Isnin, 5 Mac 2012

Hari Kiamat : Bagaimana Hollywood dan Filem Barat Menanganinya


Assalamualaikum..dengan izin Allah saya cuba sampaikan apa yang difikirkan..

Semalam (3/2/2012) saya dapat meluangkan masa menonton filem 'Knowing'. Di sini saya tidak ingin mengulas tentang filem tersebut tetapi boleh saya katakan kalau nak tengok ok..tapi jangan percaya la. Kenapa saya kata begitu? Saya rasa topik yang ingin diperkatakan ini telah disentuh oleh seorang pengulas di dalam surat khabar cuma saya lupa namanya. Beliau mengulas tentang filem '2012' dan elemen kacau bilau alam dan hari kiamat dalam filem Hollywood. 
Saya bukan pengulas filem dan bukan juga kaki wayang tetapi diizinkan Allah untuk melihat (ternampak..) beberapa elemen yang menjadi dakyah kepada orang Islam dalam media filem. Jika diperhati dan dikaji didapati untuk 15 tahun kebelakangan ini (mungkin lebih) Hollywood sangat cenderung menjadikan Hari Pembalasan sebagai satu subjek matter dalam  karya mereka. Dengan teknologi canggih (C.G.I) komputer, segala yang mustahil dapat direalisasikan. Ini dapat dilihat apabila 'Jurassic Park' berjaya menghidupkan dinosur yang telah lama pupus, malah Tom Hanks berjaya bersalam dengan Presiden Kennedy dalam 'Forest Gump'.
Kenapa topik hari kiamat begitu diminati? Ini menjadi persoalan yang sangat bagus untuk dipersoalkan. Pada setiap tangan pengarah hari kiamat digambarkan dengan pelbagai gaya. Dari sudut pandangan saya, gaya-gaya ini diharapkan dapat meyakinkan para penonton. Dalam kitab Al-Quran, gambaran kiamat ada dinyatakan dengan jelas, misalnya :

“(Itulah) Hari (yang) manusia (jadi) seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar (dipanah) berterbangan.”
(Al-Qaari’ah : 4-5)

Ayat 3: Kejadian (hari kiamat) yang merendahkan dan meninggikan.
Ayat 4: Semasa bumi bergoncang dengan segoncang-goncangnya.
Ayat 5: Dan gunung-ganang dileburkan dengan selebur-leburnya.
Ayat 6: Lalu jadilah ia debu yang berterbangan.”

(Al-Waaqi’ah: 3-6)

Ayat 10: “Dan apabila surat-surat amal dibentangkan.”
Ayat 11: “Dan apabila langit ditanggalkan.”

(At-Takwiir: 10-11)

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.”
(Al-Zalzalah: 1-2)

“Apabila langit terbelah. Dan mematuhi perintah Tuhannya dan pastilah ia mematuhinya. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.
(Al-Insyiqaaq: 1-4)

“Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berguguran. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur.”
(Al-Infitaar: 1-3)

“Apabila matahari dilingkari cahayanya. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa.”
(At-Takwir: 1-3)

Dan kalau rajin lagi cuba baca blog berikut ;
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/12/suasana-kejadian-kiamat-mneurut-al.html

Bagi saya gambaran yang dinyatakan Al Quran sangat menakutkan tetapi adakah terdapat persamaan sebagaimana yang serupa disampaikan oleh Hollywood. Pernahkah anda menonton '2012' :


Mengapa tahun 2012 diramal sebagai hari kiamat? kenapa perlu merujuk pada kelendar kaum Mayan? Malah dikatakan ada hadis dari junjungan besar kita Nabi Muhammad tentang kiamat di tahun 2012.

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)

Walaubagaimanapun ada tulisan yang saya baca mengatakan hadis ini adalah palsu. Saya bukan pakar hadis malah tak reti apa-apa pun. Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah terdapat usaha-usaha untuk memesongkan kepercayaan umat Islam terhadap Hari Qiamat oleh Hollywood. Adakah mereka membaca (mengkaji) Al Quran dalam memesongkan kita ? Sudah tentu ada, ini telah dapat dilihat melalui kegiatan pihak-pihak orientalis...tetapi penulisan saya ini sekadar penulisan ringan dan penyelidikan yang dibuat masih mentah.

sekian

wallahuallam.