dan esok lusa sememangnya sudah tertulis sebelum kita wujud. Well why do frustated....
Pastu dia invite aku join jamuan bebudak fine art. Tebal betul muka..dapat jugak jmpa Redza..dpt juga no telepon hani baharuddin.
Apapun hari tetap brlalu tinggal la aku terkial-kial
tak esok...lusa...mungkin juaga hari ini.
wassalam
Jumaat, 10 Oktober 2008
Beratus-ratus kajian saintifik menunjukkan bahawa CoEnzyme Q10 merupakan salah satu antioksidan baru yang paling cemerlang dan boleh membantu mengekal jantung yang sihat, tekanan darah dan paras kolestrol yang baik. Daripada semua organ dalam badan anda, jantung adalah organ yang paling responsif terhadap CoQ10 kerana paras CoQ10 adalah 10 kali ganda lebih banyak dijumpai secara semulajadi dalam jantung berbanding di mana-mana bahagian lain dalam badan. Jantung memerlukan CoQ10 untuk memberinya tenaga bagi mengepam darah dengan lebih cekap, di samping memberinya tenaga untuk mengendur dan tenaga yang mantap untuk mendenyutkan jantung secara berterusan. CoQ10 menyediakan “bunga api” yang diperlukan oleh setiap sel untuk mencetuskan tenaga. Jean Carter dalam buku beliau “Miracle Cure” dengan tepat menyifatkan CoQ10 sebagai “penjana tenaga jantung yang menakjubkan.” Lain-lain pakar yang terkenal dalam bidang kardiologi mengulas seperti berikut: “Saya percaya bahawa penyakit kadiovaskular mungkin pada sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan CoEnzyme Q10.” Dr Karl Folkers, University of Texas “Bagi sesiapa yang berumur melebihi 50 tahun, mengambil tambahan CoEnzyme Q10 boleh mencergaskan semula tisu-tisu yang semakin menua, dengan itu mengurangkan kesan-kesan proses penuaan dan penyakit yang berkaitan dengan umur tua.” Profesor Anthony W. Linnane Pusat Biologi Molekular dan Perubatan Monash University, Clayton, Australia Dos yang biasa untuk pesakit jantung ialah 50 hingga 150mg setiap hari, namun, sehingga 300mg mungkin diperlukan sekiranya menghadapi kegagalan jantung yang teruk. Dr Stephen Sinatra M.D., pakar kardiologi dan pengasas & pengarah Pusat Jantung & Kelanjutan Usia di New England, berkata, “Lebih teruk pesakit jantung itu, lebih lemah jantungnya, maka lebih tinggi dos yang diperlukan.”
Rabu, 8 Oktober 2008
BODY BEAUTIFUL....
Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung
jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak
sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu
Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya
Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian
jangan seperti kedondong
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam
tetapi di dalamnya lembut dan manis
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat
tetapi di dalamnya ada biji yang berduri
Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang
walaupun hidup dalam tanah dan selut
tetapi ubinya tetap putih bersih.
Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai
bukan tandan rambutan
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya
semua seimbang
tidak seperti rambutan
ada yang kecil ada yang besar
Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili
Semakin tua
semakin pedas
Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis
Buah manggis boleh diketahui ulas isinya dari bahagian tampuknya.
Isnin, 6 Oktober 2008
eidul fitri 1429
Kami bersama wanita yang ditakdirkan oleh Allah melahir & membesarkan kami..
terima kasih Mak
Atas ketentuan Nya aku bersyukur......
Semoga Allah meredhai dan merahmati kita semua
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Selamat Beraya.....
Aku Yang Dhaif
"Aku meminta pada Allah, setangkai bunga segar,
Namun ia beri ku kaktus berduri ;
Aku minta Allah seekor rama - rama,
Namun ku diberi ulat berbulu ;
Aku terlalu sedih & kecewa...
setelah aku lakukan pengorbanan...
aku gagal dapatkan aya yang dihajati...
Namun bila tiba masanya kaktus itu berbunga..indah sekali ;
Ulat itu bertukar menjadi rama - rama..cantik sekali ;
Itulah jalan keTUHANan...indah pada masanya ;
Allah tidak akan beri apa yang kita harapkan tetapi ia akan beri apa yang perlukan ;
kadang - kadang kita sedih dan kecewa...
Namun jauh di atas segala - galanya..
Dia telah mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita;
Khamis, 25 September 2008
Assalamualaikum
Aku baru abis jumpa prof. well semenya ok...aku harap akan ok until aku tamat belajar tu je..aku mengambil kira gak pandangan kawan2 lain..selebihnya aku serah pada Allah. Bukan aku x caya kat prof.,...just langkah berhati-hati....aku harap aku lulus..dia pun kata design pun dah ok..cuma a few things aku akan ejas. Berkaitan tentang teknologi, tu pun dia kata xsah risau.
Selebihnya dia cite pasal Anwar Ibrahim....hahahahaha no komen
Well Selamat Hari Raya..semoga raya kali ini means lot to all of us InsyaAllah.
*Esok nak balik....yang paling kelakar tadi sahur makan laksam kongsi 4 orang hahahha
Rabu, 24 September 2008
KEMALASAN PERINGKAT DEWA
bulan Ramadan semakin abis...then also my time...ada beberapa perkara telah road block kan perancangan aku. Well aku cuba redah juga la.
Mood untuk raya...semenjak kahwin and masa bujang aku rasa mood raya aku statik je..yang penting raya, persiapan tu ala-ala...most important nana nini Tie buleh raya..aku sempoi aje.
Masa-masa gini aku teringat masa di MPBP..masa tu susah sungguh..hahahahaha lepas jugak aku sampai peringkat ni,....Masih ada beberapa bulan aku tak pasti camne...the challenge huhuhuhuhuhu...ntah la. Just need some kind of magic to guide and help me...but I know all the way Allah has show me lots...thanks Alhamdulillah..for in coming month i just do it..right or wrong just tawakkal...but friends if u read my blog please pray for me....huhuhuhuhu.
Takde apa sangat yang hendak ditulis..dua tiga hari ni hantar Tie tanda kertas UPSR di PPDK Padawan...kat Sg. Maong...stress gak dia..well life ni x leh la rutin sayang..memang itu ketentuan Dia.
Kitaorg pun dah get use dgn gaya idup di Sarawak ni...ada la jugak a few kenalan..x macam tahun lepas rasa macam nak meraung hahahahah. Untuk tahun depan aku tak tahu huhuhuhu Allah jua yang tahu. Aku so far cant decide...just cant decide. Problems come n go...ianya hidup untuk mengerakkan manusia..tiada manusia yg tiada masalah yang mati pun still bermasalah hihihihihi.
Untuk sehari dua ni agak sibuk..sebab nak balik. Well frens stop dulu
Ada getar yang mengatakan aku boleh
Ada ketar mengatakan sebaliknya
Kekuatannya berbeza-beza
Silih bertukar ganti
Aku tetapkan di hujung jalan ada sinar
Walaupun aku tidak melihatnya
Tapi aku dapat merasakannya
Aku menjadi manusia yang merasakan sinar
Sinar
yang memandu
sinar yang hadir
dari doa ku
dan doa kelian
terima kasih
gud night
Ahad, 21 September 2008
September yang laju...
dah lama aku x menulis..skang dah tinggal 10 hari lagi posa n aku nak balik.....hahahahah nana nini Tie seme mood nak balik..mood ni kitaorg x rasa masa duk kat selancar dulu....well ni le hijrah.
Sepanjang cuti bulan 8 hari tu ramai lak yang berkunjung ke teratak buruk aku ni...well tetamu adalah rezeki. Tentang keje aku usah ditanya...aku x taw..aku doa je...tawakkal..end of oktober ada pembentangan...doa ok doa...
ko taw la posa kat Sarawak ni x macam Semenanjung...tapi pengalaman tu penting. Tahun ni aku solat kat masjid penrissen...selebihnya surau tudm....hahahah ustaz muhaimin tu laju beb...hahahahah
aku juga Allah takdirkan berjumpa Rick...banyak tolong aku ttg design,....betul atau salah, prof tak kata apa aku carry on aje...
well...apa lagi enk
wassalam
Khamis, 14 Ogos 2008
Aku tidak ada kemampuan untuk meramalkan masa depan..tetapi melihatkan apa yang aku telah buat ini aku rasa aku terlalu jauh.
Aku berada pada satu keadaan yang amat lemah, aku memerlukan bantuan...malangnya aku tidak tahu siapa
Ya Allah
aku tahu engkau mendengar rintihan dan keluh kesah hamba Mu ini....apakah ketentuan Mu untuk ku yang mendatang ini ada keaiban dan memalukan? Ya Allah tentukan aku ada di dalam perancangan mu ke arah kebaikan
Ya Allah
aku amat memerlukan bantuan Mu...
Aku berada pada satu keadaan yang amat lemah, aku memerlukan bantuan...malangnya aku tidak tahu siapa
Ya Allah
aku tahu engkau mendengar rintihan dan keluh kesah hamba Mu ini....apakah ketentuan Mu untuk ku yang mendatang ini ada keaiban dan memalukan? Ya Allah tentukan aku ada di dalam perancangan mu ke arah kebaikan
Ya Allah
aku amat memerlukan bantuan Mu...
Jumaat, 8 Ogos 2008
perjuangan seorang aku
hahahahah
dah masuk bulan 8.....
aku x tau macamana lagi...
mampu tak aku setelkan seme ni
sblm masuk akhir bulan 8 atau selepas raya?
kat luar hari hujan
Astro hang hahahahahaa
Aku pun hang
urghhh
aku percaya
Allah mengetahui segalanya
dan ketentuanNya lebih baik
dari perancangan aku
Ya Allah
lindungilah aku yang lemah dan dhaif ini
Hari ni 080808 huhuhhhu
malam kang perasmian Olimpik China
agak-agak tahun depan aku kat mana pulak
hihihihi i have wasting lots of times
T, nana, nini maafkan Ayah
doakan kami
Rabu, 30 Julai 2008
DI MANAKAH AKU SESAAT LAGI
ASSALAMUALAIKUM
INI IALAH SISA-SISA TERAKHIR PERJALANAN PEMBELAJARAN AKU..AKU TIDAK TAHU BAGAIMANA KEMAMPUAN AKU. AKU TIDAK TAHU APA-APA..SEMUANYA AMAT MENYESAKKAN NAFAS...SENAK FIKIRAN..AKU MELIHAT SEKELILING ORANG-ORANG MACAM NORMAL JE HIDUP HAHAHAHAHA. AKU TAK KATA MENYESAL MEMILIH UNTUK BELAJAR CUMA DUGAANNYA...SAMPAI AKU HILANG KEPASTIAN..MENEKA-NEKA DALAM KECERAHAN...SESAT DALAM TERANG. TAPI ALLAH LEBIH TAHU..SYUKUR KERANA AKU JUA ADA DALAM PERANCANGAN ALLAH..BAYANGKAN KALU AKU SENDIRI TENTUKAN ARAH KEHIDUPAN INI..WELL THIS IS LIFE..SEMAKIN KE PENHUJUNG (?) SEMAKIN BERAT DAN SARAT DENGAN DUGAAN SERTA KETIDAKPASTIAAN. AKU AKAN BERJALAN MACAM BIASA..KERISAUAN PALING BESAR DALAM DIRI IALAH TENTANG KEMAMPUAN MENAMATKAN PERLUMBAAN SOLO INI. YA ALLAH MAKBULKAN DOAKU SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MAMPU TANPA MU....AMIN
Selasa, 22 Julai 2008
Luasnya NERAKA...
"YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN......: Luasnya Neraka :.Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya.'Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam.'Jawabnya: 'Ya.. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'Jawab Jibrail:'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dansesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyangselalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikatMudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.Dari Abdullah bin 'Amr R.A,Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
Ahad, 20 Julai 2008
Dua malaikat.. sayangnya ALLAH pada kita..
Assalamualaikum wr wb, Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasihsayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia. "
Selasa, 15 Julai 2008
aku dan aku yang semakin tidak mahu
adakala hati ini menjadi begitu sayu...
2 tahun yang lepas aku duduk di studio psv
sorang-sorang tunggu budak-budak datang
untuk tahun depan..
aku tidak tahu akan qada dan qadar Allah...
aku dah tak sanggup nak hidup macam ni
aku rasa macam nak gila
itu pun nasib baik Allah tentukan rumah aku tepi masjid
aku terus berusaha
bukan syok sendiri
aku berharap
dengan rahmat Allah
semua ini akan berakhir
aku cuma ingin kembali
bekerja di ketika ini
aku rindu saat-saat bekerja
itu sahaja
maafkan aku
aku manusia
tidak pernah puas
tidak pernah bersyukur
dan ya Allah
jangan putuskan rahmat Mu buat
aku
keluarga ku
amin
Jumaat, 11 Julai 2008
hohohoho
sememangnya
dari apa yang aku paham
kehidupan di dunia ini
akan ada halangan di depan
apalah erti hidup tanpa halangan
tetapi
aku berdoa
agar aku dengan kepala lutut yang longgar ini
mampu melangkah dan terus melangkah
doakan aku kawan...
dari apa yang aku paham
kehidupan di dunia ini
akan ada halangan di depan
apalah erti hidup tanpa halangan
tetapi
aku berdoa
agar aku dengan kepala lutut yang longgar ini
mampu melangkah dan terus melangkah
doakan aku kawan...
TERUS
hari berlalu sepantas air melaju turun dari dari gunung
aku dan kesusahanku
dan pelbagai perkara yang memanjat di belakangku
mujur..
Allah menghiaskan hidupku dengan 3 gadis...
isteriku..
nana..
nini..(mesti nini marah sebab bubuh nama dia last heheheh)
inilah yang mendorong aku untuk terus..
aku pun tak tau nak terus ke mana..
tapi aku menanamkan keyakinan
terusku ini akan Allah tentukan ke arah yang baik-baik
insyaAllah..
aku yang hilang momentum
Selasa, 8 Julai 2008
Julai yang julai
Aku rasa perjalanan semakin penghujung..cuma aku ni x taw mana satu ujung hehehehehe...bulan julai..julai ni kalu kat pahang maknanya ujung la. patut la aku rasa mcm kat ujung je...mcm2 dugaan yg aku perlu harungi kebelakangan ni. Mungkin ini kifarah..mungkin juga ujian ataupun dugaan..aku peun tak taw. Untungnya ada kawan-kawan yang ingin membantu...tapi berapa org je..aku perlu teruskan walaupun aku tidak pasti. Aku berdoa dan aku yakin Allah jua yang akan memakbulkannya.
Ini adalah kehidupan, tanpa halangan di hadapan kiri dan kanan apalah erti hidup sebenarnya..orang mati pun ada dugaan..hahahaha. Aku usaha dan menghulurkan tangan setinggi dada meminta pada yang satu yang maha tahu. Setan macam biasa mengambil peranan penting dengan begitu efisyen. Seperti satu kenalan baru aku ni, hari ni aku mendapat berita kakinya telah dipotong sebelah sebab diabetes...argh apa erti hidup...huhuhu tapi ini adalah perkara2 yang tertulis di sana dan kita telah membuat pilihan..dan apa pilihannya kita kena menanggung akibatnya. Walaubagaimanapun selagi nafas bertali keluar masuk ikut idung ni...insyaAllah ada le rezeki kita dari Allah. Orang sembah berhala pun ada rezeki hahahahah.
Well doakan aku
sebab aku tiada kekuatan
letih dan lemah
rindu dan sayu
wassalam
Rabu, 25 Jun 2008
AIR SEMBAHYANG
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'. Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini' Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu
Selasa, 24 Jun 2008
Rossa Ayat-ayat Cinta
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agungKu pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegahAyat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Ketika ku bersujud
Ketika ku bersujud
Ahad, 15 Jun 2008
sudah bulan jun ma....
tidak banyak yang boleh dilakukan sepanjang cuti ni utk tesis aku...byk permintaan perlu dipenuhi..byk juga masalah merintang jalan..tapi ini kehidupan ianya tidak selicin tayar botak malah ianya akan ada bunga bunga tayar yang memudahkan perjalanan kehidupan ini.
Ada banyak gambar2 cuti aku tak sempat nak online..ntah sehari dua ni dilanda virus malas..malas seh..ntah lah. konfiden tu ada jalan nya belum diizinkan Allah
Doakan aku kawan
Ada banyak gambar2 cuti aku tak sempat nak online..ntah sehari dua ni dilanda virus malas..malas seh..ntah lah. konfiden tu ada jalan nya belum diizinkan Allah
Doakan aku kawan
Selasa, 3 Jun 2008
CARA BERINTERAKSI YANG DIGALAKKAN
Begitu banyak buku-buku popular mengenai pengembangan diri, seperti karangan Dale Carnegie 'How to Win Friends & Influence People' atau John C. Maxwell '25 Ways To Win With People' atau Stephen R. Covey dengan 'The 7 Habits of Highly Effective People' atau berbagai terbitan Gramedia lainnya seperti 'Cara memperingkatkan kemahiran Komunikasi Anda'.Bagaimana cara ‘hidup lebih baik’ dengan membina hubungan yang baik dengan orang lain di sekitarnya, begitulah ungkapan yang disampaikan. Bagaimana cara berinteraksi dengan orang lain, mengasah kepekaan emosional, bertoleransi, selalu bersikap positif, tips-tips mendapat dan mempengaruhi teman, cara berkomunikasi yang baik, memahami lebih dahulu, dan sebagainya.Menariknya, Islam sebagai agama yang sempurna, sudah mengajarkan semua itu, dengan Rasulullah SAW sebagai model utamanya. "Innama bu'itstu liutammima makaarimal akhlaq" - "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq", demikian sabda Rasulullah SAW. Akhlaq dalam seluruh bidang kehidupan. Bagaimana berinteraksi dengan orang tua, dengan sanak keluarga, dengan tetangga, dan seterusnya. Rasulullah SAW mengajar bagaimana cara berinteraksi dengan sesama muslim juga. Pertama, mencintai muslim lain sebagaimana mencintai dirinya sendiri:"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sampailah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (HR. Bukhari & Muslim)Menyukai apa yang disukai muslim lain sebagaimana dirinya menyukai apa yang dia sukai, dan membenci apa yang dibenci muslim lain sebagaimana dirinya membenci apa yang dia benci:"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang dengan sesama mereka seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh akan merasakan baik (sakit) demam dan tidak bisa tidur" (HR. Bukhari & Muslim)Seorang muslim itu tidak menyakiti muslim lain dengan perbuatan atau perkataan:"Seorang muslim adalah orang yang muslim lainnya selamat dari gangguan lidah dan tangannya" (HR. Bukhari & Muslim)Hendaklah bersikap tawaduk kepada setiap muslim dan tidak sombong kepadanya:"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku hendaklah kamu tawaduk sehingga tidak ada orang yang membanggakan diri kepada yang lain" (HR. Abu Dawud & Ibnu Maajah)Tidak menyampaikan berita atau mengadu domba kepada sebahagian yang lain tentang apa yang didengarnya daripada sebahagian yang lain:"Tidak akan masuk Syurga orang yang suka mengadu domba" (HR. Bukhari & Muslim)Apabila marah kepada seseorang, maka tidak boleh menghindarinya lebih dari tiga hari:"Tidak boleh seorang muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari, keduanya saling bertemu lalu saling berpaling. Sebaik-baik orang di antara keduanya adalah orang yang memulai mengucapkan salam" (HR. Bukhari & Muslim)Melakukan kebaikan kepada setiap muslim semampunya dengan tidak membezakan antara keluarga dan yang bukan keluarga:"Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah berbicara dengan seseorang melainkan beliau menghadapkan wajahnya ke wajah teman bicaranya lalu Rasulullah SAW tidak akan berpaling dari wajah seseorang sebelum dia selesai berbicara" (HR. Ath-Thabrani)Tidak masuk ke rumah muslim lain tanpa meminta izin. Jika sampai tiga kali tidak diizinkan, maka harus kembali (pulang):"Meminta izin itu tiga kali. Yang pertama untuk menarik perhatian tuan rumah, kedua memperbaiki, dan ketiga agar memberi izin atau menolak" (HR. Bukhari & Muslim)Menghormati orang tua dan menyayangi anak-anak:"Tidak termasuk dalam golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak kecil" (HR. Bukhari & Abu Dawud)Selalu memberikan kegembiraan, bermuka manis, dan bersikap lembut kepada semua muslim:"Tahukah kamu kepada siapa api neraka diharamkan?" Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui". Lalu Nabi SAW bersabda, "Kepada orang yang lemah lembut, yang selalu memudahkan, dan selalu dekat (akrab)" (HR. Tirmidzi)Janganlah berjanji kecuali bermaksud menepatinya:"Ciri-ciri orang yang munafik itu terbahagi kepada tiga; apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia mengingkari, dan apabila diberi amanah dia berkhianat" (HR. Bukhari & Muslim)Bersikap adil dan tidak melakukan sesuatu kepada muslim lain kecuali apa yang ia sukai untuk diperlakukan kepada dirinya sendiri:"Siapa yang ingin dijauhkan dari api Neraka dan masuk Syurga maka hendaklah dia mati dalam keadaan mengucap bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, dan hendaklah dia memperlakukan orang lain dengan sesuatu yang disukainya jika dilakukan pada dirinya" (HR. Muslim)Mendamaikan sesama muslim yang bersengketa jika menemukan jalan (penyelesaian) ke arah itu:"Bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara kamu kerana sesungguhnya Allah akan memperbaiki hubungan di antara orang-orang beriman di Hari Kiamat" (HR. Al-Hakim)Menutup aib setiap muslim:"Siapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat" (HR. Muslim)Menghindari tempat-tempat yang boleh mendatangkan fitnah demi untuk menjaga hati orang lain agar tidak berburuk sangka dan juga untuk menjaga lidah mereka agar tidak mengumpat:Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra bahawasanya Rasulullah SAW berbicara dengan salah seorang isterinya kemudian ada lelaki lalu dipanggil oleh Nabi SAW seraya berkata, "Ya Fulan, ini adalah isteriku Shafiyyah".Membantu setiap muslim yang memerlukan pertolongan dan berusaha memenuhi pertolongan saudaranya itu sesuai kemampuannya:"Sesungguhnya aku diberi dan diminta. Sering diminta kepadaku pertolongan sedangkan kamu ada di sisiku, maka ikutlah memberi bantuan agar kamu diberi pahala dan Allah SWT memutuskan apa yang dicintai-Nya melalui kedua tangan Nabi-Nya" (HR. Bukhari & Muslim)Mengucapkan salam terlebih dahulu sebelum berkata kepada muslim lain dan menjabat tangan ketika memberi salam itu:"Jika salah seorang di antara kamu bertemu dengan saudaranya maka ucapkanlah, Assalamu’alaikum warahmatulLah" (HR. Abu Dawud, Tirmidzi & an-Nasa’i)"Tidaklah dua orang muslim bertemu lalu berjabatan tangan melainkan keduanya akan diampunkan (dosanya) sebelum mereka berpisah" (HR. Abu Dawud, Tirmidzi & Ibnu Majah)Menjaga kehormatan jiwa dan harta saudaranya sesama muslim dari kezaliman orang lain apabila dirinya mampu membela dan menolong serta mampu memperjuangkannya sebab itu merupakan kewajiban baginya:"Barangsiapa yang membela kehormatan saudaranya maka dia akan terlindung dari api Neraka" (HR. Tirmidzi)Menjawab ucapan muslim lain yang bersin:"Seorang muslim yang bersin dijawab jika dia bersin tiga kali dan jika (lebih dari tiga kali) maka itu adalah penyakit flu" (HR. Abu Dawud)Memberi nasihat kepada setiap muslim dan bersungguh-sungguh ingin selalu memberikan kegembiraan ke dalam hati setiap muslim itu:"Sesungguhnya salah seorang di antara kamu adalah cermin bagi saudaranya, jika dia melihat sesuatu (pada saudaranya) maka hendaklah dia membersihkannya" (HR. Abu Dawud & Tirmidzi)Melawat muslim yang sakit:"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)Mengiringi jenazah orang muslim:"Barang siapa yang mengiringi jenazah, maka akan mendapatkan pahala satu qirath. Jika dia berdiri sampai jenazah itu dikubur, maka dia mendapatkan pahala dua qirath" (HR. Bukhari & Muslim)"Satu qirath seperti (berat/besarnya) bukit Uhud" (HR. Muslim)Menziarah kubur orang muslim:"Aku belum pernah melihat pemandangan yang lebih menakutkan dari kuburan" (HR. Tirmidzi, Ibnu Maajah, & al-Hakim)
Langgan:
Catatan (Atom)